Pages

Thursday, November 22, 2012

Takziah pekerja lebuh raya PROPEL maut

Takziah pekerja lebuh raya PROPEL maut











Ipoh: Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (PROPEL), maut manakala empat lagi parah dirempuh sebuah treler ketika sedang bekerja di Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Gopeng, dekat sini awal pagi semalam.

Nahas ngeri jam 4.30 pagi itu berlaku ketika mereka sedang menyambung kabel optik di lorong kecemasan di Kilometer 294.1 arah utara.



Dalam kejadian itu ada mangsa tercampak ke dalam longkang dan terperosok di bawah treler. 




Mereka yang terbunuh ialah Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Taman Merawan, Kulim Kedah; Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur; Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar, Perak dan Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin Baru, Ipoh, Perak.

Mangsa yang parah, pekerja PROPEL, Shafudin Abdul Jalil, 31, dan Dino Azmi, 36; dua pekerja TIME dotCom, Azhan Ismail, 44, dan Mahyuddin Idris, 48 tahun.
Pemandu treler, Zulkifli Mohd Noor, 41, dari Langkawi dan kelindannya, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, juga cedera parah.

Tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian dan jenazah dibawa ke Hospital Kampar, manakala Ismady meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. Mangsa yang parah juga dirawat di HRPB.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kejadian berlaku ketika mereka baru memulakan kerja.

Katanya, treler yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala utara merempuh empat kenderaan mangsa, iaitu Proton Iswara, pacuan empat roda Mitsubishi Triton, van Nissan dan lori satu tan di lorong kecemasan berhampiran mereka.

Siasatan awal mendapati pemandu treler tidak menyedari barisan empat kenderaan dan kon keselamatan yang diletakkan di lorong kecemasan itu.

sumber berita harian






No comments:

Post a Comment