Pages

Hubungi Kami

Sahabat Roselle Marketing (JM 0454405-K)

"Kedai Muslim...
Barangan Muslim..
Untuk Pengguna Bestari.."  




Gambar Kedai SRM Cawangan Utama

Produk Halal Muslim, Tanggungjawab Kita. 
Sahabat Roselle Marketing, memenuhi Fardhu Kifayah dalam Muamalah Islam ini. 
Marilah, kita satu hati, bersama menggunakan produk Halal, 
dari hasil tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah.
Marilah, bersama  kami memartabatkan ekonomi ummah.

Pendahuluan:

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL dalam kehidupan seharian, kami bertekad untuk mengubah kehidupan seharian kepada yang lebih baik. Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan seharian kita sering dibayangi dengan perkara subhah yang tanpa kita sedari. Daripada barangan keperluan harian, makanan hinggalah kepada cara pemakaian kita.

Cuba periksa barangan keperluan harian kita...Barang untuk masakan... jenama apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat/mengilangkannya?? ada tanda HALAL atau tidak?? apakah kandungan yang terdapat didalamnya??

Barangan mandian kita... Apakah jenama sabun yang kita guna?? adakah ianya HALAL?? Ada tanda HALAL?? siapa yang buat dan apa kandungannya??

Sabun mencuci pakaian.. ada tanda HALAL pada plastik pembungkusnya?? Siapa pengilangnya??

Berapa ramaikah antara kita yang mengambil berat tentang perkara-perkara ini....?? Sesetengah kita merasai ianya perkara remeh..

Selama berpuluh tahun kita telah menggunakan barangan yang kita sendiri tidak pasti KEHALALANNYA. Orang pakai, kita pun pakai.. Orang makan, kita pun makan..

Kita lihat berapa ramai orang muslim yang makan di KOPITIAM,NON HALAL?... Adakah kita sedar..???

Dulu kita tidak jumpa barangan keluaran MUSLIM... Kini masyarakat muslim kita telah mula sedar akan kepentingan ini dan ramai yang telah berubah kepada barangan HALAL.

Telah banyak barangan keperluan harian yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar BUMIPUTERA MUSLIM kita, cuma kita jumpa ataupun tidak.

Di mana hendak mendapatkannya?? Itu mungkin menjadi satu masalahnya... Tak tahu mana nak cari???

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah.. Blog ini kami sediakan untuk membantu anda mendapatkan barangan keperluan HALAL... Daripada sekecil-kecil produk sehinggalah kepada yang besar..

Bahan masakan, mandian, penjagaan kesihatan dan lain-lain... semuanya keluaran MUSLIM....

Visi perniagaan kami ialah:
  • Untuk mendorong pasaran HALALLAN  THOYYIBAH dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.
  • Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.
  • Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALALLAN  THOYYIBAH   yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'PRODUK  MUSLIM  PILIHAN  ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.
Tentang Sahabat Roselle Marketing:
Melalui perniagaan runcit Muslim ini, SRM memasarkan produk-produk  Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan.

Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.
Dengarkanlah RADIO IKIM dan JOHOR FM untuk mendapatkan maklumat tentang barangan HALAL ini...

Jika ada sebarang kemusykilan, ataupun hendak mendapatkan barangan HALAL dari kami, Kami sentiasa membantu.

Hubungi Kami:

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:


Kedai SRM Di Taman Impian Emas, Skudai, Johor 


Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 



Kedai SRM Puchong Selangor:
Mulai 1 Mac 2013
No 67, Jln PU 9/1
Tmn Puchong Utama
47140 Puchong, Selangor Darul Ehsan. 

Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094


  Gambar Kedai SRM, Bandar Baru Uda, JB, Johor
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)


Gambar Kedai SRM, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor
Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064 


KEDAI SAHABAT ROSELLE,
(DAHULU DIKENALI AZ-ZAHRA TAMAN UNIVERSITI)
No. 28, Jalan Kebudayaan 1A,

Taman Universiti,

81300 Skudai, Johor
Info Lanjut Sila Hubungi

019 369 9341 (SRM Taman Universiti)
(Dahulu di bawah seliaan IE-Mart Tmn U)


Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 / 019-7835476 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - 

 SRM Mobile Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
 SRM Mobile Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)


  

Hotline SRM; 0197703029 


Hotline SRM; 0197703029

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah..Saya sangat menyokong dan akan terus menyokong usaha pihak SRM untuk meneyediakan produk Halal di pasaran.Semoga usaha anda akan sentiasa diberkati oleh Allah dan semoga dengan usaha murni ini, kaum Muslimin akan lebih teguh iman dan akhlaknya.

    Tetapi, beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan:
    1)kenapa pihak SRM tidak memboikot produk2 keluaran Republik of Iran (cth: kurma, dsbnya)?
    2) Mengapa produk ECPI (yang juga dikatakan membiayai aktiviti Syiah di Malaysia)masih dijual di stokis SRM?

    Sebagai seorang Muslim di bumi Allah ini, saya sensitif terhadap kejadian yang berlaku kepada saudara2 kita di Syria. Dengan itu saya berharap usaha2 kecil kita (memboikot produk yang berkaitan dengan Syiah)akan memberi kesan signifikan terhadap kebangkitan saudara2 kita diseluruh dunia.

    Semoga mendapat pencerahan dari pihak SRM.

    ReplyDelete