Kepentingan Zat Vitamin dan Mineral
Gambar Roselle, kredit di sini.
Roselle mempunyai Vitamin C
PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.
Khasiat Roselle : 1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan.
Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
Entry kami sebelum ini berkaitan Produk Kordial minuman Roselle, di sini.
KELEBIHAN KORDIAL ROSELLE MUSLIM CHOICETM :
Diberkati dengan 30 Juzuk Al-Quran yang dibaca oleh Pelajar-pelajar TAHFIZ.
Di gabung dengan KHASIAT Madu Lebah yang Hebat.
Aromanya yang unik dan rasanya segar asam manis.
Dihasilkan secara alami tanpa penambahan pewarna tiruan sehingga banyak digemari pengguna yang pentingkan kesihatan.
Disediakan dari buah-buah Roselle yang segar dan bermutu tinggi.
Pekat, Nisbah 1:7 bahagian Air dan lebih nilai untuk wang anda.
Tak Perlu ditambah gula, hanya dicampurkan air dan ais batu. Enak disediakan sejuk.Produk kami yang lain, berasaskan ROSELLE, Dapatkan Awet Muda, Putri Alya daripada kami di sahabat Roselle Marketing, sila ke sinini. atau terus ke beli online kami.
Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
- Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
- Tambah kalsium setiap hari.
Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
- Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
- Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
- Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Berikut antara kepentingan zat vitamin dan mineral dan jumlah yang perlu diambil setiap hari.
Beta carotene | Mengurangkan kesan radikal bebas. Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan penyakit arteri koronari. | 5 -6 mg sehari |
Vitamin A | Penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat. Boleh juga melindungi terdapat kanser tertentu. | 4000 iu untuk perempuan 8000 iu untuk lelaki |
Vitamin C | Menjaga gusi dan gigi sihat. Membantu dalam pembaikan tissue dalam badan , penyembuhan luka dan resapan zat besi dalam usus. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung dan katarak. | 250 – 500 mg sehari |
Vitamin E | Mengurangkan kesan radikal bebas, membantu pembentukan sel darah merah. Boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser, penyakit arteri koronari jantung , katarak dan menambah imuniti. | 200 – 400 iu sehari |
Folate | Penting dalam tumbesaran dan metabolisma protein. Mengurangkan risiko cacat anak dalam kandungan. Boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan usus besar. | 400 ug |
Kalsium | Membina dan mengekalkan kekuatan gigi dan tulang. Membantu jantung berfungsi dengan baik. Mengurangkan risiko darah tinggi. | 1000 mg sehari untuk dewasa 1200-1500 sehari untuk perempuan >50 tahun dan lelaki >65 tahun |
Zat Besi | Penting untuk pembentukan haemoglobin (dalam darah) dan myoglobin (dalam otot). Penting dalam fungsi enzim dan protein dalam badan. Vitamin C penting untuk resapan yang baik. | 10 mg sehari |
No comments:
Post a Comment