Operasi mengesan mangsa terperangkap ditamatkan jam 6 petang: Polis
2013/06/08 - 17:10:42 PM
GEORGETOWN: Polis akan menamatkan operasi mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di pintu keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, kira-kira jam 6 petang ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata
operasi itu ditamatkan selepas pihaknya mengesan tiada lagi mangsa dan
kenderaan lain yang terperangkap dalam runtuhan.
"Pemeriksaan di bawah ruang runtuhan juga tidak menemui sebarang petunjuk ada mangsa lain yang terperangkap.
"Justeru, operasi ini akan dihentikan kira-kira jam 6 petang ini,"katanya.
Tragedi jambatan runtuh: Bomba, penyelamat teruskan operasi mencari, menyelamat
GEORGETOWN: Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk
mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung
antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
di Batu Maung, dekat sini.
Sehingga jam 5.30 pagi tadi, seorang mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.
Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk
mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan
jalan raya sepanjang 50 meter.
Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.
Sehingga jam 5.30 pagi tadi, seorang mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.
Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.
4 maut tragedi runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter.
Pengurusan risiko perlu ditekankan elak kejadian seperti jambatan runtuh
Ini kerana runtuhan itu melibatkan risiko nyawa pengguna jalan raya di kawasan perindustrian Bayan Lepas iaitu sebuah laluan yang sibuk dengan ribuan orang berulang alik ke tempat kerja.
Pakar Kejuteraan dan Dekan Pusat Pengajian Kejuteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Farhan Ahmad Sadullah berkata setiap projek pembinaan seharusnya mengambil kira dan mengkaji secara mendalam pengurusan risiko yang membabitkan orang awam, risiko pekerja dan projek.
Beliau memberitahu Bernama di sini, terdapat tiga perkara utama yang harus diteliti secara mendalam ketika melaksanakan sesuatu projek pembinaan iaitu aspek teknikal, aspek persekitaran dan aspek pengurusan risiko.
"Dalam kejadian runtuhan di jambatan kedua itu, ia mungkin boleh dilihat dari aspek kelemahan pengurusan risiko tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut selagi siasatan belum bermula," kata Prof Ahmad Farhan.
Walau apa sekalipun punca runtuhan itu, perkara yang penting ialah keselamatan nyawa orang awam perlu diutamakan dan sebarang projek pembinaan tidak seharusnya mengundang risiko yang boleh meragut nyawa orang yang tiada kaitan dengan kerja-kerja pembinaan itu.
Pada kejadian malam tadi, dua bahagian konkrit iaitu 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut runtuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kenderaan dan mangsa dalam kereta itu masih belum boleh dikeluarkan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pasukan itu terpaksa menunggu jentera pemotong untuk memotong besi penyambung yang runtuh itu bagi membolehkan mangsa dibawa keluar.
Setakat ini polis mengesahkan seorang wanita tempatan Thilasheni Rajendran, 24, cedera akibat terkena serpihan runtuhan pada bahagian tangan.
Ketika kejadian, Thilasheni yang sedang memandu, sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira dua meter, dari tempat kejadian.
Dua pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39, turut cedera dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd Datuk Dr Ismail Mohamad Taib berkata kejadian runtuhan itu di luar jangkaan syarikat kerana projek itu telah melalui tiga fasa dan tidak pernah mengalami sebarang masalah.
"Kerja pembinaan dihentikan sejak malam tadi dan saya tidak dapat memberitahu bila kerja akan bersambung kerana itu terpulang kepada pihak berkuasa," katanya.
Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd.
Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) Pulau Pinang berkata fokus utama siasatan jabatannya ialah menyiasat kerja struktur asas pembinaan tanjakan konkrit dan penyambung susur keluar itu jambatan itu di kawasan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.
Pengarahnya Mohd Anuar Embi berkata runtuhan itu boleh disebabkan oleh kelemahan dalam kerja-kerja struktur asas dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan. - BERNAMA
Tiga cedera dalam tragedi runtuhan Jambatan Pulau Pinang Kedua
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sehingga jam 11 malam lebih 100 anggota tnasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Bomba keluarkan satu mayat dihempap runtuhan jambatan
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit dan usaha untuk mengeluarkan mangsa lain sedang dijalankan.
'Semalaman ku mencari mu'
Georgetown: Usaha seorang isteri mencari suaminya di tempat biasa membeli makanan untuk keluarga berakhir apabila mengetahui kereta PERODUA Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah milik suaminya.
Sharifah Ramli, 40, dari Kampung Permatang Damar Laut, dekat sini, berkata beliau hairan apabila suaminya, Tajudin Zainal Abidin, 45, masih belum sampai ke rumah pada jam 6.30 petang kelmarin seperti kebiasaan.
“Namun apabila dia masih belum pulang, saya terus keluar mencarinya dan pelik apabila jalan menghala ke lokasi kejadian sesak teruk namun tidak mengesyaki apa-apa ketika itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini.
Terdahulu, mayat Tajudin ditemui dalam keadaan tersembam di papan pemuka tempat duduk bahagian pemandu kereta PERODUA Kelisa sebelum berjaya dikeluarkan kira-kira 25 jam selepas kejadian.
Mayat mangsa yang dikeluarkan anggota penyelamat itu dibawa ke HPP untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum jambatan yang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa.
Dapat petunjuk melalui nombor plat
Sementara itu, ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali sebagai Boy memaklumkan dia mula mendapat petunjuk awal melalui nombor pendaftaran kereta mangsa tetapi belum pasti sehingga disahkan anak perempuan mangsa, Nor Aina Syazwani, 11.
Boy yang juga bekerja di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, ketika runtuhan itu berlaku dia berada di lokasi kejadian tetapi bekerja di fasa lain.
“Ketika kejadian, saya memang berada di lokasi kejadian tetapi tidak sangka bahawa mangsa adalah keluarga terdekat saya.
“Saya memang syak kereta yang tertimbus itu adalah kereta Tajudin melalui petunjuk awal polis tetapi tidak dapat disahkan lagi sehingga anak perempuan mangsa sendiri mengesahkannya.
“Nombor pendaftaran kereta yang ditemui hanya PKR347 tetapi nombor plat sebenar ialah PKR3470. Namun, selepas disahkan anak perempuan mangsa, kereta itu memang milik Tajudin kerana menurut anak perempuan mangsa angka ‘0’ itu sudah lama hilang sebelum kejadian,” katanya.
Difahamkan, kenderaan PERODUA Kelisa yang dipandu mangsa sedang melalui proses pertukaran nama kerana dilaporkan mangsa baru membeli kenderaan berkenaan secara tunai.
Jenazah mangsa akan disembahyangkan dan disemadikan di Kampung Perlis, Bukit Merah hari ini.
SUMBER-SUMBER DI ATAS DARI BERITA HARIAN
Jambatan runtuh: Pakar Patologi sahkan mangsa maut akibat sesak nafas
PULAU PINANG, 7 Jun.- Pakar Patologi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh mengesahkan mangsa yang terbunuh di dalam insiden runtuh susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang meninggal dunia akibat kesesakan nafas.
Katanya, mayat Tajudin Zainal Abidin, 45 mengalami kecederaan teruk di seluruh anggota badan.
“Mangsa patah kedua-dua belah kaki serta tulang rusuk di bahagian kiri.
“Mayat mangsa juga didapati reput berikutan timbunan konkrit yang memhempapnya terlalu berat,” katanya selepas membedah siasat mayat mangsa.
Sumber Utusan
No comments:
Post a Comment