Pages

Tuesday, July 10, 2012

Jom Ke Karnival Ulang Tahun IKIM Yang ke 20

Jom Ke Karnival Ulang Tahun IKIM Yang ke 20,
InshaAllah Sahabat Roselle Marketing Ada Di Sana.

 Institut Kefahaman Islam Malaysia


 IKIM.fm Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia




بســــم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
 الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

(Entry ini telah di publish pada 27/6/2012 dan
 akan melekat di muka utama blog ini sehingga 15/7/2012.
 Untuk post terbaru sila skrol blog ini ke bawah. Sekian terima kasih) 

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT, 
InshaAllah Sahabat Roselle Marketing akan turut membuka gerai di
 Tapak Jualan Gerai Sempena Karnival Ulangtahun IKIM Yang Ke 20
yang juga sempena Sambutan Ulangtahun Radio IKIMfm yang ke 11.

Tarikh : 14 -15 Julai 2012
Masa   : 9.00 Pagi Hingga 10.00 Malam (Sabtu)
              9.00 Pagi Hingga 7.00 Malam (Ahad)
Booth; 13 dan 14 

Pelbagai acara di perkarangan IKIMfm dengan pelbagai aktiviti menarik selama dua hari bermula  
14 hingga 15 Julai 2012. Antara aktivitinya termasuklah Pertandingan Mewarna, kuiz IKIMfm, Motivasi Pagi, Nasyid On Stage, Boboi Boy dan banyak lagi.

Dijemput semua pendengar IKIM fm Seluruh Malaysia, datanglah 
ke Booth Sahabat Roselle Marketing. 

Marilah datang ke gerai kami, 
lihatlah,
 datanglah,
sokonglah Sahabat Roselle Marketing.

SRM yang telah berkecimpung dalam pemasaran Produk Halal Muslim 
sejak tahun 2006 secara rasminya, 
yang bermula berniaga di Pasar-pasar malam dan pasar-pasar tani, 
yang diaspirasikan oleh seorang Anak FELDA berwawasan jauh,
yang diasaskan oleh siswazah cemerlang sebuah IPTA tempatan,
yang sanggup meninggalkan kerjaya berjawatan tinggi
 demi memilih keusahawanan kerjaya pilihan, 
untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah 
pemasaran produk halal Muslim secara sistematik
dengan Konsep Perniagaan Halal Thoyyibah, 
Produk Halal Muslim Pilihan Anda.

InshaALLAH, 
Produk Halal Muslim Pilihan Anda 
Adalah produk terbaik untuk keluarga sejahtera.

Marilah datang ke gerai kami, 
lihatlah,
 datanglah,
sokonglah Sahabat Roselle Marketing.

Inilah masanya untuk rakan pendengar IKIMfm
mengenali dengan lebih dekat kakitangan Sahabat Roselle Marketing.

Makluman Gerai Sahabat Roselle Marketing : 

Encik Yusof/ Puan Anita
019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029

 019 7773194 atau 019 7773094
(Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)

Staf dan kakitangan Sahabat Roselle Marketing sendiri  adalah pendengar setia Radio IKIMfm. 

Saya, Intan SRM pun adalah pendengar setia IKIM fm sejak tahun 2001. 
Masa tu kalau malam, nak-nak pukul 2 pagi, IKIMfm akan buka ngaji.
Kiranya IKIM fm ni peneman study dan assignment serta thesis
 waktu malam  saya di kampus dulu. 
Maklumlah duduk di bilik khas untuk AJK Kolej Kediaman, seorang satu bilik, bila dengar ngaji ni bersemanagat nak study dan siapkan assignment.

GAMBAR BOOTH SAHABAT ROSELLE MARKETING













Gambar-gambar para pelanggan di Booth Sahabat Roselle Marketing
 semasa Karnival Mahabbah IKIMFM 2012 JB

Gambar-gambar di bawah pula ialah DJ IKIMFM dan Imam Muda Nazrul yang sempat singgah 
di Booth Sahabat Roselle Marketing
 semasa Karnival Mahabbah IKIMFM 2012 JB
 DJ Suffian Amrin @ DJ Pian Saujana

DJ Shafiq dan DJ Faeez sempat singgah BOOTH SRM.

