Pages

Sunday, August 12, 2012

Set Bersalin Lengkap Ibu Ambar Kenanga

Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga



Price:RM 200.00
Shipping:Calculated at checkout
Current Stock:95
 
(Entry ini telah dipublish pada 4/3/2012. Dikemaskini dengan info terkini pada 7/8/2012.
Akan menjadi post utama sehingga 15/8/2012)
 
 
UNTUK ISTERI SAHAJA
AK TIMOYAN

Makanan Tambahan untuk membantu memulihkan, menguatkan dan menaikkan rahim. Mengecutkan Batu Meroyan dan mengawal emosi.
(Hendaklah dimakan walaupun kedatangan haid.)
 
CARTA PENGAMBILAN SET BERSALIN IBU
 
http://www.ambarkenanga.com.my/image/pbs-cont(L).jpg
 
Keterangan Produk:
 
BERPANTANG selepas bersalin@keguguranMEMANG MENYEKSAKAN terutama buat ibu-ibu moden yang bersendirian dirumah tanpa bantuan ibu atau mertua yang uzur.
Berbagai-bagai alasan diberikan untuk melepaskan diri dari berpantang secara tradisional yang perlu minum ubat pahit, bertangas, mengenakan param atau pilis, berurut atau bersengkak, berpantang makan dan sebagainya.

KINI TIADA ALASAN LAGI kerana kehadiran SET BERSALIN IBU AK telah mengubah segala-galanya dan menjadikan berpantang mudah dan ringkas tetapi masih bertradisi.   

BAGAIMANA? Ikuti penjelasan kami dengan klik readmore pada button bawah post ini ya.

PILIHLAH PRODUK AMBAR KENANGA DAN ANDA AKAN MELALUI WAKTU BERPANTANG DENGAN TENANG.

Sila dapatkan produk ini
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

Peluang Jana Pendapatan pun terbuka
 kepada sesiapa yang berminat menjadi 
pengedar Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga. 

SAHABAT ROSELLE MARKETING ADALAH STOKIS NEGERI JOHOR AMBAR KENANGA

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)


Untuk Beli online, sila klik di sini.

Untuk cara beli barang online, cara mendaftar akaun dan cara membuat pembayaran online, sila klik menu bar Beli Online, di sini


Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:



Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

D &Yad Venture - 
No:22 Jln Sejambak 14, 
Taman Bukit Dahlia,Pasir Gudang
 HP: 017 738 2676/   019-7835476 [Puan Mim]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

BOLEHKAH AK PERKENALKAN PRODUK SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA?

Seperti namanya,Set Bersalin Ibu AK  adalah pemakanan lengkap 60 hari atau 2 bulan buat ibu-ibu bersalin biasa, bedah, ibu yang tidak berpantang, kematian bayi dan wanita keguguran kurang setahun kembali sihat dalaman, emosil & fizikal serta memudahkan kehamilan semula.

Namun Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga ini berbeza dengan Set-set Bersalin yang banyak didapati dipasaran, SET BERSALIN IBU AK berteraskan tradisi perbidanan Timur Tengah atau Arab.

BOLEH AK JELASKAN PERBEZAAN YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LEBIH LANJUT?

Untuk makluman, Set Bersalin Ibu AK merupakan gabungan tiga jenis produk iaitu 4 botol AK IBU, 1 peket TIMOYAN dan 1 peket TIARAH. Oleh sebab Set Bersalin Ibu AK berasaskan tradisi Timur Tengah atau Arab maka bahan-bahan yang digunakan berbeza daripada yang sering diamalkan dinegara ini seperti akar kayu dan herba.

4 botol AK IBU misalnya terdiri campuran daripada berjenis-jenis rempah ratus. Antaranya termasuklah kayu manis, ketumbar, lada hitam dan habbatus Sauda. Kelebihan Kayu Manis terletak pada bahan Eugenol yang berkesan untuk menghilangkan rasa mual, muntah, sejuk badan, sakit sendi dan tulang. Ia juga digunakan untuk menentang serangan mikrob.

