Tahniah UTM Cipta Pengimbas Pengesahan Halal Telefon Pintar
Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah
UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga
akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian
tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.
UTM cipta pengimbas boleh kesan keaslian sijil akademik
SKUDAI - Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan
ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem
untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut
sah atau sebaliknya.
Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah
UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga
akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian
tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.
Katanya, peralatan itu dilihat bukan hanya untuk kegunaan di IPT
semata-mata, malah ia bermanfaat bagi majikan atau bahagian sumber
manusia untuk mengetahui graduan yang diambil bekerja menggunakan sijil
yang sah atau palsu.
“Ini juga dapat menjimatkan masa kerana sebelum ini, mereka perlu
menghubungi universiti untuk mendapatkan pengesahan sama ada graduan
yang diambil bekerja merupakan bekas graduan daripada universiti
tersebut.
“Oleh itu, setiap sijil akan dilengkapi dengan bar kod unik dan
tersendiri yang menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi
perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web yang sedang
dibangunkan, www.imbas.my.
“Sistem yang pertama kali dibangunkan di Malaysia ini juga dapat
digunakan untuk sijil-sijil lain. Kami tidak menjual sistem ini tetapi
mana-mana IPT lain yang berminat memilikinya perlu membayar harga
lesennya sahaja dan kosnya belum ditetapkan buat masa ini,” katanya
kepada media, di sini, semalam.
Tahniah UTM Cipta Pengimbas Pengesahan Halal Telefon Pintar
Dalam pada itu, Muhammad Zaly Shah turut memperkenalkan satu lagi
ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan
halal dan boleh diakses menerusi telefon pintar pengguna bagi memudahkan
umat Islam mencari produk halal di negara ini.
Menurutnya, menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan
status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal,
bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.
“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr)
pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat
imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan ada tiga paparan
warna.
“Sekiranya rekod sijil itu sah, paparan akan berwarna hijau dan jika
paparan berwarna kuning itu bermaksud bukan produk haram sebaliknya
mungkin tarikh luput sijil halalnya sudah luput dan sekiranya paparan
berwarna merah menunjukkan sijil halal telah ditarik balik.
“UTM merancang berbincang dengan Labuan Halal Hab Sdn Bhd bagi
mewujudkan kod Qr pada setiap produk halal yang dikeluarkan. Perisian
ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk
disiapkan dengan kos RM12,000 dan dijangka dapat digunakan awal tahun
hadapan,” katanya.
No comments:
Post a Comment