Imam Muda Nazrul


Booth Sahabat Roselle Marketing di Rehlah Dakwah Habib Umar 2012 di Johor Baharu.


Peta Kedudukan Tapak Gerai Sempena Karnival Ulangtahun IKIM yang ke-20 


Peta lokasi IKIM


Alamat IKIM

INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM) - 234432-H
2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.


IKIM: Memahami Islam, membina peradaban  

Petikan daripada akhbar Sinar Harian, 20 Februari 201.


Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim),
Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

IKIM: Memahami Islam, membina peradaban

Wawancara dengan Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) ini adalah sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Ikim pada 18 Februari. 

Tema sambutan Ikim tahun ini ialah "Memahami Islam: Membina Peradaban." KUALA LUMPUR - Berikut adalah wawancara berkenaan.



BERNAMA: Agama Islam ialah agama yang amat sempurna dan membina peradaban. Komen Datuk mengenai peradaban tersebut?

KP IKIM: Sebelum itu, apabila kita membicarakan Islam, ia mesti ditujukan kepada masyarakat manusia. Konsep agama itu juga mesti difahami dengan betul. Agama bagi ramai orang satu istilah yang menakutkan, seolah-olah banyak halangan dan undang-undang yang menghalang manusia daripada tindak-tanduk yang bebas.

Islam adalah agama yang menekankan kepada penyusunan kehidupan manusia yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan sama ada di peringkat individu atau di peringkat bermasyarakat. Daripada pembinaan individu dan penyusunan hidup bermasyarakat maka wujudnya sebuah peradaban.

Peradaban ini adalah kemajuan masyarakat dalam pelbagai bidang dengan nilai yang unggul seperti yang dianjurkan oleh Al-Quran iaitu kebenaran, keadilan dan kasih sayang. Maknanya dalam membina peradaban kita mendukung nilai-nilai kebenaran di samping memupuk nilai keadilan dalam mengendalikan kehidupan setiap individu serta penyusunan hidup bermasyarakat.

Apatah lagi di peringkat negara. Keadilan dalam sistem pemilihan kepimpinan, maknanya sistem politik. Begitu juga dalam memenuhi keperluan-keperluan manusia. Maknanya manusia ini dijadikan oleh Allah SWT mengandungi sifat malakiyah (sifat-sifat yang baik) dan bahimiyah (sifat-sifat kehaiwanan).

Maknanya di sini kekuatan malakiyah ini melalui amalan spiritual, rohaniah. Dalam agama Islam ada latihan spiritual yang tertentu, yang khusus seperti solat, puasa, berzakat, melaksanakan ibadat haji. Begitu juga dalam keperluan-keperluan kebendaan seperti kemajuan ekonomi, rekreasi yang diperlukan oleh manusia, membangun hobi manusia.

Jadi kehidupan kepelbagaian itu kalau dipenuhi dengan tepat maka wujudnya sebuah kehidupan yang harmoni dan membolehkan manusia mencapai kesejahteraan kehidupan. Ini yang dikatakan dalam Al-Quran "sebuah masyarakat yang mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT."

BERNAMA: Sejak akhir-akhir ini agama Islam berdepan dengan banyak cabaran termasuk daripada penyebaran serta penghayatannya. Bagaimana Datuk melihat cabaran-cabaran ini?

KP IKIM: Bagi saya apa yang penting ialah pemahaman terhadap Islam itu sendiri. Malangnya, bagi saya satu yang agak tragedi bagi umat Islam ialah kita membicarakan isu yang remeh-temeh. Isu yang tidak menjadi asas kepada kewujudan sebuah peradaban walhal agama Islam itu menyentuh tentang penyusunan peradaban.
Ini satu cabaran besar. Isu yang remeh-temeh ini membuatkan kita tidak nampak kehebatan Islam itu. Walhal daripada awal lagi, Al-Quran itu memberi panduan untuk menegak kebenaran, keadilan dan kasih sayang di kalangan umat manusia. Ini bukan perkara
remeh-temeh.

