Sindrom Angguk Angguk Lebih 300 Mati
GAMBAR fail 20 Februari lalu menunjukkan seorang kanak-kanak menghidap sindrom angguk di Kitgum, Uganda.
KITGUM, Uganda - Lebih 300 remaja di Uganda maut kerana penyakit
misteri yang menjangkiti semakin ramai kanak-kanak di utara negara
Afrika dan di beberapa kawasan di Sudan Selatan.
Penyakit itu dikenali sebagai sindrom angguk kerana pesakit akan
menganggukkan kepala mereka dan berkelakuan seperti diserang sawan.
Penyakit berkenaan turut membantutkan tumbesaran kanak-kanak dan
memusnahkan keupayaan kognitif dengan menyebabkan mereka gagal melakukan
tugas mudah.
Sebahagian pesakit tidak mengenali ibu bapa mereka.
"Kami melakukan ujian ke atas beberapa kanak-kanak ini dan mendapati
keadaan sebahagian mereka tidak berubah manakala sebahagian lain terus
merosot tetapi tiada seorang pun yang beransur sembuh," kata Scott
Dowell yang merupakan Pengarah Divisyen Pengesanan Penyakit Global dan
Tindak Balas Kecemasan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika
Syarikat (CDC).
Beberapa pegawai Uganda berkata, sekitar 3,000 kanak-kanak di negara Afrika Timur itu menghidap penyakit berkenaan.
Menurut mereka, setakat ini punca penyakit maut itu tidak dapat dipastikan.
Saintis CDC kini berusaha untuk mengenal pasti mengapa penyakit itu
cuma menyerang kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun. - AP
No comments:
Post a Comment