Sementara Ketumbar pula pernah disebut sebagai penawar kepada semua penyakit sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw : " Jadilah seperti biji ketumbar kerana ia penawar  semua penyakit kecuali bengkak ( kanser) dan maut."

Ketumbar mampu melenyapkan angin dalam usus, demam, panas badan dan masalah alahan. Minyaknya boleh digunakan untuk merawat keguguran dan menghitamkan rambut, penyakit kulit sebagai antiseptik dan menegangkan kulit.

Sepertimana ketumbar, Habbastus Sauda turut memiliki kuasa penyembuh bagi semua penyakit kecuali maut. Kaya protein dan mengandungi beta sitoserol, habbastus sauda mampu bertindak  sebagai pencegah alahan, antioksidan, antikulat, pembunuh kuman dan mengembagkan saluran pernafasan.

AK juga ingin menekankan disini, selain AK IBU, kekuatan dan keistimewaan Set Bersalin Ibu AK sebenarnya terletak pada produk AK TIMOYAN dan AK TIARAH. Memang benar, terdapat banyak produk bersalin dipasaran TETAPI anda tidak akan menemui satu pun seupamanya. Ramuan ini sebenarnya diperturunkan daripada nenek moyang AK lebih 100 tahun lalu.

 APAKAH PRODUK AK TIMOYAN DAN AK TIARAH? MENGAPAKAH AGAKNYA IA CUKUP ISTIMEWA?

AK TIMOYAN merupakan makanan tambahan berasaskan campuran antaranya buah kurma, lada hitam dan buah ara atau fig.. Ia bertujuan mengecutkan batu meroyan, menaikkan rahim serta memulihkan gangguan emosi seperti cepat marah, cepat kecil hati, murung atau mimpi buruk.

Dalam istilah perubatan disebut sebagai kemurungan atau dikalangan masyarakat Melayu dikenali sebagai Meroyan. Dianggarkan 10-20 peratus wanita yang melahirkan akan berdepan masalah ini. Ia masalah normal tapi tidak ramai wanita yang tampil mendapatkan rawatan disamping kurangnya pendedahan.

Manakala AK TIARAH yang terdiri daripada campuran cili merah dan cengkih pula diambil bagi membersihkan dan mengeluarkan saki baki darah kotor yang terselit dalam rahim sewaktu bersalin.

 Ini kerana selain memanaskan badan, Cengkih dipercayai dapat menjaga kesihatan dan menjanjikan kesegaran terutama kepada ibu-ibu baru lepas bersalin disamping mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan sengal-sengal

BAGAIMANA PULA DENGAN PARAM, PILIS DAN/ATAU TANGAS? ADAKAH SET BERSALIN IBU AK DILENGKAPI DENGAN PRODUK-PRODUK TERSEBUT?

Ini satu lagi kelebihan Set Bersalin Ibu AK. Memandangkan ia bertersakan tradisi perbidanan Arab maka tiada pemakaian param, pilis dan tangas diperlukan. Sebenarnya fungsi param, pilis dan bertangas diganti dengan produk AK TIMOYAN dan AK TIARAH.

Lagi pun bukan semua wanita moden sanggup melalui pengalaman berpeluh-peluh sewaktu bertangas, tubuh rasa tidak selesa atau kotor kerana mengenakan param atau pilis, proses berurut atau bersengkak yang agak menyakitkan. Ia memerlukan dispilin dan kesabaran yang tinggi.

Daripada anda meninggalkan terus amalan berpantang, Set Bersalin Ibu AK adalah pilihan terbaik kerana ia mudah dan ringkas sama ada untuk ibu yang melahirkan secara norma atau bedah. Paling menarik, kesannya sama seperti anda berpantang secara tradisional.


SIAPAKAH YANG SESUAI MENGAMBIL SET BERSALIN IBU AK?

Sebagaimana yang disebutkan tadi, Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga ini sesuai untuk ibu-ibu bersalin biasa atau pembedahan. Disamping itu, ia juga amat sesuai untuk:
1.Ibu-ibu yang tidak berpantang atau mengambil sebarang produk semasa dalam pantang kurang setahun bersalin; dan
2. Ibu yang kematian bayi dan wanita keguguran kurang setahun.