BERNAMA: Apakah isu-isu besar yang perlu diberi tumpuan?
KP IKIM: Isu yang besar sekarang ini ialah menyentuh beban hidup, kos sara hidup yang tinggi. Contohnya, masalah kemiskinan, masalah jurang perbezaan antara yang berada dan yang tidak berada makin bertambah besar. Saya bercakap dalam konteks global, bukan konteks negara. Isu tentang pengangguran. Ini adalah isu-isu yang besar.

Jadi apakah panduan Al-Quran berkaitan dengan penyusunan ekonomi? Satu, contohnya pengaliran harta. Harta jangan hanya mengalir di kalangan sekelumit atau sebahagian kecil masyarakat. Harta mesti mengalir dan mencetuskan lebih banyak peluang kepada aktiviti ekonomi. Isu ini yang perlu ditangani oleh para pemikir Islam.

Satu lagi contoh ialah hasil. Bagaimana hasil dipungut? Begitu juga dasar pembiayaan, perbelanjaan pemerintah dalam sesebuah negara itu? Dan dasar kewangan. Jadi kedua-dua dasar fiskal dan dasar kewangan itu mestilah menghala kepada pengaliran harta dana yang terkumpul dalam sesebuah masyarakat.
Usaha-usaha yang sedemikian boleh mencetuskan lebih banyak peluang ekonomi dan masalah kemiskinan insyaAllah dapat kita kurangkan. Di sini juga penting sistem pendidikan di mana kita melengkapkan setiap individu dalam masyarakat kita memiliki kemahiran dan kepakaran untuk mengendalikan kehidupan dalam pelbagai bidang.

Sebab itu dari awal-awal lagi ayat Al-Quran yang pertama diturunkan "Iqra" bertumpu kepada pembacaan, kepada ilmu. Pentingnya masyarakat dilengkapkan dengan ilmu kerana ia dapat mengatasi masalah kemiskinan. Kita juga memerlukan sistem ekonomi yang adil, bukan sistem yang memanipulasi dan menindas. Ini yang berlaku dalam sistem kapitalisme sekarang.

Masyarakat Barat sedar tentang keburukan sistem kapitalisme yang menyebabkan kemiskinan meningkat. Sebab itu saya katakan Al-Quran memberi tumpuan kepada keadilan. Isu-isu yang besar sebegini perlu ditangani masyarakat Islam.

BERNAMA: Dalam hal ini kita berdepan dengan pelbagai cabaran?
KP IKIM: Yang menjadi cabaran kepada kita ialah pemahaman agama di kalangan masyarakat Islam itu sendiri dan cara menyampaikan agama itu menyempitkan agama walhal agama itu begitu tinggi. Rujuk kepada hadis Rasululullah yang bererti "Islam itu tinggi dan tidak ada perbandingannya" dan ketinggian Islam itu apabila kita dapat memahami Al-Quran.

Apa yang hendak disampaikan oleh Al-Quran itu ialah seperti yang saya katakan di awal tadi iaitu nilai kebenaran, keadilan dan kasih sayang. Kita juga tidak boleh mengabaikan keperluan spiritual dalam diri manusia. Pengabaian seperti ini yang berlaku di Barat sebab di Barat agama yang dianuti mendukung ideologi sekular. Agama itu untuk peribadi, bukan agama untuk menyusun masyarakat awam. Ini yang berbeza dengan agama Islam.

Islam bukan agama untuk peribadi sahaja tetapi agama untuk kita menyusun kehidupan bermasyarakat sehingga wujudnya sebuah masyarakat yang berperadaban tinggi, dengan nilai kemanusian, keadilan dan kasih sayang. Kita memupuk nilai kasih sayang di kalangan masyarakat manusia bukan mengemukakan pendekatan konflik.

BERNAMA: Pengaruh-pengaruh itulah yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini.
KP IKIM: Ideologi sekular ini meresap bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam di Malaysia tetapi juga masyarakat Islam seluruh dunia. Walhal kita kata kita orang Islam tetapi kita begitu bangga dengan pendekatan sekular yang dianjurkan oleh ideologi sekular misalannya kebebasan.
Kita tidak dapat nafikan, Islam juga memberi kebebasan kepada individu tetapi kebebasan ini disertai dengan tanggungjawab, Kebebasan dalam konteks masyarakat sekular menganjur pendekatan kapitalis "laissez-faire" (kebebasan mutlak). Ini yang menular dalam masyarakat kita. Kepentingan kepada diri menimbulkan perbezaan antara berada dengan yang tidak berada yang semakin melebar. Ini bahaya.

