Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, March 28, 2012

Gambar Kedai SRM, Puchong, Produk Muslim Pilihan Anda,


Kedai SRM, Puchong, Produk Halal Muslim Pilihan Anda,

"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 
  


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Kepada semua pelanggan setia
 Sahabat Roselle Marketing, Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah SWT, kini  
Sahabat Roselle Marketing telah membuka cawangan terbaru di Puchong,
 Selangor Darul Ehsan.

Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Sahabat Roselle Marketing (SRM) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

Konsep kedai runcit dengan nama Sahabat Roselle Marketing  mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Sahabat Roselle Marketing, 
yang berada di sekitar Selangor, seperti di Puchong, Serdang, 
  sila datang beramai-ramai di cawangan terbaru kami:

Kedai SRM,
No. 19-1, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

No. Telefon: 
03-8062 7032, 019-777 3194, 019-777 3094

p/s: Entry ini akan terpasang sebagai entry pertama sehingga beberapa waktu.Untuk artikel terbaru blog ini, sila skroll ke bawah.


Pandangan Hadapan Kedai SRM, Puchong Selangor.

Kedai SRM, Produk Muslim, Pilihan Anda.
 Produk Halal lagi baik...


Pandangan dalam
Kedai SRM, Sahabat Roselle Marketing, Puchong, Selangor

Produk Kesihatan 


Produk Minuman, Kordial dan pelbagai jenis kopi dan teh.


Produk Runcit Muslim seperti Bihun Sufi, Susu Untuk Kanak-kanak,
 tepung gandum tanpa bahan kimia dan lain-lain


"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 
 

Visi perniagaan kami ialah:
  • Untuk mendorong pasaran HALALLAN  THOYYIBAH dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.
  • Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.
  • Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALALLAN  THOYYIBAH   yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'PRODUK  MUSLIM  PILIHAN  ANDA’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.

Dengan adanya kedai SRM, kami berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada pengguna.

Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi.

Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.

Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk  Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha dari negeri Utara tanah air dan Johor. 


Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera. Manakala 20 peratus lagi merupakan produk Muslim dikeluarkan oleh negara-negara Islam seperti Yaman, Arab Saudi, Iran dan lain-lain.
Info Lanjut sila klik Jom Jana Pendapatan Bersama Sahabat Roselle Marketing, di sini.

Jangan Bersedih dengan Keperitan Kedukaan Hidup

Jangan Bersedih dengan Keperitan Kedukaan Hidup


Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya-upaya ..
 bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu..
bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
 ALLAH setia di sisimu,
 bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak menjadi tahu tujuan, 
ALLAH ada jalan penyelesaiaannya,
 bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa dan ALLAH adalah jawapannya.



Renungkanlah Maksud Firman Allah SWT:

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
(QS Al: Insyirah:5-6)
Ya Allah, Kasihanilah Kami...Hayati Firman Allah di Bawah ini pula...

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. 
(Al Baqarah: 286)

 USAH BERPUTUS ASA DARIPADA RAHMAT ALLAH

Ketika kita rasa sangat lemah tak berdaya menghadapi ujian dan tekanan hidup, ketika merasa diri sangat lemah dek bebanan perasaan samada putus cinta, dimarahi, dihina orang, difitnah orang, dicemburui orang,  dan apa sahaja maslah yang menimpa,
maka, usah sekali berputus asa daripada rahmat Allah.

Kerana, Allah SWT adalah yang paling memahami kita, hambaNya yang dicuptakan oleh Allah SWT. Hayatilah maksud Firman Allah SWT di bawah ini:

Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). 

Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Monday, March 26, 2012

Bagaimana Wujudnya Kedai Halal SRM

Bagaimana Wujudnya Kedai Halal SRM

Sejarah SRM, 
Kedai Muslim, Barangan Muslim, 
Untuk Pengguna Muslim

 Gambar Kedai SRM di Puchong, Selangor

Pengenalan
Sahabat Roselle Marketing(SRM), merupakan pemborong halal hub kepada peniaga dan pengguna produk Muslim. SRM sentiasa berusaha untuk memastikan  produk- produk halal muslim dapat di pasarkan kepada para peniaga seterusnya memudahkan pengguna untuk mendapat produk tersebut.
Ini secara tidak langsung  dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan.


