Pages

Sunday, February 03, 2013

Susu Biomil Xcel Berkhasiat Lagi Halal Muslim

Susu Biomil Xcel Berkhasiat Lagi Halal Muslim

 RM 45.90


“Minumlah susu, kerana ia menghapuskan rasa panas di dalam hati sepertimana jejari menyapu peluh di dahi. Susu boleh menguatkan belakang, meningkatkan minda, mencerdaskan akal, mengelokkan penglihatan dan menjauhkan kelupaan”


Susu Biomil Xcel Berkhasiat Lagi Halal Muslim

Biomil adalah formula susu istimewa di rumus mengandungi kombinasi khas fostat-fostat Kalium, Kalsium dan Magnesium (Garamtisu Biokimia).
Biomil membekal nutrien yang di perlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Garamtisu Biokimia pula membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi, menguatkan otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda.




DAPATKAN SEGERA SUSU BIOMIL
KELUARAN MUSLIM DENGAN 
RANGKAIAN SAHABAT ROSELLE MARKETING.


Sila dapatkan produk ini
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.
 Pengedar diperlukan!


SAHABAT ROSELLE MARKETING

Hotline SRM:  Encik Yusof di talian 019 770 3029 

019-7773022(BBU)
019-7783029(Impian Emas)

 0197773064  (Mutiara Rini)
017-7382676 / 019-7835476  (Pasir Gudang)

Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094

 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)




Nama : Rumusan Susu Tepung



 
Jenama : Biomil
Kategori : Susu Tepung Untuk Membesar
Bahan Mentah : Susu Lembu New Zealand
Ramuan : Pepejal susu rendah lemak, Laktosa, Vitamin Mineral dan kombinasi khas fosfat-fosfat Kalium, kalsium dam magnesium (Garamtisu Biokimia) sesuai untuk kesihatan fizikal, emosi  dan minda si manja dan disediakan mengikut teknologi Electromagnetic Molecular Signaling (EMS).
Rupabentuk     : Tepung susu berwarna kuning cerah dan mudah larut.
Kesesuaian : Bayi berumur 1 tahun ke atas.
Tidak sesuai kepada bayi di bawah 6 bulan.
Penyediaan   : 4 scoop (30gm) untuk 200ml air masak suam 3–4 jamuan sehari.


Biomil Xcel adalah susu tepung penuh krim yang dirumus khas untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Ia mengandungi Garamtisu Biokimia yang disediakan mengikut teknologi Elektromagnetic Molecular Signaling (EMS).
Susu Biomil Xcel  telah dipertingkatkan formulanya untuk membantu perkembangan minda kanak-kanak dengan meransang sinapsis sel-sel otak menjadi lebih pantas. Rangsangan dan nutrisi secukupnya menerusi DHA boleh membantu memaksimakan perkembangan kognitif. Penyerapan Zink dan Kalsium juga sangat penting bagi membantu perkembangan fizikal di samping menguatkan daya imuniti.
Garam Tisu Biokimia membantu penghadaman dan pencernaan, membina darah, tulang, gigi, otot dan sendi, pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat serta membantu perkembangan minda.


Garamtisu Biokimia Schuessler
 

Garamtisu Biokimia Schuessler telah diperkenalkan pada tahun 1873 oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, seorang berbangsa German. Penemuan garamtisu ini terbukti berkesan dan selamat samada berbentuk pemakanan kesihatan mahupun perubatan.


Kajian-kajian yang dijalankan oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler mendapati bahawa kelicinan fungsi tubuh bergantung kepada adanya zat-zat kimia dalam juzuk-juzuk yang seimbang. Analisis yang dijalankan ke atas darah dan tisu-tisu lain di dalam tubuh menunjukkan adanya 12 garam mineral utama yang terdapat di dalam tubuh. Apabila kandungan zat-zat tersebut tidak seimbang ataupun berkurangan, maka fungsi tubuh menjadi terganggu.


