Pages

Wednesday, April 11, 2012

Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor

Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor
Sempena Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW 


Alhamdulillhirabbil'alamin, bersyukurlah kita kepada Allah SWT, Pencipta kita dan alam semesta ini,  kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang Allah,  kita dapat mencicipi nikmat Islam, mengecapi manisnya Iman dan menghayati indahnya Ihsan.

Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan, untuk sekalian alam. Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, tidak akan dapat membalas jasa dan pengorbanan Rasululluah SAW, Para sahabat as sabiqunal aw walun, para pejuan Islam dan ahlul bait baginda SAW,  sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.

Meskipun Rabiul Awwal 1433 Hijriah telah lama melabuhkan tirainya, namun sebagai Umat Nabi Muhammaad SAW, seharusnyalah kita teruskan usaha kita semaksimum mungkin bagi membuktikan dan menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang  ke atas Rasululluah SAW.

Marilah  kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.



Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan kalimah cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana 

Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128-129.


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Malah Rasulullah pernah bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Kepada para pencari dan pecinta serta penyokong produk Halal Muslim, barang makanan, minuman, susu, kosmetik, pencuci, sabun dan sebagainya, produk yang dibuat oleh tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah iaitu Orang Islam, kemudian produk itu dipasarkan dan diedarkan oleh Orang Islam, bahkan diiklankan di Radio Islam Pertama Malaysia ...

Khususnya para pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang setia menyokong Sahabat Roselle Marketing sejak awal penubuhannya, silakan hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029 bagi mendapatkan pelbagai barang runcit Halal Muslim dan Produk kesihatan Muslim.

Kepada para Muslimin dan Muslimat, dijemput Hadir  ke Program Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor Bharu,  Johor.

 Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz  dilahirkan  di Bandar Tarim, Hadramaut  sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Beliau ialah  keturunan Rasulullah SAW yang ke-39.
Program Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW,  adalah sebahagian Rehlah Dakwah Al-Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz di Malaysia pada 17 April 2012 sehingga 25 April 2012.

 -Maghrib di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor. 
-Bertarikh 20 April 2012 bersamaan 28 Jamadil Awwal 1433 H
-Bermula pukul 6.00 petang hingga 11.00 Malam.
- Artis Nasyeed yang turut hadir memeriahkan Majlis ialah Kumpulan In Team dan Al Mawlid.

No comments:

Post a Comment