Pages

Friday, June 14, 2013

Pesta Gay di Makkah Diserbu

Pesta Gay di Makkah Diserbu



Gambar Hiasan: Gambar Tsunami di Jepun
 

Riyadh: Polis agama di Arab Saudi menyerbu satu majlis yang dihadiri lebih 80 lelaki muda yang datang dengan pakaian wanita dan bermekap untuk meraikan perkahwinan seorang lelaki homoseksual.


 
Anggota Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar yang turut dibantu polis menyerbu kediaman di barat Makkah itu sebelum menahan lima orang.

Tetamu lain yang menyedari kehadian pihak polis bertempiaran lari ke kawasan gunung berhampiran untuk mengelak daripada ditangkap.

“Mereka yang hadir itu berusia antara 18 hingga 20 tahun dan berpakaian wanita serta mengenakan mekap.

“Mereka menari mengikut irama muzik disko di parti yang meraikan perkahwinan dua lelaki,” lapor akhbar ” lapor akhbar harian Alsaudeh. - Arab News


Sumber; Harian Metro, 13/6/2013

No comments:

Post a Comment