Ini memerlukan satu perjuangan. Inilah perjuangan yang dibawa oleh Ikim untuk masyarakat Islam di Malaysia, untuk menyampaikan Islam sebagai agama yang memberi penekanan kepada penyusunan kehidupan masyarakat manusia.

Ianya sama ada di peringkat individu atau peringkat bermasyarakat yang menyentuh pelbagai bidang termasuk pentingnya kepada kejituan keyakinan kita kepada yang Maha Esa. Sebab itulah apabila kita katakan kita memperingati hari kelahiran Nabi kita Rasululullah SAW kita teringat kepada ayat Al-Quran yang bermaksud "Diutuskan kau Muhammad ialah untuk memberi rahmat kepada sekelian alam" bukan kepada orang Islam sahaja, kepada juga orang-orang bukan Islam.

Selepas itu Nabi membangunkan Piagam Madinah iaitu Perlembagaan bagaimana hendak menyusun kehidupan masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah pada waktu itu. Dalam kita merayakan hari kelahiran Nabi, Maulidur Rasul, kita perlu memahami usaha-usaha yang dibawa oleh Nabi SAW untuk membina peradaban.

Pada akhirnya selepas 23 tahun kita melihat terbinanya sebuah peradaban mengguna pakai panduan daripada Al-Quran dan diterjemahkan dalam konteks sosial, budaya, dan realiti pada waktu itu di mana masyarakat Islam bukan masyarakat majoriti
tetapi masyarakat minoriti. Keunggulan panduan bersandarkan kepada prinsip Al-Quran itu yang menepati fitrah manusia bermasyarakat maka dapat diterima pakai oleh penganut-penganut agama lain.

BERNAMA: IKIM menganjurkan beratus seminar, forum, bengkel dengan tujuan untuk membuka minda masyarakat tentang agama Islam. Apakah semuanya mencapai matlamat IKIM sebagai institusi pemikir.
KP IKIM: Sebagai sebuah institusi pemikir, kita memberi pandangan daripada segi pemikiran dari pelbagai aspek. Kita mempunyai tiga pusat kajian iaitu Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan serta Pusat Kajian Pemikiran Sains dan Alam Sekitar.

Ketiga-tiga pusat ini menjadi sumber kepada pembinaan ilmu dan pembinaan ilmu dalam pelbagai bidang. Kita harapkan ia mengemukakan satu pendekatan yang menyeluruh yang menyentuh kepelbagaian aspek semoga Islam dapat difahami dalam konteks yang sempurna dan menyeluruh, bukan dalam bentuk serpihan.

Kita membawa pendekatan kepada peradaban, kita tidak memberi penekanan dalam segi pembinaan hukum. Ini kita tekan dalam penganjuran seminar, bengkel atau pun persidangan meja bulat mahu pun muzakarah pakar. Kita juga menyentuh mengenai
suasana semasa.

Kita tidak boleh mengambil panduan Al-Quran tanpa memahami suasana dan keadaan realiti semasa. Panduan Al-Quran dan memahami realiti semasa, barulah kita dapat mengemukakan apakah pendekatan yang sesuai kerana Al-Quran itu adalah
panduan kepada kehidupan masyarakat manusia.

Sebab itu Al-Quran itu sentiasa relevan kalau kita memahami Al-Quran itu. Malangnya, dalam konteks masyarakat kita tumpuan diberi kepada kaedah membaca dan menghafal sahaja, bukan memahami Al-Quran itu, jadi Al-Quran itu tidak boleh menjadi panduan dalam kehidupan kita hatta dalam pembinaan keluarga.