BILAKAH SET BERSALIN IBU AK BOLEH DIAMBIL ATAU DIMAKAN?

1. Untuk ibu-ibu yang bersalin biasa atau bedah dinasihati ambil selepas Tujuh (7) hari selepas bersalin;
2. Untuk wanita keguguran, wanita yang tidak berpantang dan atau kematian bayi dinasihati ambil produk Set Bersalin Ibu AK dengan segera; dan
3. Sekiranya bayi masih mengalami sakit kuning dinasihati ambil dahulu AK TIMOYAN dan AK TIARAH dan apabila bayi sembuh hendaklah ambil AK IBU berterusan sehingga habis.

BAGAIMANA DENGAN WANITA KEGUGURAN?
Penjagaan selepas keguguran amat penting untuk memudahkan proses kehamilan semula. Ramai wanita keguguran fikir tidak perlu penjagaan semasa keguguran sehingga timbul berbagai masalah seperti kitaran haid, masalah dalaman & sukar hamil. Amalkan SET BERSALIN IBU AK & MINYAK AK untuk keguguran kurang setahun, manakala lebih setahun amalkan SET SAYYIDA AMBAR & MINYAK AK untuk pembersihan dalaman & memudahkan kehamilan semula.

BAGAIMANA PULA KESANNYA KEPADA BAYI?
Kebanyakan komen yang diterima menyatakan bayi kurang meragam atau kembung ketika mengamalkan SET BERSALIN IBU AK dan MINYAK AMBAR KENANGA. Nasihat kami dapatkan tahap kesihatan bayi sebelum keluar hospital. Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat & berkhasiat kerana ia akan menghindari bayi dan anda daripada sebarang masalah.

BOLEHKAN SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA DIAMBIL DENGAN PRODUK LAIN?

Percampuran produk hanya dibenarkan untuk ubatan hospital atau vitamin sahaja. Tidak dibenarkan campuran produk-produk berasaskan herba kerana lebihan pengambilan produk berasaskan herba boleh menyebabkan keracunan. Untuk ubatan hospital atau vitamin, sila jarakkan masa pemakanan selama tiga (3) jam sebelum atau selepas makan ubatan.
APAKAH NASIHAT AK KEPADA IBU-IBU YANG MASIH MENCARI PRODUK BERSALIN SEMASA DALAM PANTANG?

Nasihat AK, pilihlah amalan berpantang yang selesa serta sesuai dengan keadaan ibu-ibu sebelum bersalin. Sekiranya anda seorang wanita moden dan berkerjaya, inilah set rawatan selepas melahirkan yang sesuai. Selain ringkas, mudah dan bertradisi, Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga berupaya mengembalikan kesihatan dan emosi anda kerana penjagaan sewaktu berpantang adalah amat penting.

KEADAAN SELEPAS BERSALIN?
Nasihat kami, berbuat baik kepada diri anda kerana anda sebenarnya dalam kesakitan. Beri masa kepada diri untuk kembali normal dengan membanyakkan rehat untuk kembali bertenaga.

Pada permulaan akan keluar campuran darah, lendih dan tisu-tisu lebihan dari rahim dan seterusnya darah menjadi kecoklatan dan berakhir dengan kuning keputihan. Untuk 10 hari pertama ia akan keluar dengan banyak dan berkurangan hingga minggu ke enam (6) bergantung kepada diri seseorang.

Sekiranya pengeluaran darah terlampau banyak, berbau dan anda merasa pening, pitam dan deman berkemungkinan terkena jangkitan. Nasihat kami berjumpa dengan doktor pakar bidan dengan kadar segera untuk pemeriksaan lanjut.

Setelah dua minggu anda boleh lakukan kemutan atau latihan pelvic untuk mengembalikan keanjalan vagina. Anda juga akan mengalami kerap kencing dan berpeluh disebabkan pembuangan lebihan air dan darah dalam badan semasa mengandung. Jangan gusar kerana ia akan mempercepatkan pemulihan dalaman anda.

