Pages

Saturday, October 05, 2013

Isu pelarian Rohingya Malaysia minta henti serang etnik Rakhine

Isu pelarian Rohingya Malaysia minta henti serang etnik Rakhine

Kuala Lumpur: Malaysia menyatakan kebimbangan dengan insiden keganasan membabitkan masyarakat beragama Islam dan Buddha di Thandwe, Rakhine, Myanmar, yang berlaku sejak Ahad lalu.

Kerajaan juga menyifatkan keganasan terhadap minoriti Islam yang setakat ini menyebabkan lima kematian dan beberapa rumah dibakar termasuk masjid, adalah tidak wajar.

Justeru, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam satu kenyataan media di sini, semalam, menyeru Kerajaan Myanmar mengambil langkah positif dan berkesan bagi menghentikan keganasan, termasuk pelanggaran hak asasi manusia terhadap masyarakat Islam di negara itu. 


 


“Malaysia mempunyai keyakinan penuh Kerajaan Myanmar mampu menangani isu itu secara adil dan saksama,” katanya.
Malaysia juga menyambut baik kenyataan Kerajaan Myanmar Rabu lalu untuk membawa pesalah ke muka pengadilan dan pembinaan semula rumah dibakar.

“Malaysia juga mengalu-alukan lawatan sulung Presiden Republik Kesatuan Myanmar ke Rakhine dari 1 hingga 3 Oktober lalu, di mana beliau bertemu dengan pemimpin masyarakat Islam dan Buddha bagi meredakan ketegangan,” katanya.

 

Malaysia minta henti serang etnik Rakhine

Isu pelarian Rohingya: Myanmar bakal diheret ke ICC

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Muslim Sedunia (IMCA) mahu mengheret Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, berikutan tindakan pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya di wilayah Arakan.

Bagi tujuan itu, IMCA menubuhkan biro khas dikenali Rohingya Desk awal bulan ini dan sedang mengumpul dana untuk membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat berkaitan sebelum mengemukakan kes berkenaan ke ICC.
Setiausaha Agungnya, Sheikh Abd Kareem S Khadaied, berkata pihaknya juga sedang menyiapkan memorandum bantahan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengambil tindakan tegas ke atas Myanmar untuk menyelesaikan isu Rohingya.
Katanya, memorandum bantahan itu juga akan dipanjangkan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN, untuk tindakan negara anggota badan berkenaan.
“Kuasa dunia mesti campur tangan untuk hentikan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar,” katanya di pejabat IMCA di ibu negara, semalam.

 

 

 

No comments:

Post a Comment