Pages

Monday, July 23, 2012

Video Rohingya Ditindas Di Rakhine Myanmar

Video Rohingya Ditindas Di Rakhine Myanmar


BUKTI...Ahmad menunjukkan rakaman video penderitaan umat Islam Rohingya.

Video eksklusif serangan puak Rakhine di Myanmar




Rohingya attacked and killed by Rakhine

Tolong selamat kami

YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar.

“Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu, namun kami dihalang memberi bantuan,” kata aktivis Islam yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang ibu bapa dan adik-beradiknya masih di Arakan berkata, dia sentiasa memantau perkembangan di negeri kelahirannya itu selain berhubung dengan beberapa individu di sana untuk mendapat maklumat terkini.

Menurutnya, setiap individu Muslim tidak wajar berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sedangkan ratusan ribu saudara seagama menderita akibat tekanan puak Rakhine yang dibantu pasukan seragam kerajaan di Arakan.

Beliau mendakwa pada masa ini ada kira-kira 115,000 orang umat Islam Rohingya tinggal di lima khemah penempatan sementara di beberapa kawasan iaitu di Thet Khapyin yang menempatkan 40,000 orang, Da Bai Thaecheung (25,000), Bumay (10,000), Budu Pa (20,000) dan Sampya Barat (20,000).

2,000 jadi korban

HITTAGONG (Bangladesh): Konflik di Arakan, Myanmar yang tercetus awal Jun lalu sudah meragut lebih 1,000 nyawa umat Islam Rohingya angkara serangan puak Rakhine yang dibantu beberapa pasukan penguat kuasa kerajaan.


Aktivis Kemanusiaan Rohingya yang juga Editor Eksekutif Kaladan Press, Tin Soe@Taher berkata, selain dibunuh dan dicederakan, ramai gadis Rohingya menjadi mangsa rogol, selain puluhan ribu merempat selepas kehilangan tempat tinggal apabila diusir dari kampung dan rumah mereka dibakar.

“Mengikut data yang diberikan kepada kami, jumlah penduduk Rohingya yang mati sejak kejadian Jun lalu dianggarkan 1,000 hingga 2,000 orang, jumlah cedera antara 1,000 dan 3,000, 10,000 orang hilang dan 60 wanita Rohingya dirogol.

“Jumlah mangsa rogol itu hanya untuk di Maungdaw kerana saya belum dapat angka bagi kawasan lain. Semua mangsa dirogol penduduk Rakhine dan ada juga oleh pasukan penguat kuasa kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Taher, 48, ialah etnik Rohingya yang sudah 20 tahun tinggal di luar negara dan mengasaskan portal berita, Kaladan Press pada 2001 khusus untuk memperjuangkan nasib penduduk Rohingya yang ditindas di Myanmar menyebabkan ratusan ribu menjadi pelarian di beberapa negara, sebahagian besar di Bangladesh.

Sumber:  Harian Metro 
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/23
 


OIC kritik penindasan etnik Rohingya

JEDDAH 18 Julai - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mengkritik keras penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya di Myanmar dalam keganasan etnik dan agama sejak Jun lalu.

Beliau berkata, pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya beragama Islam termasuk pembersihan etnik, pembunuhan, rogol dan kehilangan tempat tinggal, oleh pasukan keselamatan Myanmar berlaku sejak tiga dekad lalu.

Ihsanoglu berkata, pelaksanaan demokrasi di Myanmar baru-baru ini meningkatkan harapan masyarakat antarabangsa bahawa penindasan terhadap etnik Rohingya akan tamat dan mereka dapat menikmati hak dan peluang sama rata.

''Bagaimanapun, keganasan terbaru terhadap etnik Rohingya pada 3 Jun lalu menimbulkan kebimbangan kepada OIC,'' katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Ihsanoglu berkata, OIC terkejut dengan kenyataan Presiden Myanmar, Thein Sein yang menolak etnik Rohingya sebagai warganegara ketika usaha masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba mencari penyelesaian damai berhubung isu itu.

Beliau menegaskan kerajaan Myanmar sebagai anggota PBB dan ASEAN perlu berpegang kepada hak asasi manusia termasuk dekri dan konvensyen yang relevan dalam memberi layanan kepada rakyatnya.
Ihsanoglu merujuk kepada deklarasi PBB bahawa Rohingya adalah etnik, agama dan budaya minoriti dari barat Myanmar dan fakta sejarah menunjukkan etnik itu berada di Myanmar beberapa kurun sebelum penjajahan British dan secara jelas sebelum pembentukan negara Myanmar.

Namun, kerajaan Myanmar masih menindas dan melakukan diskriminasi terhadap etnik Rohingya termasuk di bawah Undang-Undang Kewarganegaraan 1982 yang melanggar norma-norma antarabangsa dengan melucutkan hak kewarganegaraan Rohingya secara tidak adil.

Ihsanoglu berharap kerajaan Myanmar akan memberi maklum balas positif dan konstruktif terhadap kebimbangan masyarakat antarabangsa supaya etnik Rohingya boleh pulang ke negara asal mereka dengan selamat dan bermaruah.

Beliau berkata, akta OIC menetapkan pertubuhan itu perlu membantu golongan minoriti beragama Islam di negara-negara bukan anggota bagi memelihara maruah, budaya dan identiti agama mereka.
Beliau melahirkan keazaman OIC untuk membawa isu itu ke perhatian antarabangsa termasuk PBB, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, ASEAN dan Kesatuan Eropah serta kerajaan Myanmar sendiri untuk mencapai resolusi aman dan berkekalan. - AGENSI 

Sumber; Utusan Malaysia, 19/7/2012

Rohingya adalah rakyat Myanmar - Bangladesh

DHAKA 19 Julai - Menteri Luar Bangladesh, Dipu Moni berkata, etnik Rohingya adalah rakyat Myanmar dan Yangon perlu mengambil semula etnik itu dari negara ini.