  Gambar Kedai Sahabat Roselle Marketing di Skudai, Johor Baharu, Johor

Bagaimana wujudnya Sahabat Roselle Marketing?
Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim.  Beberapa pendedahan media sebelum ini menambahkan lagi tahap kesedaran Masyarakat Islam akan kepentingan memastikan status halal sesuatu produk yang dibeli.
Misalnya mengenai kandungan bahan berbahaya iaitu bahan peluntur dalam tepung gandum, kandungan asid boric dalam sesetengah jenama mee,  tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.
Cuba periksa barangan keperluan harian kita. Barang untuk masakan, jenama apakah yang kita pakai??? Siapakah yang membuat dan mengilangkannya?? Produk tersebut, ada tanda HALAL atau tidak?? Apakah kandungan yang terdapat didalamnya??
Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran. Pengeluaran juga bergantung kepada permintaan.

Sedangkan majoriti pengguna di negara kita adalah Orang Islam. Sebagai Muslim, sudah tentunya memerlukan semua produk yang berstatus halal seperti makanan, minuman, alat kosmetik, alat penjagaan diri, barangan kesihatan dan alatan rumah tangga, dan lain-lain lagi.

Maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Begitulah juga kewujudan Kedai Halal Muslim. Ia juga merupakan tuntutan syarak.


Sahabat Roselle Marketing, Peneraju Halal Muslim Mart Anda,
Sebenarnya banyak produk Muslim   ada di luar sana . Cuma tiada kaedah pemasaran yang teratur, membuatkan produk Muslim, yang biasanya di usahakan secara Perindustrian Kecil dan Sederhana, kurang mendapat tempat di hati pengguna kerana sukar pengguna muslim untuk mendapatkan bekalannya.

Kadang-kala, produk IKS Muslim ini lebih baik dan bermutu tinggi. Selain suci dan bersih.
Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL MUSLIM dalam kehidupan seharian, pengurus SRM  bertekad untuk mengubah cara kehidupan masyarakat agar lebih  peka terhadap produk muslim yang merupakan aset penting dalam kehidupan seharian .

Tambahan pula, Pengurus SRM sendiri, adalah seorang yang sangat  menjaga makanan dan minuman sehariannya.
Kami di SRM , sentiasa memastikan produk yang kami jual tidak mengandungi unsur yang haram dan syubhat. Ini termasuklah produk makanan, minuman, produk kecantikan, produk penjagaan diri, bahan pencuci, rempah-ratus, barang runcit dan lain-lain. 
Oleh kerana , menjual barang-barang halal merupakan fardhu kifayah, maka SRM telah terjun dalam bidang pemasaran produk Muslim ini.

Untuk itu, SRM telah berusaha untuk menjadi pemborong produk halal muslim yang terdiri daripada barang runcit dan produk kesihatan. Lalu tertubuhlah Sahabat Roselle Marketing dan KEDAI SRM yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim sahaja.

Bersambung pada bahagian berikutnya, InshaAllah

Keputihan Atasinya dengan Jus Cantik

Keputihan Atasinya dengan Jus Cantik

 RM45.00

Keputihan Atasinya dengan Jus Cantik

Testimoni:

Norizan Binti Sidek , 37 Tahun , Marang , Terengganu 
Alhamdulillah ,Setelah menggunakan Jus Cantik saya begitu berpuashati kerana merasakan ianya amat berkesan terhadap diri saya. Kini,saya tidak perlu lagi menggunakan panty liner selepas mengamalkan Jus Cantik , masalah keputihan juga dapat diatasi dengan mudah. Kulit makin cerah berbanding sebelumnya ,tenaga makin bertambah , tidak mudah mengantuk dan lapar seterusnya banyak membantu mengamalkan diet yg baik.Alhamdulillah , kulit wajah semakin berseri. Ia amat berbaloi..

Untuk beli online, sila klik di sini.  

Untuk cara beli barang online di Kedai Online SRM, sila klik di sini.

