AGAR-AGAR BERCICAK DITEMUI DI TERENGGANU
Jumpa cicak dalam agar-agar
Kejadian Agar-agar yang dibeli untuk membuat koktel mengandungi cicak kering ini berlaku di Terengganu. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita iaitu carilah produk yang dibuat oleh Muslim.
KUALA TERENGGANU – Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel
kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima,
terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam
sepeket agar-agar yang baru dibeli.
Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata,
ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam
peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan
koktel tersebut.
“Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu
agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila
mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.
“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket
agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi
cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat
koktel,” katanya kepada Sinar Harian.
Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu.
"Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih
berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya.
Sumber; Sinar Harian Edisi Terengganu
No comments:
Post a Comment