BAGAIMANA SELEPAS PANTANG?


Lazimnya ibu-ibu bersalin atau keguguran hanya pentingkan dan menekan penjagaan dalaman semasa dalam pantang sahaja berbanding penjagaan selepas pantang.Dimana penjagaan selepas habis pantang seolah-olah tidak wujud dan penting dan kesannya tidaklah sehebat masa berpantang.

Menurut kajian pakar-pakar perbidanan, kesihatan ibu-ibu bersalin & wanita keguguran akan kembali normal sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh keguguran atau bersalin. Jadi penjagaan dalaman ibu-ibu bersalin atau keguguran bukan sahaja semasa berpantang atau bersalin tetapi hendaklah berterusan agar ibu-ibu bersalin atau keguguran kembali cergas, ceria, sihat dan menawan berpanjangan.

Hanya ibu-ibu yang peka serta menyayangi diri sahaja yang terus menerus menjaga kecantikan dalaman untuk memastikan hubungan mesra dan keharmonian rumahtangga berpanjangan. Ramai pengguna-pengguna produk yang mengambil SET BERSALIN IBU AK akan berterusan mengambil SET SAYYIDA AMBAR walaupun lepas habis pantang. 

 Ambar Kenanga mencadang penggunaan SET SAYYIDA AMBAR pemakanan lengkap 2 bulan untuk kekuatan & kecantikan dalam berterusan.



1. PENGAMBILAN MAKANAN YANG LEMBUT & MUDAH HADAM

Untuk 2 minggu yang pertama anda digalakkan mengamalkan makanan yang lembut, mudah hadam, berserat dan seimbang seperti nasi bubur, sup sayur, oat mill dll kerana ia akan melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan pembuangan air besar.

 Elakkan makan makanan yang sukar dihadam dan berminyak atau pedas seperti nasi, sambal, berlemak dll kerana ia akan menyebabkan usus pedih dan sembelit.




2. PILIHAN MAKANAN SEMASA DALAM PANTANG

Seboleh mungkin, banyakkan pilihan makanan dari kalangan sayur-sayuran yang direbus atau makanan yang dipanggang, direbus atau dibakar berbanding makanan yang digoreng. Pastikan makan makanan seimbang dimana setiap hidangan mesti ada protein, kabohidrat & sayur- sayuran.

Elakkan makan makanan atau buah-buahan yang masam atau berasid. Menurut petua tradisional, elakkan makan tumbuhan@sayuran yang berlilit dan/atau untuk ulam pastikan ia dicuci bersih dan dicelur sebentar untuk elak kembung perut atau keracunan makanan.




3. AMALKAN MINUM AIR MASAK 2 – 3 LITER SEHARI

Pakar-pakar pemakanan mengesahkan kekurangan air didalam badan menyebabkan kekurangkan cecair didalam darah dan fenomena ini melemahkan badan dan menyebabkan keletihan. Anda dinasihati minum air masak segelas setiap sejam atau 2 – 3 liter air sehari kerana ia akan membuat anda cergas dan mengekalkan tenaga.

Jangan takut anda tidak akan boyak dengan minum air kerana ia akan mengembalikan bentuk badan anda serta mengempiskan perut. Hindari minum minuman manis ,berkafein, bergas atau berakohol kecuali susu dan koko kerana ia akan mengurangkan cairan tubuh anda dan membuat anda sakit kepala, pening dan/atau kembung perut.




4. AMALAN MANDIAN & KEBERSIHAN DIRI

Dinasihati untuk tujuh (7) hari pertama,lap badan dengan air suam sebersih-bersihnya dan jangan mandi dahulu kerana badan sedang sakit dan urat membengkak. Hari-hari seterusnya mandi sekali sehari sahaja sebelum pukul 9 pagi dan lap badan pada waktu petang sahaja.

 Ini adalah untuk mengelakkan diri dari jadi boyak dan kembang. Anda tidak akan berbau busuk sebab anda tidak berparam, berpilis atau bertangas.