Hotline SRM, Sila hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029
Kepada pelanggan dan bakal pelanggan Sahabat Roselle Marketing, yang berada di sekitar Selangor, seperti di Puchong, Serdang, sila datang beramai-ramai di cawangan terbaru kami:

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,  Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Nombor telefon: 
Untuk Kawasan KL, Lembah Klang dan Selangor:

Encik Asrull 019 7773194

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)




Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

 Diskripsi Produk Jus Cantik:


Formulasi Jus Cantik sangat memahami naluri kewanitaan yang mementingkan kecantikan luar dan dalaman. Jus Cantik kaya dengan bahan-bahan yang berkhasiat seperti lobata, manjakani, kolagen, pegaga dan sireh serta gabungan makanan sunnah iaitu habbatussauda’ dan madu yang menjadikan Jus Cantik lebih istimewa dan hebat.

Manfaat Mengamalkan Jus Cantik : 

Gincu Halal Muslim

Gincu Halal Muslim

"Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 
  


Lipstiks Satin Peach

RM 16.90
Terus ke bakul belian di sini, untuk beli online.

Hubungi Hot line SAHABAT ROSELLE 019 770 30 29

Peta Ke Bandar Dato' Onn Karnival Mahabbah IKIMfm

Peta Ke Bandar Dato' Onn Karnival Mahabbah IKIMfm

Peta Ke Bandar Dato' Onn, 
sempena Karnival Mahabbah IKIM.fm 2012



Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bharu kali ini diadakan di Tapak Masjid Bandar Dato' Onn.

Di Mana Bandar Dato' Onn ini?

 Bandar Dato’ Onn ini kira kawasan strategik juga sebab dekat dengan exit highway Dato’ Onn. Bandar dato' Onn ini bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS Johor Bharu- Kuala Lumpur.

Bandar ini  terletak kira-kira 15 minit dari Bandar Johor Baharu. 10 minit dari UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dan hanya lebih kurang 10 minit dari Jaya Jusco Tebrau City.

Temui Sahabat Roselle Marketing di Karnival Mahabbah IKIM.fm 2012. 

Hubungi Encik Yusof di talian 019 770 3029 
bagi mengetahui lokasi booth SRM
 di Karnival Mahbbah IKIM fm ini.

Peta Ke Tapak Karnival Mahabbah IKIM.fm 2012

Peta Ke Tapak Karnival Mahabbah IKIM.fm 2012

 Klik pada gambar, untuk membesarkan.
Klik pada gambar untuk print out Peta Ke Tapak Karnival Mahabbah IKIM.fm 2012

 Booth Sahabat Roselle di karnival Mahabbah IKIM 2011

Acara tahunan Ikimfm...Karnival Mahabbah IKIMfm 2012 akan Kembali lagi 
di Bandar Dato' Onn. 

Temui Kami SRM, di Booth "Sahabat Roselle Marketing" dari 30 March 2012 Sehingga 1 April 2012 di Tapak Karnival. 

Pelbagai produk baru dari pengeluar Muslim akan kami bawakan di Majlis Tersebut. Datanglah Beramai-Ramai....

Hubungi 019 770 3029, Encik Yusoff bagi mengetahui lokasi booth
 SAHABAT ROSELLE MARKETING.

Jumpa Di sana...

Sunday, March 25, 2012

Kedai Halal di Johor Bharu

Kedai Halal Muslim di Johor Bharu


 Gambar Premis Cawangan Utama Sahabat Roselle Marketing di Taman Impian Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kami memasarkan Produk kesihatan yang dihasilkan oleh saudara seIslam kita. Sahabat Roselle Marketing merupakan Stokis dan pengedar utama bagi produk kesihatan keluaran Puteri Alya, Fortune Resources seperti Smart Coco, Produk Hiraq, Muslim Choice Product seperti Secret Honey Genius, Green Tea Colustrum, Madu Mujeza dan lain-lain.

Alhamdulillah, kami juga telah memasarkan produk runcit Muslim. 


 Gambar Produk runcit Muslim

 Pewangi Organik dan penghalau serangga organik serbaguna

Sila klik Produk Runcit Muslim, untuk maklumat lanjut.

