Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts
Showing posts with label PERISTIWA. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Video Muslim Syiria Ditanam Hidup-hidup Pakaian Dicabut

Muslim Syiria Ditanam Hidup-hidup Tanpa Pakaian 



Video ini adalah rakaman rahsia yang terbongkar, salah satu kebiadaban pasukan rezim Syi'ah Nusairi pimpinan Bashar Assad. 
Al Fatihah untuk saudara Muslimin Muslimat yang teraniaya dan dizalimi ini. Semoga roh mereka tenang di alam barzakh bersama para syuhada Allah dan kekasih-kekasih Allah.Amin. 






Video yang berdasarkan catatan di Youtube ini adalah tahun 2011 yang tidak diketahui di wilayah mana. Video ini menunjukkan sejumlah muslim Syria ditanam hidup-hidup, sambil pakaian mereka telah dicabut oleh rejim tentara Asad di sebuah tempat.


Semoga Allah melaknat orang-orang yang menyiksa dan membunuh kaum Muslimin tanpa hak. Ini adalah sebahagian daripada sejumlah bukti kekejaman rezim Syi'ah Nusairi di Syria.

Saturday, April 21, 2012

Gambar Ihya Mahabbah Rasululluah Bersama Habib Umar di Mutiara Rini Skudai Johor

Gambar Ihya Mahabbah Rasululluah Bersama Habib Umar di Mutiara Rini Johor


Gambar Sahabat Roselle Di Rehlah Dakwah 
Habib Umar Di Masjid Jawaher, Mutiara Rini,  Skudai, Johor

 بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Rehlah Dakwah Habib Umar di Masjid Mutiara Rini Skudai Johor Bharu Johor

Alhamdulillah, Sahabat Roselle Marketing berada di Majlis Ilmu bersama Habib Umar. Sahabat Roselle marketing telah membuka gerai jualan di hadapan perkarangan Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor bermula sewal 9 pagi 20 April 2012.

Gambar Perkarangan Masjid Jawaher Mutiara Rini Skudai Johor


Peta dan plan lokasi Masjid Al Jawahir Mutiara Rini, Skudai, Johor Bharu, Johor

Hari & Tarikh : Jumaat, 20hb April 2012M
Program : Malam Ihya` Mahabbah RasuluLlah ﷺ
Tempat : Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Bersama : al-Habib `Umar ibn Hafiz dengan terjemahan oleh
                 al-Habib `Ali Zainal `Abidin ibn Abu Bakr al-Hamid 


Alhamdulillah. Sahabat Roselle Marketing turut dapat bersama dalam majlis ilmu ini.

 Wakil Sahabat Roselle Marketing, Encik Yusof, keempat dari kanan,
 bergambar bersama Habib Umar di Malam Ihya Mahabbah Rasululluah


Sahabat Roselle Marketing turut  menghadiahkan sumbangan 
kepada Habib Umar untuk pendidikan di Darul Mustafa Tarim.

Marilah bersama Sahabat roselle Marketing menggunakan produk halal lagi thoyyiba, produk halal muslim samada produk kesihatan, barang runcit, rencaah masakan rempah ratus dan bahan lain.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Sila hubungi Hotline SRM 019 770 3029.

Gambar berikut pula ialah suasana Siang Ihya Mahabbah Rasululluah dan Malam Ihya Mahabbah Rasululluah di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Gerai Sahabat Roselle sudah kelihatan dari masjid.

Gerai Sahabat Roselle, 5.50 petang, 20/4/2012


Suasana Malam Ihya Mahabbah Rasululluah di Booth Sahabat Roselle Marketing







Alhamdulillah ramai pelanggan datang ke Booth Sahabat Roselle Marketing.


Promosi Produk Cuka Kurma Nr Bashirah 

Hubungi Hotline Sahabat Roselle di talian 019 770 3029. 