5. HADAPI KESAKITAN PADA JAHITAN VAGINA, BEDAH DAN KEBENGKAKKAN PAYU DARA

Anda dinasihati memakan ubatan yang diberikan oleh doktor seperti antibiotik atau Vitamin C untuk merawat luka-luka jahitan atau bedah dengan segera serta mendengar arahan-arahan yang diberi oleh Doktor Pakar. Kadang kala luka jahitan amat memeritkan dan mengerikan.

Nasihat kami, sentiasa jaga kebersihan dan cuci jahitan dengan campuran air suam dan sedikit garam halus. Selepas cuci lap kering luka jahitan tersebut untuk elakkan jangkitan. Sentiasa tukar pad bersalin walaupun darah tidak banyak keluar untuk kesihatan dan kebersihan luka jahitan tersebut.

 Untuk melegakan keperitan tersebut, kami menasihatkan anda ambil sepeket air batu dan/ atau sebungkus kacang pea beku dibungkus dan dibalut dengan tuala bersih dan tekap pada luka jahitan tersebut. Atau anda boleh juga menyimpan pad bersalin anda didalam freezer untuk memberi kelegaan serta merta apabila memakainya.Pastikan kebersihannya.

Kebengkakan payu dara sering terjadi kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Menurut petua tradisional, untuk melegakan kebengkakan tersebut ambil sekelopak kobis sejuk (yang telah disejukkan dalam peti sejuk) dan diletakkan didalam coli untuk melegakkan kebengkakan payu dara tersebut. Ini hanya petua, Apa-apa pun dapatkan nasihat pakar sekiranya keadaan teruk.



6. ELAKKAN KEJADIAN BENTAN
Orang tua dahulu menasihati ibu-ibu bersalin agar jangan menjerit atau mengangkat benda-benda berat dalam masa sebulan sebab TAKUT BENTAN dimana badan akan sejuk mengigil dan darah turun dengan banyak. Rehatkan diri dan tidur secukupnya untuk kembalikan stamina. Sentiasa pakai stoking dan berselipar didalam rumah.

 PETUA Sekiranya ANDA BENTAN, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. Insyaallah berkurangan. Tiada perubahan jumpa dengan Doktor Pakar dengan segera.


7. MEROYAN & CUKUP REHAT
Untuk elakkan Meroyan, PERTAMA: Rehatkan diri secara fizikal dan mental. KEDUA: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang berpantang dan selepas berpantang sehingga badan kembali sihat. KETIGA: SAYANGI DIRI ANDA, jangan rasa bersalah sekiranya anda berehat dan mengagihkan tugasan kepada suami, ahli keluarga atau pembantu rumah kerana sesungguhnya anda dalam proses penyembuhan daripada kesakitan yang amat.

KEEMPAT: Pilih amalan berpantang yang selesa dengan anda sebelum anda bersalin dan waktu berpantang akan menjadi sesuatu yang disenangi. KELIMA: Hormati pilihan & diri anda dan tolak pilihan orang lain sekiranya ia membuat anda tertekan. Tekanan patut dihindari semasa dalam atau selepas pantang kerana ia boleh menyebabkan gangguan emosi berpanjangan. Sebarang masalah atau ketidakselesaan beritahu kepada orang yang disayangi atau dipercayai dan elakkan bersendirian untuk mengelak kemurungan.

SEKALI LAGI! Ingat anda sebenarnya sakit dan jangan bebankan diri dengan tugasan yang berat. Belajar agihkan tugasan menjaga bayi atau apa-apa sekalipun dengan suami, pembantu rumah atau ahli keluarga anda. Jangan rasa bersalah apabila melakukan agihan tersebut kerana sebenar yang sakit ialah anda dan bukan mereka. Lagipun ia hanya mengambil masa lebih atau kurang dua (2) bulan sahaja sebelum anda kembali bertenaga, tenang dan normal.


ISLAM menganggap tidur sebagai ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.


