Misi Pakar Bedah Malaysia di Gaza Pembedahan urologi paling banyak di Gaza
KUMPULAN pakar misi perubatan Gaza.
Dari kiri: Mohamad Nor Sundari, Zairul Nizam, Md. Mahir Abdullah, Hamid
Ghazali, Mohamed Ashraf Mohamed Dauddan Zainur Rashid.
MOHAMAD NOR SUNDARI melawat pesakit pembedahan tulang di Gaza.
PENJAJAHAN ke atas bumi Gaza di Palestin bagaikan sebuah episod drama
perang yang tidak berkesudahan. Bunyi dentuman bom dan letusan senjata
api sudah menjadi melodi yang terpaksa didengari penduduknya sejak
tercetusnya perang antara rejim Israel dan pejuang Palestin pada 27
Disember 2008.
Sejak itu, hak untuk hidup aman di Gaza diragut tanpa belas kasihan
sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 1,100 rakyat Palestin mengikut
statistik kematian yang direkodkan pada November tahun lalu.