Contoh dalam pembinaan keluarga menarik sekali kalau kita lihat apa yang disarankan oleh Saidina Ali. Saidina Ali menyatakan tiga panduan berpandukan Al-Quran. Anak-anak 7 tahun ke bawah bermain-main dengan mereka, 7 tahun ke atas sampai 14 tahun kita adakan sedikit disiplin, disiplin bukan menghukum bukan merotan.

Kita tidak boleh hendak menggunakan kekerasan dengan anak-anak yang sudah besar dan dewasa, kita berkawan dengan mereka. Tengok pendekatan yang dianjurkan oleh Saidina Ali. Begitu juga kita lihat pada zaman Nabi Rasulullah SAW. Baginda begitu menghormati anak, bila anak tiba di rumah Baginda bangkit dan menyambut anaknya. Baginda juga seorang pendengar yang baik, menghormati kanak-kanak.

BERNAMA: Datuk, bagaimana Datuk melihat cabaran yang dihadapi oleh Ikim untuk meningkatkan kefahaman Islam, di kalangan orang Islam dan bukan Islam.
KP IKIM: Cabaran kita yang pertama adalah dari segi kemantapan pemahaman pegawai-pegawai kita dalam pelbagai bidang. Kalau kita faham secara mendalam sesuatu bidang ilmu, insyaAllah kita dapat menyampaikan. Kedua, kaedah kita menyampaikan, kebolehan dan kemampuan kita berkomunikasi bukan sahaja berkomunikasi dalam bentuk lisan tetapi juga dalam bentuk tulisan.

Dalam hal ini, alhamdulillah pegawai dan penyelidik kita juga penulis yang agak prolifik, menulis dalam akhbar, buku, jurnal dan membentang kerja kerja. Dijemput juga menganggotai jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Mereka juga ke udara dalam radio. Cabaran pula ialah kefahaman kita sebagai pemikir dalam bidang-bidang yang kita ikuti. Yang kedua, ialah penyampaian dan kita juga sekarang ini oleh kerana minat khususnya generasi muda kepada media sosial kita juga akan bangunkan media
sosial, media elektronik dalam bentuk radio.

Alhamdulillah, radio kita, Ikimfm mendapat sambutan yang baik. Kita juga akan adakan internet tv. Apa yang kita lakukan ini sebagaimana hadis Nabi yang bermaksud "Sampaikanlah walaupun satu ayat daripada Rasulullah kepada umat
manusia".

BERNAMA: Mengapa tema "Memahami Islam: Membina Peradaban" dipilih untuk sambutan ulangtahun ke-20 Ikim?
KP IKIM: Ini bukan satu tema yang baru. Sejak wujudnya Ikim pada 1992 dan kita sudah beroperasi memenuhi tema ini. Jika dilihat daripada tema-tema seminar, bengkel, persidangan yang kita anjurkan sama ada peringkat antarabangsa atau peringkat nasional, semuanya ke arah pembinaan peradaban, menyentuh pelbagai aspek termasuk budaya, kekeluargaan, teknologi, ekonomi, pengurusan, politik, perundangan dan syariah.

Maknanya Islam perlu difahami sebegitu, jangan aspek hukum sahaja. Jadi kalau kita hanya melihat Islam daripada aspek hukum sahaja, ini yang menyebabkan Islam tidak dapat digambarkan sebagai agama yang membina peradaban. Mendidik, menghayati dan melaksanakan Islam. InsyaAllah baru kita dapat melihat hasilnya kalau kita dapat faham dan melaksanakannya dengan sempurna.
IsyaAllah hasil atau natijahnya positif.

BERNAMA: Apa harapan Datuk untuk Ikim seterusnya?

KP IKIM: Kalau kita bergerak sebegini, faham hala tuju kita, yakin dan jelas ke mana kita hendak bawa Ikim, komited, insyaAllah, usaha sebegini memberi impak yang besar. Yang penting keikhlasan, kejujuran kita kepada Islam itu sendiri di atas dasar keyakinan untuk menyelamatkan umat manusia apatah lagi dalam kepincangan peradaban semasa.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memudahkan urusan kita. Urusan ini adalah amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Bunyinya besar tetapi itulah Islam "Islam itu Tinggi", jadi kita mesti berjiwa besar.



Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]


No comments:

Post a Comment