8. BERURUT, BERSENGKAK, BERTUNGKU DAN BERBENGKUNG

Anda boleh berurut badan tapi nasihat kami jangan bersengkak dahulu kerana rahim tengah cedera dan membengkak. Kalau boleh tunggu selepas pantang apabila rahim telah kembali kesaiz asal. Bertungku juga elok untuk mengurangkan kebengkakkan kecederaan dalaman. Tetapi biarlah berpada-pada.

PILIHLAH PRODUK AMBAR KENANGA DAN ANDA AKAN MELALUI WAKTU BERPANTANG DENGAN TENANG.

UNTUK ISTERI SAHAJA




AK TIMOYAN

Makanan Tambahan untuk membantu memulihkan, menguatkan dan menaikkan rahim. Mengecutkan Batu Meroyan dan mengawal emosi.
(Hendaklah dimakan walaupun kedatangan haid.)

2 kapsul AK TIMOYAN X 1 kali Sehari Setiap Petang. Untuk 3 hari sahaja & patuhi waktu dan cara makan.

WAKTU PUASA:
Sewaktu berbuka Puasa, makan buah kurma atau minum air kosong dahulu dan terus ambil 2 biji AK TIMOYAN dengan segelas Air kosong & makan dibelakang pintu. Selepas itu berbuka seperti biasa.

PENTING : Mulakan Pemakanan

1. Peket Pertama AK TIMOYAN hendaklah diambil apabila
mula makan Botol Pertama AK WANITA.

2. Peket Kedua AK TIMOYAN hendaklah diambil apabila
mengambil Botol Ketiga AK WANITA.

WAKTU MAKAN : 5 PETANG – 7 MALAM SAHAJA.

CARA MAKAN : Hendaklah dimakan seperti menyorok dibelakang pintu. Ia adalah senaman untuk menaikkan rahim, melancarkan peredaran darah dan mendapat ketenangan.


TESTOMONI SET BERSALIN AMBAR KENANGA


Saya melahirkan anak ke 4 pada 26/8/07 dan telah mengamalkan Set Bersalin IBU dan sepanjang mengamalkan set ini saya tidak perlu pakai pilis atau apa-apa pemakaian luaran sepanjang tempoh berpantang. Malah seminggu selepas bersalin bidan mengatakan batu meroyan saya telah kecut sepenuhnya tanpa perlu diurut. Malahan kotoran seperti darah dan lendir telah keluar dengan banyaknya menyebabkan saya rasa dalaman saya begitu bersih..Tubuh badan saya berasa amat segar dan selesa dan juga tidak mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi saya.
Puan Nor Afidah Binti Kadri, Kuantan Pahang


Sukar dipercayai setelah menggunakan produk Set Bersalin Ibu dapat mengembalikan bentuk badan saya dan bertenaga berbanding pada kelahiran pertama dimana pelbagai produk telah dicuba tapi tak berhasil. Saya berterima kasih kepada Ambar Kenanga.
Puan Siti Jumana, Klang


Pada kelahiran anak pertama saya mengambil produk lain tetapi tidak dapat diteruskan kerana terlalu banyak pil herba yang perlu diambil dan saya rasa pening setiap kali mengambilnya. Tetapi untuk anak kedua dan anak ketiga, saya telah menggunakan Set Bersalin Ibu kerana ia sungguh berkesan walaupun ringkas. Ia menstabilkan emosi serta membuat saya rasa sungguh bertenaga walaupun penat layan kerenah anak-anak kecil saya dan berjaga malam. Tidak mengalami sembelit atau panas badan kerana saya minum JUS AMBAR dan gosok badan saya dengan Minyak AK.
Puan Hasiah, Klang


Saya telah menggunakan Set Bersalin Ibu walaupun saya telah 3 bulan bersalin. Alhamdulilah darah hitam berketul-ketul banyak keluar, bengkak di bawah tempat pembedahan surut, perasan sedih & menangis tiba-tiba sudah berkurangan. (Testimoni melalui SMS)
Puan Ummu Mashitah, Pahang

No comments:

Post a Comment