Jerebu Lagi Pembakaran Terbuka Dilarang
Bandaraya Kuala Lumpur 31/7/2012
KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di beberapa kawasan di seluruh negara
menjadi semakin buruk semalam dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di
kawasan Pelabuhan Klang mencatat bacaan 109 iaitu pada tahap tidak
sihat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Mashitah Darus berkata, bacaan IPU dari 51 buah stesen pengawasan
kualiti udara yang direkodkan semalam bagaimanapun mencatatkan 36
kawasan berada pada tahap sederhana manakala 14 kawasan berada pada
tahap baik.
“Kami dapati tiada pembakaran terbuka berlaku dalam negara dan tidak
menolak punca utama masalah jerebu yang melanda dipengaruhi oleh angin
Monsun Barat Daya.
“Ia bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya
pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, Indonesia sehingga
menyebabkan kemerosotan kualiti udara di kawasan pantai barat
Semenanjung terutamanya di kawasan Pelabuhan Klang,” katanya ketika
dihubungi di sini semalam.
Pengiraan IPU Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon
adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah
pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap
yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi
membentuk ozon di permukaan bumi.
Keadaan Jerebu Di Pulau Pinang Ekoran Aktiviti Pembakaran Terbuka
GEORGE TOWN, 31 Julai (Bernama) -- Keadaan berjerebu yang dikesan di
beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam dan menjadi bertambah
buruk hari ini, adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata Pulau Pinang dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 69 hingga 84 hari ini.
Katanya bacaan IPU di kawasan Seberang Jaya mencatat 83 pada pukul 7 pagi dan meningkat kepada 84 pada pukul 11 pagi dengan jarak ketampakan dua kilometer.
"IPU di Perai pula mencatatkan bacaan 68 pada pukul 7 pagi dan 72 pada pukul 11 pagi, di USM, 69 pada pukul 7 pagi dan 72 pada pukul 11 pagi, masing-masing merekodkan jarak ketampakan lima dan empat kilometer," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kerajaan negeri dan pihak Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan perbincangan semalam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment