Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012
Pengurus FELDA Nitar 2, Abdul Aziz Talib (tengah)
bersama penduduk Wilayah Segamat, Johor meraikan kejayaan selepas
merangkul Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 dengan membawa
pulang RM1 juta pada sambutan Hari Peneroka 2012, di Kuala Lumpur.
Rancangan-rancangan Felda yang muncul Juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) dengan membawa pulang wang tunai RM1 juta ialah;
Tahun 2008 - Felda Semenchu
Tahun 2009 - Felda Ulu Belitong
Tahun 2010 - Felda Kledang
Tahun 2011 - Felda Tunggal
Tahun 2009 - Felda Ulu Belitong
Tahun 2010 - Felda Kledang
Tahun 2011 - Felda Tunggal
Tahun 2012 dimenangi oleh Felda Nitar 2.
Semuanya di Negeri Johor.
Sumber di atas: http://www.thesundaily.my/
MARAN 7 Julai 2011 - Buat kali keempat
berturut-turut, Johor mencatat kejayaan membanggakan apabila
mengungguli Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) menerusi Felda
Tunggal, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1 juta.
Anugerah tersebut disampaikan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Hari Peneroka
yang diadakan di Mini Stadium Nadi Kota, Jengka di sini, hari ini.
Tahun lalu, AKKF dimenangi oleh Felda Kledang manakala Felda Ulu Belitong pada 2009 dan Felda Semenchu (2008).
Pengurus Felda Tunggal, Abdullah Mohd.
Ali berkata, sikap saling membantu dan kerjasama dalam kalangan
masyarakat setempat, termasuk golongan belia menjadi rahsia kejayaan
tanah rancangan tersebut.
"Saya amat berbangga dengan masyarakat
peneroka di sini kerana mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk
mengindahkan kampung.
"Hari ini pengorbanan dan komitmen
mereka selama dua tahun berbalas dengan kemenangan bermakna ini,"
katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Selain Felda Tunggal, 10 finalis lain
ialah Felda Mata Ayer di Perlis, Felda Chini Timur, Felda Keratong 6
dan Felda Lepar Hilir di Kuantan, Felda Ulu Penggeli, Felda Nitar 2 dan
Felda Radong di Segamat, Johor serta Felda Bukit Waha, Felda Air Tawar
3 dan Felda Lok Heng Barat juga di Johor.
Finalis membawa pulang wang tunai
RM10,000 beserta trofi dan sijil penyertaan, manakala bagi kategori
anugerah khas pula, mereka meraih hadiah wang tunai RM30,000 beserta
trofi dan sijil penyertaan.
Bagi anugerah khas pula, Felda Chini
Timur memenangi kategori Ekonomi Cemerlang diikuti Felda lepar Hilir
(Keselamatan Terbaik), Felda Sahabat 4 dan 5 (Kepimpinan dan Kualiti
Cemerlang) dan Felda Air Tawar 3 (Inovasi Alam Sekitar).
Sementara itu, Pengerusi Gerakan
Persatuan Wanita (GPW), Mahiyah Haron, menyifatkan golongan wanita
tidak ketinggalan dalam memainkan peranan penting bagi setiap aktiviti
keceriaan kampung.
Ia diakui seorang peneroka, Othman Ahmad, 58, yang melihat banyak perubahan dilaksanakan di Felda Tunggal sejak menjadi peneroka di tanah rancangan itu pada 1980.
"Ia adalah berkat sokongan semua pihak
dan tanpa jemu untuk melihat tanah rancangan ini bersih, indah dan
selesa untuk didiami," katanya.
Bagi belia Felda Tunggal, Eddy Rohaizal Fadirallah,
33, mereka mengharapkan generasi baru Felda dapat bersama-sama
mempertahankan kejuaraan itu dan memastikan tanah rancangan tersebut
sentiasa indah.
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment