Pages

Wednesday, July 18, 2012

Gambar Karnival IKIM Ke 20 dan SRM

Gambar Karnival IKIM Ke 20 dan Booth SRM

 Pintu masuk ke IKIM.



 Booth SRM Di tepi jalan keluar dari IKIM.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry ini adalah sinambungan entry sebelum ini, Sahabat Roselle di Karnival IKIM,  di sini.

Walaupun Acara Sambutan Karnival IKIM Ke 20 tahun di IKIM pada 14 dan 14 Julai 2012 telah tamat, tetapi entry ini tetap akan dimuat naik di sini.

Pasca Karnival IKIM Ke 20..Banyak kenangan yang SRM kutip di karnival ini.Mungkin  penyiaran gambar-gambar ini sesuai dengan dunia blogger, Wordless Wednesday. 

Terima kasih kepada Abg Man, MC Pada Pagi Ahad, 15/7/2012 yang sudi mewar-warkan Booth Sahabat Roselle. Begitu juga kepada staf IKIM yang sudi turun ke Booth Sahabat Roselle Marketing.

Abg Man, MC Pagi sebelum DJ Siti Ruhani ambil alih ...
Abang Man  yang mewar-warkan Booth SRM.

Staf IKIM yang mengunjungi Booth SRM.


Asam Garam sebagai Peniaga Muslim. Berniaga adalah sunnah Rasululluah SAW. Rasululluah SAW pernah bersabda 9/10 punca rezeki dari perniagaan.

Namun, kepahitan yang perlu ditempuh juga sudah tentu bukan sedikit. Sudah pasti di dalam bidang perniagaan, banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk menjadi peniaga Muslim yang bertaqwa dan betul-betul ikut cara Rasululluah SAW.

Sikap Jujur, amanah, perniagaan secara tunai bukan hutang, menghormati rakan lain dalam perniagaan, dan sabar juga perlu semaksimum mungkin.

Pada entry ini dimuatnaik gambar Gambar Persiapan SRM di Karnival IKIM 2012, Aktiviti staf dan DJ IKIM di atas (di  ruang legar bangunan IKIM), dan suasana gerai di tapak jualan di luar pintu utama IKIM (di bawah).

Gambar Persiapan SRM (Sahabat Roselle Marketing) di Karnival IKIM 2012, Jumaat 13hb. Julai 2012.























No comments:

Post a Comment