Pages

Thursday, February 23, 2012

Apa Itu Asid Borik?

APA ITU ASID BORIK?

 Keratan akhbar, Kawal asid borik


Beginikah rupa asid borik? sumber gambar klik di sini

Pernah satu ketika dulu hebat diperkatakan diakhbar mengenai penggunaan asid borik didalam produk mee. Banyak syarikat pengeluar mee diserbu dan dikenakan tindakan.

Apa itu asid borik?

Ia merupakan antiseptik, pesticide (perencat seranga) dan sebagai fungicide (perencat kulat).

Ia selalu digunakan untuk mengawal serangga, pengawet untuk industri perabut, industri pembuatan kaca dan juga didalam bidang perubatan.

Asid borik tidak dibenarkan hadir didalam makanan atau produk makanan.

Jika terdapat kehadiran asid borik didalam makanan ia adalah disebabkan oleh pihak pengusaha yang tidak bertanggunjawab dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata.

Asid borik digunakan oleh pengusaha makanan ini sebagai untuk memanjangkan jangkahayat dan kesegaranya.

Asid borik adalah bahan pengawet yang dilarang didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Produk makanan yang selalu mengandungi bahan pengawet ini seperti mee kuning, kueh teow, laksa, loh se fun, mee wantan, mee hokien, bee hoon, kulit popia dll.

Individu yang telah memakan makanan mengandungi asid borik yang tinggi boleh menyebabkan nausea, muntah, diarrhea, penyakit kulit, kegagalan buah pinggang dan kematian.

Cara untuk mengesan kehadiran asid borik ini boleh mengunakan air kunyit, tetapi ia bukan ujian penentuan kesahihanya.

Ia boleh juga memberikan keputusan yang salah. ini kerana tindak balas air kunyit dengan Natrium bikarbonat (air abu ) yan digunakan untuk membuat mee boleh menyebabkan mee bertukar dari kuning ke warna merah.Jadi cara yang terbaik adalah pengujian di makmal.

Jadi tip hari ini carilah mee kuning yang telah mendapat sijil halal sahaja, kerana penggunaan bahan ramuan dan keselamatannya telah dipastikan.

Kami di Sahabat Roselle Marketing ada menjual mee halal, lagi thoyyiba. Mee kuning yang dibuat oleh Orang Islam sendiri.

Apa kata anda?
 

Apa Itu Asid Borik?
-
- Kimia berwarna putih seakan-akan kristal.
-
- Makanan mengandungi asid borik bertukar merah
- jika dicampurkan air kunyit.
-
- Boleh didapati dalam bentuk serbuk dari farmasi
- tanpa preskripsi.
-
- Bahan anti-septik, anti-kulat dan anti-virus.
-
- Digunakan merawat dubur dan faraj daripada
- jangkitan kulat.
-
- Pembunuh kuman penyakit kulat.
-
- Terdapat di dalam kebanyakan produk perubatan
- farmasi untuk penyakit luaran.
-
- Keracunan, gastro-usus, kerosakan buah pinggang
- dan hilang selera makan.

No comments:

Post a Comment