Petua Hilangkan Mabuk Awal Kehamilan
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera. Bagaimana untuk menghilangkan (atau meredakan) mabuk/loya di awal kehamilan? Kawan-kawan followers ada cadangan tak?
Sebenarnya
hampir tiada satu kaedah pun yang boleh menghilangkan rasa mabuk atau loya pada
awal kehamilan, cuma kita boleh meredakan perasaan yang sungguh kurang
selesa ini.
Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan
hormon yang menyebabkan kita merasa mabuk/loya. Mabuk, loya, pening di
awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah
ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Tidaklah
seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan
bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW lagi,
“Sesungguhnya
orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana
sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan
melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan
satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan
tersebut.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
Untung
jadi perempuan ni, tau. Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa
kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kita ni semasa dugaan berkenaan berlaku, kita kena sabar dan redha. Kalau merungut dan mengeluh, habis burn pahala yang patut dapat jadi hilang bagai debu.
Mabuk
hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib
baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan.
Kenapa saya kata
'nasib baik', ya? Sebab jika saya hamil, baik semasa yang sulong dan hingga yang terakhir, saya Allah izin mengalami morning sickness hingga hari
terakhir dibawa ke labor room.
Mabuk hamil ini juga tak mestinya berlaku waktu pagi. Kadang tu tengah hari, dan kerap kali waktu tengah malam.
Untuk mengurangkan, boleh cuba petua di bawah :
1.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat
memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu
hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil
pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu
penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang
kaya dengan zat besi.
2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu
malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil
tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.
Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah.
Hemoglobin merupakan
protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan
penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat
besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin.
Hemoglobin
rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening atau mabuk.
3. Buah pala penawar untuk
menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang
berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma
susah nak jumpa buah pala dijual di sini. Jadi saya gunakan Balm Buah Pala keluaran Ana Edar.
4. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)
5. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh. Oh petua ni saya tak berani cuba. Sebab saya alah dengan teh dan kopi. Tapi kawan saya ada cuba dan serasi dengannya.
6.
Sediakan biskut kering tanpa perisa di tepi
katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan
semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang
diletakkan di tepi katil.
7. Saya elakkan minum kopi dan segala jenis kopi. Kerana sebaik minum kopi, segala isi yang pernah kita makan dan minum sebelum tu akan terkeluar balik. Kepala pun pening sahaja.
8. Gunakan Minyak Angin LEGA...Alhamdulillah serasi dengan saya. Bukan setakat saya bahkan orang di sekeliling pun akan berkata. "Eh bau minyak apa ni? Sedap lah baunya. Hilang serabut saya." Manakala pelajar-pelajar saya turut berkata,"Leganya rasa bau minyak yang cikgu pakai. "
Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika
melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah
posisinya.
Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa
itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering
dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh
mengurangkan mabuk atau loya.
Petua tradisional :
1.
Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu
manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula
batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.
2. Ambil segenggam daun
kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu
teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.
Tapi
sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, oleh Puan Bawang Goreng, sebelum conceive lagi,
suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta
mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami.
Jadi,
mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena
ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi.
No comments:
Post a Comment