Ekspo Buku Islam Johor Temui SRM Di EBI 5
Ekspo Buku Islam & Hari Kerjaya Johor
Ekspo Buku Islam Johor Temui SRM Di EBI 5
Temui Sahabat Roselle Marketing di Ekspo Buku Islam di Johor. InshaAllah SRM akan berada Di EBI 5 ini. Dapatkan produk Smarcoco dan produk Fortune Resources yang lain di Gerai SRM NO 56.
Pada harga sungguh istimewa!
Jom kakak abang adik pakcik makcik,
kita ke Ekspo Buku Islam 5 di Gerai No 56.
Hubungi Hotline SRM di 019 770 3029
untuk maklumat lanjut.
Ekspo Buku Islam Johor
Tarikh : 23 Nov 2012 - 02 Dec 2012
Masa : 10 pagi - 9 malam
Tempat : Tingkat Bawah, Galleria @ Plaza Kotaraya, Johor Bharu, Johor.
Ekspo Buku Islam Johor Temui SRM Di EBI 5
Datang lah beramai-ramai ke Ekspo Buku Islam 5
& Hari Kerjaya, Johor anjuran
Sinergi Ilmu dengan kerjasama IPPJ
Sdn Bhd pada 23 November hingga 02 Disember 2012 di Galleria@Kotaraya,
Johor Bahru.
Warga Johor dijemput hadir bagi memeriahkan Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan ikon-ikon terkenal tanah air seperti Ustaz Don, Hafiz Hamidun, Hilal Asyraf Ustaz Rohidzir Rais, Pak Latip, Chef Hanieliza, Ain Maisarah dan ramai lagi tokoh penulis
Warga Johor dijemput hadir bagi memeriahkan Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan ikon-ikon terkenal tanah air seperti Ustaz Don, Hafiz Hamidun, Hilal Asyraf Ustaz Rohidzir Rais, Pak Latip, Chef Hanieliza, Ain Maisarah dan ramai lagi tokoh penulis
Kedudukan Gerai di Ekspo Buku Islam Johor
Di Mana EBI Johor?
Peta Lokasi Plaza Kotaraya
Antara aktiviti menarik:
Diskusi Buku Hilal Asyraf Di Ekspo Buku Islam Johor
24 Nov 2012 - 24 Nov 2012 • 11 pagi - 1 tengah hari
Pak Latif & Al Ghazali Di Ekspo Buku Islam Johor
25 Nov 2012 - 25 Nov 2012 • 11 pagi - 1 tengah hari
Diskusi Buku Ustaz Rohidzir Rais
25 Nov 2012 - 25 Nov 2012 • 5 petang - 7 petang
Demo Memasak Chef Hanieliza Di Ekspo Buku Islam Johor
25 Nov 2012 - 25 Nov 2012 • 3 petang - 5 petang
SESI TEMUMESRA BERSAMA RAMLEE AWANG MUSHID
Kenapa Anda Perlu Datang ke Ekspo Buku Islam Kali Ini ?
- Objektif Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor adalah untuk menyatupadukan pemain utama dalam industri buku Islam dalam usaha menyebarkan ilmu-ilmu bermanfaat kepada masyarakat disamping mencipta peluang perniagaan yang menguntungkan. Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT
-
Projek Susulan Ekspo Buku Islam KL Sentral, Putrajaya & Pahang
Ekspo Buku Islam 5 merupakan projek kelima, susulan daripada kejayaan penganjuran beberapa Ekspo Buku Islam seperti di KL Sentral, Putrajaya dan yang terbaru adalah di Pahang yang turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Islam Malaysia.
-
Rakan Media Rasmi
Radio IKIM.fm akan menjadi rakan media dalam menjayakan Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor. Publisiti secara besar-besaran akan dibuat untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung.
-
Matlamat Kami
Matlamat Sinergi Ilmu sebagai penganjur adalah untuk keuntungan dan kejayaan bersama dengan para pempamer dan bukan mencari keuntungan dan kejayaan sendiri semata-mata.
Kejayaan anda amat penting dan amat kritikal bagi kami. Sila lihat testimoni daripada para pempamer Ekspo Buku Islam 3, Pahang dan beberapa keratan akhbar bagi membuktikan kejayaan matlamat kami yang ingin dicapai bersama. (dilampirkan di website Ekspo Buku Islam 5)
-
Disertai oleh penerbit buku Islam utama
Alhamdulillah, beberapa penerbit buku-buku Islam utama telah mengesahkan penyertaan mereka di dalam Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor antaranya adalah PTS Publications & Distributions, Galeri Ilmu, Must Read, Kemilau Publika, Kumpulan Media Karangkraf, Yayasan Dakwah Islam Malaysia dan ramai lagi.
-
Jemputan adalah Ekslusif
Jemputan ini adalah eksklusif dan hanya penerbit buku terpilih sahaja yang akan dijemput. Kami tidak menjemput penerbit buku yang menjual buku menggunakan jurujual-jurujual yang agresif di dalam Ekspo buku ini.
-
Booth yang terhad
Jumlah booth hanya terhad kepada 70 booth sahaja dan tempahan berdasarkan “siapa cepat dia dapat”.
-
Promosi dan publisiti yang agresif
Publisiti yang agresif dengan iklan di TV, majalah, Radio IKIM.fm, banner, bunting dan poster di sekitar negeri Johor Bharu dan beberapa daerah yang berdekatan.
-
Tarikh yang sesuai
Tarikh yang dipilih adalah tarikh kakitangan awam dan swasta mendapat gaji mereka dan hujung bulan November adalah bulan terbaik selari dengan Hari Kerjaya yang turut diadakan dalam Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor.
-
Lokasi yang strategik
Galleria @Kotaraya, Johor Bahru dipilih kerana lokasi yang sesuai dan dilihat sangat strategik untuk ekspo kali ini. Lokasi yang berada di tengah bandar yang lengkap dengan segala kemudahan. Galleria@Kotaraya menjadi tumpuan masyarakat Johor untuk membeli belah. Oleh itu, lokasi ini amat sesuai untuk penganjuran buku Islam, lebih-lebih lagi belum ada Ekspo Buku Islam yang besar di anjurkan di kawasan ini.
-
Kemudahan Awam
Kemudahan awam seperti tempat parking kenderaan yang banyak di kawasan berdekatan memudahkan para pempamer dan pengunjung untuk datang ke Ekspo Buku Islam 5 & Hari Kerjaya, Johor. Galleria @Kotaraya juga ditempatkan masjid pertama dibina di dalam kompleks membeli-belah, Masjid An-Nur. Pasaraya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti tempat makan, tandas, mesin ATM dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment