Amalan Saat Haid dan Nifas di Ramadan
Sebahagian wanita
Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan merasa
tidak gembira dan bimbang kerana kehilangan peluang untuk beramal dan
beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan Rahmat.
Kepada
mereka yang berperasaan demikian di
nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah
suatu ketetapan Allah keatas manusia dari kaum Hawa.
Ketika haid dan nifas, anda boleh perbanyakkan zikir-zikir, membaca Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .
Berikut antara amalam yang boleh diamalkan wanita dan gadis yang sedang kedatangan haid dan nifas:
1) Anda boleh membaca Kalimah Taawuz:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Ta`awwudh (Arabic تعوذ) is an Arabic term used as the name for the phrase A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).
2) Anda boleh membaca Kalimah Basmalah:
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
The Arabic phrase shown above is pronounced as Bismillah ir-Rahman ir-Rahim, and is a beautifully poetic phrase which offers both deep insight and brilliant inspiration. It has often been said that the phrase Bismillah ir-Rahman ir-Rahim contains the true essence of the entire Qur'an, as well as the true essence of all religions.
Muslims
often say this phrase when embarking on any significant endeavor, and
the phrase is considered by some to be a major pillar of Islam. This
expression is so magnificent and so concise that all but one chapter of
the Qur'an begins with the words Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
The common translation:
"In the name of God, most Gracious, most Compassionate".
3) Anda boleh membaca Selawat
Sabda Rasullah SAW:
" Barangsiapa yang
berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke
atasnya 10 kali ganda"
(Hadis Riwayat Muslim.)
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil
dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai
menunaikan solat fardu.
Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali
pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya"
KEADILAN ALLAH TERHADAP WANITA DAN LELAKI
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)
Sabda Rasulluah SAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa Ummahatul Mukminin itu dalam kedatangan haid semasa mengerjakan haji(dalam ihram),
“Berkata Saidatina Aishah r.a , Rasullah datang kepadaku sedang aku menangis, lalu Baginda bertanya “ Apa hal kamu ? Adakah kamu kedatangan haid?" Aku menjawab:"Ya”. Baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).
Dalam
sebuah hadith yang lain RSAW bersabda:
” Apabila seorang hamba sakit
atau musafir Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal
ketika sehat dan tidak bermusafir(bermukim). Manakala haid adalah
merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita
dari melakukan perkara yang bolih dilakukannya ketika dia sihat.
Olih yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap
pahala ibadahnya. Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang
taat melakukan kewajipanya semasa dia sehat, melainkan hanya terhalang
dengan kedatangan haid atau nifas.
Hal-hal yang dilarang dilakukan oleh wanita haid, dan wanita nifas:
- Solat
- Puasa
- Memasuki masjid (terdapat ikhtilaf dikalangan ulama]
- Perceraian , wanita haid tidak boleh dicerai,namun harus menunggu hingga ia suci.
- Berhubungan suami isteri
- Membaca Al-Qur’an (ada perbezaan pendapat)
- Tawaf
Ramai kaum wanita yang kedatangan
haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering
melalaikan dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan
mulia ini.
Mereka menghabis masa dengan menonton TV atau seumpamanya
dengan sangkaan bahawa mereka bolih berbuat demikian menjauhi segala
amalan kerohanian atau ibadat kerana mereka dalam haid atau nifas.
Akhirnya perasaan lemah untuk beramal akan menguasai mereka setelah
mereka suci dari haid atau nifas dan menyebabkan mereka malas untuk
mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.
Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .
- Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
- Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
- Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
- Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
- Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.
No comments:
Post a Comment