Perkara itu disampaikan oleh Moni kepada Duta Myanmar ke Bangladesh, Myo Myint Than dalam satu pertemuan, di sini semalam.

Agensi berita nasional Bangladesh, BSS melaporkan Moni sebagai berkata, Myanmar mempunyai tanggungjawab untuk mengambil balik semua pelarian etnik Rohingya yang kini dipercayai berjumlah kira-kira 500,000 orang di negara ini, bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

''Bangladesh akan menawarkan bantuan bagi memulakan proses penghantaran pulang (pelarian Rohingya) yang mengalami jalan buntu sejak beberapa dekad lalu,'' kata Moni.

Statistik rasmi menunjukkan hampir 30,000 pelarian Rohingya berdaftar dan 450,000 pelarian lagi tidak berdaftar, kebanyakannya meninggalkan Myanmar pada awal 1990-an bagi mengelak ditindas oleh Yangon.
Beliau memuji langkah kerajaan Myanmar bagi membendung konflik etnik dan agama di Rakhine sejak beberapa minggu lalu.

Bangladesh menerima tekanan antarabangsa untuk menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ekoran peningkatan keganasan di wilayah itu. - Agensi

Sumber; Utusan Malaysia, ARKIB : 20/07/2012

Ramai penduduk Rohingya dijangka mati akibat kebuluran

Tindakan Presiden Myanmar Thein Sein enggan menerima penduduk Rohingya di negara itu amat mengecewakan kerana ia akan menyebabkan ramai etnik itu terutama kanak-kanak mati akibat kebuluran.

Thein Sein sepatutnya menunjukkan keikhlasan jika mahu menyelesaikan konflik tersebut dengan menerima cadangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) agar memberi kerakyatan kepada etnik Islam Rohingya.

Beliau juga perlu menyediakan keperluan asas yang mencukupi di khemah-khemah pelarian bagi menepis tanggapan buruk terhadap kerajaannya yang didakwa tidak mempedulikan nasib pelarian itu.

Dalam hal ini, ASEAN boleh memainkan peranan memberi tekanan kepada Myanmar, sebagai anggota ASEAN untuk menyelesaikan konflik itu demi memberi keadilan dan kemanusiaan kepada etnik itu.
ASEAN juga boleh bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan tekanan kepada Bangladesh supaya menerima dan membantu pelarian Rohingya yang cuba mendapatkan perlindungan di negara itu.

Malah Bangladesh boleh memainkan peranan lebih kerana kawasan sungai bersempadan Myanmar sering menjadi tumpuan beribu-ribu pelarian Rohingya untuk mencari perlindungan di negara tersebut.
Namun tindakan pihak berkuasa dan keselamatan Bangladesh mengusir golongan tersebut menyebabkan mereka berdepan risiko penderitaan yang lebih teruk sekiranya kembali ke Myanmar.
Untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku, kedua-dua negara itu perlu bekerjasama demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan etnik Rohingya terus terjamin.
Nasib kira-kira 800,000 etnik Rohingya di Myanmar kini berada di ambang bahaya berdepan krisis kebuluran yang serius jika semua pihak lambat bertindak menangani isu yang sedang dihadapi oleh etnik tersebut.
Penduduk Rohingya sudak cukup menderita dan mereka kini berdepan dengan masalah baru, krisis kebuluran yang teruk selepas bantuan makanan dan perubatan tidak dapat disalurkan kepada mereka, ekoran tindakan pihak tertentu yang menghalang usaha pekerja bantuan PBB dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan bantuan ke khemah-khemah pelarian yang menempatkan etnik Rohingya.

Koordinator kumpulan hak asasi manusia Projek Arakan, Chris Lewa mengakui perkara itu selepas kumpulannya dihalang memasuki sebuah khemah pelarian oleh sekumpulan sami yang tidak berpuas hati terhadap dakwaan PBB dan NGO memberi layanan berat sebelah dengan hanya mementingkan nasib pelarian Rohingya.

Perasaan tidak puas hati itu pernah diluahkan oleh pekerja bantuan tempatan, Venerable Manisara yang menuduh PBB dan NGO lebih mementingkan etnik minoriti itu dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan, termasuk pembinaan jalan, bangunan, pendidikan dan perubatan.

Etnik Rohingya juga berdepan risiko tinggi terpaksa meninggalkan khemah-khemah pelarian berikutan wujudnya ancaman wanita-wanitanya dirogol, manakala yang lain dibunuh, selain kelengkapan bantuan yang serba kekurangan yang hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh etnik itu.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA,ARKIB : 16/07/2012
 

JEDDAH 6 Julai - Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) semalam menggesa ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk membantu menghentikan keganasan terhadap komuniti Islam Rohingya di negara itu.

Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu dalam surat yang dihantar kepada Suu Kyi berkata, beliau yakin pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu mampu memainkan peranan penting untuk menamatkan krisis etnik dan agama yang berlaku di negeri Rakhine.

"Kami yakin langkah pertama anda (Suu Kyi) untuk mewujudkan keamanan di dunia akan bermula di negara anda sendiri," katanya. - AFP

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA, ARKIB : 06/07/2012

No comments:

Post a Comment