Waktu Perniagaan Kedai Sahabat Roselle Marketing di semua cawangan di Johor Bharu bermula 1 April 2012:
Waktu Mula Perniagaan: 8.30 pagi
Waktu Tutup perniagaan: 6.30 petang
Hari Cuti: Hari Jumaat sahaja.

Jom hebohkan Sahabat Roselle Marketing, sebagai pusat halal muslim mart anda. 
Berminat berniaga bersama kami?

Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.
 Cawangan Utama:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : +6019 770 3029 /+6019 778 3029
Fax : +607 554 5419


Sahabat Roselle Marketing, Mutiara Rini
Alhamdulillah, SRM, melangkah maju setapak lagi.  Kami telah membuka Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Mutiara Rini. Kedai SRM, Mutiara Rini, terletak di belakang Stesen Petronas. Kedai SRM Cawangan Mutiara Rini berada di kedai setingkat,  No.2 dari hujung.

Sila hubungi : 
nombor 0197773064  

Cawangan Taman Mutiara Rini,
 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor Bahru,
019-7773064 (Cik Yati)
012-7364429 (Cik Kay)
Sahabat Roselle Marketing,
Cawangan Taman Mutiara Rini

Sahabat Roselle Marketing, Cawangan BBU

SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
 
019-7773022 (En.Fadhil)
 
019-7187596 (En.Yakob)

Friday, March 23, 2012

Ribut matahari Itu Indah Tapi Mengerikan

Ribut matahari Itu Indah Tapi Mengerikan


 Earth's plasmashere protects the planet from radiation: Image courtesy of NASA

 WASHINGTON - Laporan pada 11 Mac 2012 lalu, sekali lagi matahari dilanda ribut. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu mankjubkan.

Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.


Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.


“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.


Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.


Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.


Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan orientasinya.


Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia.


LAPORAN LANJUT DARI PORTAL BERBAHASA INGGERIS:

Solar Flare Radiation: Impact on Earth

Sabun Pencuci Aura Kecil

Sabun Pencuci Aura Kecil

RM 8.90 
Terus ke bakul belian online, klik di sini.
Setiap produk yang dikeluarkan adalah berkualiti, bersih dan selamat digunakan.

'Jangan Ragu Jangan Sangsi'

 Keterangan Produk:

Campuran Bio-act, enzim pelembut, anti bakteria, opticlorite dengan agen anti karat yang boleh menghilangkan kesan kotoran yang degil dengan lebih berkesan. Ia juga boleh melembutkan pakaian yang lain. Semuanya boleh didapati dalam serbuk pencuci Aura(2 dalam 1)

Bagi pelanggan dan bakal pelanggan di sekitar Johor, Singapura, Lembah Klang, Wilayah persekutuan Putrajaya dan Selangor, boleh datang terus ke Kedai Sahabat Roselle Marketing. 


Maklumat lanjut sila hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029.


Nombor telefon SRM Lembah Klang: 
 Encik Asrull   019 7773194/  013 359021

Thursday, March 22, 2012

Tepung Beras Halal, Produk Runcit Muslim

Tepung Beras Halal


Harga: RM 2.20
Untuk beli online produk tepung beras ini, sila klik di sini.
Untuk renungan bersama, mengapa perlunya kita mengambil makanan halal. marilah kita hayati firman Allah SWT, yang maksudnya:
Firman Allah (s.w.t.) : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” ( Surah Al Baqarah :168 )
Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya. Seseorang insan mukmin yang sentiasa prihatin terhadap soal kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, maka pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya. 
Islam begitu syumul dalam pemilihan makanan yang bersih dan halal. Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik.
 Justeru, di samping memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan pada masa yang sama akan kebersihan dan kesuciannya daripada segi syariat agama. 

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis Baginda yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud; “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Bagi pelanggan dan bakal pelanggan di sekitar Johor, Singapura, Lembah Klang, Wilayah persekutuan Putrajaya dan Selangor, boleh datang terus ke kedai Sahabat Roselle Marketing.
Maklumat lanjut sila hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029.

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...