Pages

Monday, April 09, 2012

Ciri-ciri Makanan Halal

Makanan Halal Sepintas Lalu, Faedah Makanan Halal Untuk Kesihatan dan Ekonomi

 Gambar kredit kepada saifulislam.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam entry ini, saya memuat naik artikel dan berbentuk sedikit ilmiah. Ia berkaitan Makanan Halal Sepintas Lalu, Ciri-ciri Makanan Halal dan Faedah Makanan Halal Untuk Kesihatan dan Ekonomi.

 Rasullulah s.a.w pernah bersabda: “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

 Marilah bersama Sahabat Roselle Marketing berjuang memartabatkan produk makanan, minuman, sabun, dan barang runcit Muslim serta produk kesihatan Muslim. Hubungi 019 770 3029 bagi maklumat lanjut.

Pengenalan
Kesihatan yang baik amat penting kepada manusia untuk meneruskan kehidupan mereka di muka bumi ini. Jika kesihatan kurang baik maka akan terjejas kerja-kerja dan amalan-amalan yang ingin dilakukan pada setiap masa. 
Kesihatan yang baik memerlukan sumber makanan yang baik, bersih dan suci supaya dapat meneruskan kehidupan seharian dengan baik serta jauh dari segala keraguan terhadap makanan yang dimiliki. Makan dan minum merupakan fitrah semulajadi manusia untuk memperolehi tenaga dan kesihatan di dalam melakukan tugas-tugas harian. 
Istilah Makanan Dari Pelbagai Definisi

Menurut Kamus Dewan makanan dapat didefinisikan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan. (Kamus Dewan: 2002) 
Manakala menurut istilah bahasa Arab makanan dapat diistilahkan sebagai at’imat iaitu jamak kepada to’am yang bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. 
 Menurut defnisi ilmu sains makanan boleh didefinisikan sebagai apa sahaja sama ada pepejal, cecair atau di antara kedua-keduanya yang mempunyai komposisi kimia yang tersendiri dan apabila dimakan ia akan menjalankan beberapa tugas seperti menyediakan bahan-bahan untuk tumbesaran, memelihara dan membina tisu-tisu dan sebagainya (Krause: 1972). 
Makanan juga sesuatu bahan yang boleh dibawa masuk ke dalam tubuh badan manusia daripada sumber haiwan atau tumbuhan untuk menggekalkan keseimbangan hidup. (Mohd Noorizzuddin Nooh 2007)
Pelbagai makanan yang boleh diperolehi manusia untuk dimakan, dimamah atau dikunyah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhan, nasi, roti, sayur, daging dan banyak lagi. 
Ajaran Islam telah mewajibkan penganutnya mengambil makanan yang bersih dan tidak memudaratkan serta mematuhi kod diet yang dipanggil halal.
 Halal adalah terma daripada Al-Quran yang bermaksud dibenarkan atau sah.  Berikut ialah penjelasan makanan halal
________________________________________________________________________________
Ciri-ciri Makanan Halal Menurut Nash Al Quran

Al-ath’imah adalah bentuk jama’ dan kata tha’aam, maknanya adalah sesuatu yang dimakan dan dicerna, sama ada ia berupa makanan asas atau yang selainnya.

Secara dasarnya semua makanan adalah halal, melainkan yang telah dijelaskan melalui nash/dalil bahawa makanan tersebut haram. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik...” (Surah al-Baqarah, 2: 168)

Dalam ayat lain Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Katakanlah, “Tidaklah aku temui dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan sekiranya makanan itu adalah bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi (kerana sesungguhnya semua itu kotor) atau binatang yang disembelih untuk selain Allah...”’ (Surah al-An’aam, 6: 145)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut Nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, melainkan apa yang kamu terpaksa memakannya...”(Surah al-An’aam, 6: 119)

Dengan ini, ia bermaksud:

1 – Makanan yang telah dijelaskan di dalam nash akan kehalalannya, maka ianya adalah halal.

2 – Makanan yang sama sekali tidak disentuh secara langsung oleh nash/dalil, maka ianya juga adalah halal.

3 – Makanan yang telah dijelaskan oleh nash bahawa ianya haram, maka ianya adalah haram.

Secara umumnya, semua makanan adalah halal, melainkan ada nash/dalil yang mengharamkannya.


“Katakanlah, “Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan oleh Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan (sehahagiannya) halal.” Katakanlah, “Adakah Allah telah memberikan izin kepadamu (dalam persoalan mengaharamkan dan menghalalkan) atau kamu hanya mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?” (Surah Yunus, 10: 59)

Ketentuan awal di dalam pemisahan oleh syara’ di antara yang haram dan mubah (harus) dalam segala perkara, sama ada makanan, minuman atau yang selainnya adalah berdasarkan pemisahan di antara yang baik dan buruk.

Ini bermakna, segala perkara yang baik adalah halal hukumnya dan segala sesuatu yang buruk adalah haram hukumnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“... dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk...” (Surah al-A’raaf, 7: 157)

Di dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dan yang baik dan menjadikan (golongan) yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain...” (Surah al-Anfal, 8: 37)

Dengan ini, setiap mereka yang benar-benar memahami segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah, niscaya dia akan mengetahui bahawa setiap yang diharamkan oleh Allah pasti memiliki kesan negatif terhadap badan atau akal, atau merupakan najis dan sesuatu yang dianggap buruk, atau memiliki hikmah yang lain yang sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh al-Khaliq (sang pencipta).


Ini menunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih dan suci serta halal kerana makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan.

 Umat Islam perlu mengambil berat tentang permakanan yang halal supaya tidak terjerumus ke dalam perkara yang haram, sebagaimana firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah: 168)

Maksudnya: “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Mu’minun: 51)

Islam juga menggalakkan manusia makan dan minum dengan secara sopan dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w seperti membaca doa sebelum makan, cara duduk, makan menggunakan tangan kanan dan sebagainya. 
Menggunakan tangan ketika makan mempunyai kelebihan tertentu, terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa, pada tangan atau jari kita ini, ada enzim yang sepuluh kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. 

Enzim ini berguna untuk mencerna makanan yang kita makan.
 Rasullulah s.a.w pernah bersabda: “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

INDUSTRI MAKANAN HALAL DI MALAYSIA

Mengikut pasaran global industri makanan halal semakin menguntungkan sesebuah negara. Industri pemprosesan makanan halal ini mempunyai prospek pasaran yang luas untuk dibangunkan secara global di mana potensi pasaran produk ini dianggarkan berada dalam linkungan RM 1330 hingga RM 1520 bilion (US$350-US$400 bilion) setahun berdasarkan populasi penduduk Islam sedunia mencecah 1.8 bilion (Laporan Ekonomi :2004/2005). 

Sekiranya industri pemprosesan makanan halal tempatan berupaya menembusi sekurang-kurangnya lima peratus daripada pasaran dunia, ia akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak US$ 17 bilion (Kamarudin :2003). (Mohd. Noorizzuddin Nooh :2007)

Sila dapatkan produk Halal Muslim
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang 
sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094


Dapatkan Produk Halal Muslim
sekarang di Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:


Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

No comments:

Post a Comment