Produk Halal Tuntutan Syarak
Mengapa
Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan
yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan
kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba
Allah SWT dengan lebih baik.
HALAL
membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang
menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan
dan kehidupan sihat. Di dalam blog Sahabat Roselle dalam enrty sebelum-sebelum ini, telah banyak isu halal dikupas.
Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi
halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya
menyumbang kepada pembentukan ummah.
Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.
Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.
Firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa
yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak
langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang
nyata bagi kamu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 168)
Ayuh, mari kita lazimi produk halal Thoyyiba dalam kehidupan kita.
Makanan Halal, Membantu membentuk Keluarga bahagia, Masyarakat Sejahtera
Firman Allah SWT:
“Dan
makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah
rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman
kepada-Nya.”
(QS Al-Maidah: 88)
Antara kebaikan kita melazimi yang halal dalam kehidupan seharian kita ialah, mustajabnya doa hamba itu.
Seorang
sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada
Rasulullah s.a.w.;
“Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku
dimustajabkan doa”.
Lalu Rasulullah berkata kepadanya;
يا
سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف
اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من
السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن
عباس).
“Wahai
Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa.
Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya
seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam
mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40
hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan
yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Ayuh, mari kita lazimi produk halal Thoyyiba dalam kehidupan kita. Ajaran
Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana
makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa
kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan
hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT.
Makanan
memiliki pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan fizikal badan,
jiwa, emosi dan minda. Kata para saintis cerdik pandai, otak kita tidak
akan berfungsi dengan betul, bahkan jiwa mudah saja menjadi pesimis
andai kita tidak dibekalkan makanan lebih dari tempoh 20 jam.
Begitu
juga sebaliknya, dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan
teratur, anda mampu bertindak lebih efisien, cerdas, lebih bersemangat
& yakin diri bahkan kelihatan amat ‘berkuasa’.
Kepada para ibubapa, tentu ingin mempunyai anak yang soleh dan solehah. Oleh itu berikanlah rezeki yang halal kepada anak-anak. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak .
Jika
sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal
dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup
kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi
pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan
mereka akan menjadi anak yang soleh.
Oleh
itu, usah hanya beretorik tentang halal haram, seandainya diri kita
sendiri tidak memulakan menggunakan dan mengambil makanan, minuman dan
produk kesihatan, penjagaan diri, alatan lain yang halal lagi thoyyiba.
Oleh
yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat
Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat
berkaitan pemakanan halal ini.
Hendaklah
kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di
makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT. Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.
Menyedari hakikat pentingnya produk halal thoyyiba, Sahabat Roselle Marketing menyahut cabaran memasarkan Produk Halal Muslim secara sistematik. Ini adalah antara sejarah penubuhan Sahabat Roselle Marketing.
Alhamdulillah, Sahabat Roselle Marketing bersyukur ke hadrat Allah atas kuniaNya dan bantuanNya .
HUBUNGI SAHABAT ROSELLE MARKETING
019
7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029
Kawasan Lembah Klang , sila hubungi
019 7773194 atau 019 7773094
(Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)
Untuk Beli online, sila klik di sini http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.
Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:
Cawangan Impian Emas,
Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan
Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558
2779
HP : 019-778
3029
Kedai SRM Puchong
Selangor:
No 19-1, Jalan
Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong,
Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
SRM Cawangan Bandar
Baru Uda,
No. 3 Jalan Padi
Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064
Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]
SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)
No comments:
Post a Comment