Robot Curiosity Jelajah Marikh Mars
Gambar Planet Marikh.
Sedikit informasi Planet Marikh:
Astronomus (ahli kaji bintang) telah
melihat satu fenomena alam yang amat menakjubkan di mana planet Marikh
telah semakin hampir dengan Bumi. Pada 30 Julai 2003, para astronomus
mendapati Marikh bergerak perlahan dan kerap berpatah balik secara
berulang kali sebelum berhenti.
Kemudian pada 28 Ogos 2003, didapati Marikh bergerak semula tetapi peredarannya terbalik. Ini menunjukkan bahawa matahari terbit dari sebelah barat planet Marikh dan terbenam di sebelah timur.
Kemudian pada 28 Ogos 2003, didapati Marikh bergerak semula tetapi peredarannya terbalik. Ini menunjukkan bahawa matahari terbit dari sebelah barat planet Marikh dan terbenam di sebelah timur.
Ahli kaji bintang
menegaskan bahawa fenomena ini juga akan berlaku ke atas planet Bumi
dalam jangka waktu yang terdekat. Bermakna Hari Qiamat sudah terlampau
dekat.
Kenderaan robotik mendarat di Marikh
MODEL kenderaan robotik Curiosity.
PASADENA, California - Kenderaan robotik, Curiosity mendarat di kawah
gergasi Gale di planet Marikh semalam dalam misi meneroka permukaan
planet berkenaan.
Pasukan penyelidik dan jurutera Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa
Lepas Kebangsaan (NASA) bersorak kelmarin apabila kenderaan itu memasuki
atmosfera planet itu.
"Kita selamat mendarat di permukaan Marikh," kata jurutera NASA, Allen Chen.
Selepas mendarat, kenderaan itu menghantar gambar dari dalam kawah tersebut di planet Marikh ke pejabat NASA.
Dijana kuasa nuklear, Curiosity yang bersaiz sebesar sebuah kereta
dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca.
Kenderaan itu turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini.
Curiosity akan melakukan penerokaan selama dua tahun di permukaan Marikh.
Misi tersebut antara lain bertujuan untuk memastikan sama ada Marikh
memiliki bahan asas bagi menyokong kehidupan seperti karbon, nitrogen,
fosforus, sulfur dan oksigen.
Pembinaan dan penghantaran Curiosity ke planet merah berkenaan menelan belanja sekitar AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion).
Walaupun kos itu amat tinggi, beberapa penyelidik NASA memberitahu,
perbelanjaan besar tersebut berbaloi sekiranya Curiosity dapat melakukan
pelbagai penemuan saintifik.
Kenderaan tersebut dihantar ke Marikh dengan menggunakan sebuah roket
yang mengambil masa perjalanan lebih lapan bulan sejauh 566 juta
kilometer (km). - Agensi
No comments:
Post a Comment