Bumbung Kedai SRM Diterbangkan Ribut Di Mutiara Rini Skudai
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Sabtu, 14 April 2012 yang lalu, Kedai SRM turut dilanda ribut. Difahamkan, ribut kencang yang berlaku di Kawasan Skudai ini dikenali sebagai angin ‘langkisau’ dengan kelajuan luar biasa sekali gus mampu untuk menerbangkan bumbung-bumbung rumah dan sekolah di kawasan terlibat.
Kejadian berlaku sekitar pukul 1.50 petang di Kawasan Mutiara Rini. Angin kencang disertai petir dan kilat sabung menyabung.
Terdapat beberapa buah rumah penduduk yang terjejas berikutan bumbung diterbangkan angin kencang tersebut. Ini menyebabbkan penduduk yang terjejas keluar dari rumah, sementara rumah mereka dibaiki.
Beberapa batang pokok tumbang samada kesan angin yang kuat atau ada yang dipanah petir.
Kedai Sahabat Roselle Marketing di Mutiara Rini Hills turut menerima impak Angin Langkisau ini.
Bumbung Kedai Sahabat Roselle Marketing diterbangkan angin ribut.
Ini menyebabkan air hujan melimpah ke dalam Kedai SRM.
Begitu juga papan tanda SRM turut terbang menimpa pagar rumah penduduk. Terima kasih kepada penduduk berkenaan kerana menghantar Papan tanda SRM ke Kedai SRM.
Berikutan kejadian ini, Kedai SRM Mutiara Rini
ditutup buat sementara waktu selama seminggu bermula 14 April 2012.
Berikut ialah beberpa keping gambar kejadian musibah yang menimpa Kedai SRM MUtiara Rini:
Air hujan menimpa Kedai SRM Mutiara Rini yang bocor setelah bumbung diterbangkan angin ribut.
Keadaan bumbung yang bocor.
PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH INI, INSHAALLAH
FIRMAN Allah SWR yang bermaksud:
“Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)Menyingkap maksud firman Allah SWT itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT.
Bagi Allah SWT segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya.
Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah SWT sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” (Maksud al-Hadis)Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah SWT sehingga roh bercerai daripada badan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta,” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)
DOA APABILA DITIMPA MUSIBAH
Doa yan dibaca oleh baginda Nabi SAW ketika ditimpa musibah. Semoga kita terpilih menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa dunia akhirat. Amin.
HR. Abu Dawud 3/190, dan lihat Shahihul Jami’
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa ”
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. Doa istirja’ ini diambil dari hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu Salamah radhiyallahu anha, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik” (HR Muslim 2/632).
Salah satu hikmah musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, adalah sebagai penghapus dosa-dosa -selain dosa syirik-, supaya kelak ia menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala.
Agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik, Allah Ta’ala memberikan tuntunan dalam surat Al-Baqarah 156-157:
“Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan: “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan shalawat (pujian) dan rahmah.
SAHABAT ROSELLE MARKETING
019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029
Kawasan Lembah Klang , sila hubungi
019 7773194 atau 019 7773094
(Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)
(Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)
Untuk Beli online, sila klik di sini
http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.
http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.
Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:
Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029
HP : 019-778 3029
Kedai SRM Puchong Selangor:
No
19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima,
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
SRM Cawangan Bandar Baru Uda,
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)
Cawangan Taman Mutiara Rini,
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064
Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]
SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)
No comments:
Post a Comment