Mangkuk Gelas yang pernah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W disimpan oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib Ra telah kembali ke tangan rakyat Chechnya…sehinggakan presiden pun turut serta meraikannya untuk bertabarruk dan dibawa ke Masjid Agung Grozny.
Sila klik video di atas. Sila klik readmore untuk maklumat lanjut di blog ini.
Presiden Republik
Chechnya, Ramazan Kadirov pada 22 September 2011 lalu telah memindahkan bekas
minuman yang dikatakan pernah digunakan oleh Nabi SAW dari London ke
Chechnya. Usia bekas minuman tersebut dikatakan sudah menjangkau 14
kurun yang menguatkan lagi dakwaan ini. Kadirov telah berusaha sedaya
upaya memindahkan bekas minuman tersebut ke negaranya. Setibanya di
lapangan terbang Grozny, ia telah disambut dengan meriah dan kemudian
dibawa pula ke Masjid Besar Grozny dalam konvoi besar dengan diringi
kereta-kereta mewah.
Presiden
Ramazan Kadirov telah diringi oleh Haji Ahmad Kadirov pengerusi Majlis
Ulama Chechnya dalam upacara yang diadakan secara penuh meriah itu.
Turut dibawa ialah dua helai karpet yang pernah menutup makam Nabi SAW
dalam tempoh yang agak lama. Menurut Kadirov, sejarah bekas minuman
berkenaan asalnya berada dalam simpanan salah seorang keturunan Nabi SAW
sehinggalah akhirnya setelah melalui tempoh yang panjang ia tersimpan
di London.
Hakikat
sebenar bekas minuman yang dimuliakan itu ialah memuliakan kedudukan
Nabi SAW yang pernah menggunakannya. Ia juga disebut sebagai tabarruk(mengambil
keberkatan) dengan kesan peninggalan Nabi SAW. Apatah lagi amat banyak
dalil sahih yang mengharuskannya, sama ada di dalam Sahih al-Bukhari dan
lain-lainnya.
Kita
juga dapat melihat dari suatu sudut lain, kehebatan dan kekuatan
pejuang-pejuang Chechnya sebenarnya adalah terletak pada pegangan mereka
yang kukuh dengan agama serta hubungan kecintaan mereka yang erat
kepada Junjungan Nabi SAW.
Jika kita sering menyaksikan bagaimana
kesan-kesan peninggalan seorang artis/selebriti Barat contohnya
disanjung tinggi dan menjadi rebutan, walaupun nilainya jutaan dollar. Lalu kita katakan si-pembelinya adalah peminat setia.
Maka apakah tidak wajar untuk kita katakan bahawa Presiden Chechnya dan rakyat Chechnya ini juga adalah peminat setia Nabi SAW??
Umat Islam kini begitu jauh dari Nabinya. Janganlah
dijauhkan lagi umat ini dari Nabinya. Sudah amat banyak usaha-usaha
dilakukan untuk menjauhkan mereka daripada Nabi mereka. Sehingga
umat ini hanyut dan tidak mengenal siapa Nabi mereka. Dicanangkan
bahawa Nabi SAW sudah mati, maka matilah Nabi SAW di dalam hati-hati
umatnya. Allah.. Allah..
(Artikel ini telah disiarkan pada 25/6/2013 dan diulang siar sehingga tarikh 2 /7/2013)
Sumber; Klik disini
No comments:
Post a Comment