Pengguna Nyaris makan roti berperisa lipas
TELOK EMAS di Melaka- Seorang pekerja sebuah syarikat swasta hampir termakan bangkai lipas selepas disangkanya kismis di dalam sekeping roti berjenama terkenal.
Zawiyah Abdul Rahman, 60, berkata, dia membeli roti berkenaan di sebuah pasar mini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menikmati hidangan sarapan pagi di pejabatnya bersama beberapa rakan sekerja.
“Saya terkejut sebaik menyedari ‘kismis’ dalam roti berperisa coklat berkenaan adalah seekor lipas kerana rupanya yang seakan-akan sama.
“Saya sudah makan separuh daripada kepingan roti tersebut dan nasib baik saya cepat sedar kerana jika tidak, sudah tentu saya kenyang makan roti berperisa lipas,” katanya, semalam.
Zawiyah berkata, dia sering menjadikan roti tersebut untuk dinikmati ketika sarapan pagi dan itu adalah kejadian pertama dialaminya.
“Saya benar-benar serik dengan apa yang berlaku ini dan akan berhati-hati selepas ini.
“Saya juga kesal dengan sikap pengusaha roti yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya kejadian seumpama ini,” katanya.
Sumber; Sinar Harian, April 12, 2012
No comments:
Post a Comment