Akibatnya timbullah simtom-simtom. Berpandukan kepada simtom-simtom yang dizahirkan, seseorang pengamal boleh mengetahui garam mana yang berkurangan atau berada dalam keadaan tidak seimbang. 

 Oleh hal yang demikian, cara untuk mengembalikan fungsi tubuh agar kembali menjadi normal, adalah dengan mengembalikan zat-zat kimia atau garamtisu yang diperlukan oleh tubuh. Setelah ini dilakukan, maka pulihlah tubuh seperti sediakala menjadi sihat dan hilanglah simtom-simtom penyakit tersebut.


4 CIRI ISTIMEWA BIOMIL XCEL
4 CIRI ISTIMEWA BIOMIL XCEL
Sumbangan Biomil Kepada Kecemerlangan Minda Si Manja
a) Mencerdaskan Akal
Dengan kebaikan fosfat – fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang kurang bijak.
b) Menguatkan Ingatan
Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kapada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis dan keperluan, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu Kalsium fosfat, Kalium fosfat dan Magnesium fosfat. Kombinasi fosfat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium merupakan kandungan penting di dalam Biomil.
c) Menambah Tenaga Mental
Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindakbalas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia yang terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia. Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.
Kebaikan garamtisu Schuessler di dalam Biomil
  1. Kecergasan dan kecerdasan
  2. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
  3. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
  4. Membuang bahan toksik dalam badan.
  5. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
  6. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
  7. Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
Kalsium
  1. Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
  2. Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
  3. Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
  4. Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
  5. Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
  6. National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah.
  7. Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang.
Vitamin D
  1. Menguatkan tulang dan gigi
  2. Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)
Vitamin B12
  1. Dianggarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini.
Fosforus
  1. Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi.
  2. 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi.

ASAS ELECTROMAGNETIC MOLECULAR SIGNALING (EMS)
“Molecular Signaling” adalah suatu konsep yang menegaskan bahawa sel-sel mendapat semboyan daripada ligand yang kemudiannya berinteraksi sesama sendiri. Sehingga kini teori ini perpaksi kepada semboyan yang berbentuk fizikal. Dr. Jacques Benveniste daripada DigiBio Peranchis telah membuktikan melalui beberapa ujian makmal bahawa sel juga bertindakbalas dan berinteraksi apabila menerima semboyan molekular daripada frekuensi yang tidak bersifat fizikal malah lebih daripada bentuk gelombang elektromagnetik. Beliau juga membuktikan bahawa air memiliki ingatan melalui teori “Memory of Water”.
Dr. Samuel Hahnemann berpendapat bahawa simtom yang dihasilkan oleh sesuatu ubat itu akan menyembuhkan penyakit yang mengalami symptom yang sama. Apa yang sebenarnya yang dilakukan oleh Hahnemann adalah, untuk menyamakan secara emperikal semboyan yang terdapat di dalam ubat-ubatan homeopati dengan semboyan yang terdapat di dalam penyakit tersebut. Dengan menyamakan semboyan tersebut maka berlakulah proses pemadanan semboyan.
EMS adalah kata asal daripada “Electromagnetic Molecular Signaling” yang secara asas teori fizik mengatakan bahawa semua jisim terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom. Sesuatu jisim yang terdiri daripada atom-atom bergerak sesame sendiri dan menghasilkan getaran ataupun tenaga. Teori Archimedes juga membuktikan bahawa molekul-molekul atom ini juga berkomunikasi di antara satu dengan yang lain. Maka para saintis telah mengesahkan bahawa dalam setiap jisim hidup terdiri dari molekul-molekul atom yang berkait antara satu sama lain dan ianya hidup. Tenaga yang dihasilkan ini bermaksud isyarat gelombang yang boleh dipancarkan dan boleh terbebas akibat sesuatu tindakbalas kimia, elektromagnetik atau proses semulajadi. Ini bermakna tenaga yang dihasilkan bersifat rawak, boleh dipancarkan dan boleh disimpan. Air dan cecair merupakan antara agen penyimpanan memori dan mampu menyimpan sesuatu gelombang ataupun frekuensi dari sumber tenaga luar misalnya frekuensi daripada bacaan doa seseorang. Oleh itu pada prinsip yang sama para saintis dan penyelidik kami telah menemui satu kaedah pemindahan tenaga yang dapat memberikan sifat tenaga yang diingini melalui “Electromagnetic Molecular Signaling” atau EMS.
Dr. Jaques Benveniste melalui kaedah EMS membuktikan bahawa pemindahan tenaga dapat dilakukan secara saintifik daripada satu kumpulan tenaga molekul yang terpilih kepada satu kumpulan tenaga yang diperlukan. Penambahbaikan tenaga ini boleh membentuk kumpulan tenaga mengikut apa yang diperlukan secara komunikasi melalui molekul-molekul atom.

SUSU BIOMIL DAN EMS
Pengkayaan tenaga yang dihasilkan melalui konsep EMS adalah satu kaedah terkini di dalam penghasilan susu tepung Biomil yang bermutu tinggi. Kaedah ini memerlukan satu medan yang mampu merakam gelombang tenaga daripada sesuatu jisim. Ianya dipanggil “electromagnetic field”. Tenaga yang dirakam tadi mampu disimpan sebagai memori di dalam komputer sebagai satu fail. Misalnya tenaga tumbuh-tumbuhan herba yang diambil dan dibaca gelombangnya melalui kaedah EMS disimpan didalam cakera liut dan kemudiannya diaktifkan semula (transfer) ke atas produk di samping mengekalkan bahan asal yang terdapat di dalam produk tersebut. Bagi memahami asas ini dengan lebih jelas lagi, kita lihat contoh di bawah ini. “ Seorang penyampai radio di pusat kawalan berada beratus-ratus kilometer jaraknya daripada penerima isyarat ataupun pendengar. Namun begitu pendengar mampu menerima mesej yang asal tanpa mengubah kandungan teks asalnya walaupun berbatu jauhnya. Suara juga boleh dihantar melalui pemancar dalam bentuk gelombang dan boleh diterima melalui penerima gelombang yang kemudian diterjemah semula dalam bentuk bunyi suara”.
Bahan asal dan semulajadi yang berbentuk jisim akan menghasilkan reaksi biologi dan kimia. Apabila digunakan dalam dos-dos yang tertentu ianya akan memberikan hasil yang baik. Gabungan daripada pengkayaan semula tenaga dari teknologi EMS yang diisi dengan pelbagai kebaikan di dalam bentuk gelombang dapat menambahkan lagi kebaikan dan kelebihan yang sudah sedia ada di dalam produk-produk asal. Gabungan bahan asal dan EMS di dalam susu Biomil menjanjikan suatu pembaharuan di dalam penghasilan produk yang bermutu tinggi.


Penemuan sains yang baru diterokai oleh Dr. Jacques Benveniste adalah hasil daripada penyelidikan dan pemerhatiannya yang menemukan sesuatu yang dikenali sebagai fenomena “Memory of Water” iaitu:
  • Air berupaya mengumpul informasi di dalam molekulnya.
  • Informasi ini dapat direkod, dipindah dan disimpan seperti kaedah bunyi dan muzik.
Sehingga kini tiada sebarang percanggahan fakta kepada penemuan oleh Dr. Jacques Benveniste di dalam eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan di beberapa makmal terkemuka di serata pelusuk dunia. Malah eksperimen-eksperimen tersebut menyokong dan merupakan kesinambungan kepada penemuan oleh Dr. Jacques Benveniste.


Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Kedai SRM Di Taman Impian Emas, Skudai, Johor 


Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 


Gambar Kedai SRM Di Puchong, Selangor

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, 
Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. 
Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094


  Gambar Kedai SRM, Bandar Baru Uda, JB, Johor
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)


Gambar Kedai SRM, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor
Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 / 019-7835476 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - 

 SRM Mobile Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
 SRM Mobile Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)
 


1 comment:

  1. boοkmarkeԁ!!, I really like уour website!


    Ϻу blog post; Link Building

    ReplyDelete