Hotline Kedai SRM Puchong: 019 7773194 atau 019 7773094

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing;

Kedai SRM Puchong Selangor: 

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, 
Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Sahabat Roselle Marketing di Negeri Johor Darul Takzim:

Skudai, Johor Bahru

Sahabat Roselle Marketing,
No. 32 Jalan Impian Emas 7,
Taman Impian Emas,
81300 Skudai, Johor Bahru,
Johor.
 En Yusof
019 770 3029
Office :
07 558 2779

Bandar Baru Uda:

Kedai Sahabat Roselle
No. 3 Jalan Padi Ria 13,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru.
019-7773022 (En.Fadhil)

Mutiara Rini, Skudai 

Kedai Sahabat Roselle
No. 33 Jalan Jasa 64,
Taman Mutiara Rini,
 81300 Skudai, Johor Bahru.
0197773064  
Cik Yati

Pasir Gudang

D & Yad Venture
No:22, Jln Sejambak 14,
Taman Bukit Dahlia
81000 Pasir Gudang,
 Johor.
017-7382676 [Puan Mimah]


 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

Wednesday, April 11, 2012

Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor

Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor
Sempena Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW 


Alhamdulillhirabbil'alamin, bersyukurlah kita kepada Allah SWT, Pencipta kita dan alam semesta ini,  kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang Allah,  kita dapat mencicipi nikmat Islam, mengecapi manisnya Iman dan menghayati indahnya Ihsan.

Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan, untuk sekalian alam. Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, tidak akan dapat membalas jasa dan pengorbanan Rasululluah SAW, Para sahabat as sabiqunal aw walun, para pejuan Islam dan ahlul bait baginda SAW,  sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.

Meskipun Rabiul Awwal 1433 Hijriah telah lama melabuhkan tirainya, namun sebagai Umat Nabi Muhammaad SAW, seharusnyalah kita teruskan usaha kita semaksimum mungkin bagi membuktikan dan menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang  ke atas Rasululluah SAW.

Marilah  kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.



Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan kalimah cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana 

Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128-129.


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Malah Rasulullah pernah bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Kepada para pencari dan pecinta serta penyokong produk Halal Muslim, barang makanan, minuman, susu, kosmetik, pencuci, sabun dan sebagainya, produk yang dibuat oleh tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah iaitu Orang Islam, kemudian produk itu dipasarkan dan diedarkan oleh Orang Islam, bahkan diiklankan di Radio Islam Pertama Malaysia ...

Khususnya para pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang setia menyokong Sahabat Roselle Marketing sejak awal penubuhannya, silakan hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029 bagi mendapatkan pelbagai barang runcit Halal Muslim dan Produk kesihatan Muslim.

Kepada para Muslimin dan Muslimat, dijemput Hadir  ke Program Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor Bharu,  Johor.

 Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz  dilahirkan  di Bandar Tarim, Hadramaut  sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Beliau ialah  keturunan Rasulullah SAW yang ke-39.
Program Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW,  adalah sebahagian Rehlah Dakwah Al-Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz di Malaysia pada 17 April 2012 sehingga 25 April 2012.

 -Maghrib di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor. 
-Bertarikh 20 April 2012 bersamaan 28 Jamadil Awwal 1433 H
-Bermula pukul 6.00 petang hingga 11.00 Malam.
- Artis Nasyeed yang turut hadir memeriahkan Majlis ialah Kumpulan In Team dan Al Mawlid.

Tuesday, April 10, 2012

Hujan Air Batu di Pontian Johor

Hujan Air Batu di Pontian Johor



ZAINAL Abdullah menunjukkan lubang-lubang pada zink rumahnya akibat hujan air batu di rumahnya di Pekan Sanglang, Pontian, semalam.

PONTIAN 9 April - Dua warga emas serta seorang cucu mereka mengalami pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup apabila rumah mereka di Pekan Sanglang di sini, ditimpa hujan air batu petang semalam.
 
Hujan air batu yang berlaku sebelum solat Asar itu turut mengakibatkan bumbung zink rumah mereka di bahagian hadapan, bilik serta dapur kelihatan 'berlubang'.

Zainal Abdullah, 67, memberitahu, ketika kejadian dia bersama isteri, Halijah Kulop Razak, 65, dan cucunya, Nabiatul Syafina Jazamuddin, 15, berada di dalam rumah, manakala anaknya pergi bekerja.

"Pada mulanya kami hanya menyangka berlaku hujan lebat tanpa menyedari ia turut disertai hujan air batu apabila mendengar bunyi semakin kuat menimpa atap rumah.

Petikan daripada Sinar harian pula:

PONTIAN - “Bunyinya cukup menakutkan dan pak cik rasa seperti dunia hendak kiamat,” kata Zainal Abdullah, 67 ketika menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya di Pekan Sanglang dihujani dengan hujan air batu sebesar ibu jari kaki, di sini, petang kelmarin.

Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang itu, keadaan bumbung zink rumahnya berlubang-lubang dan kelihatan seperti dibaling batu.

Sunday, April 08, 2012

DJ Faiz & DJ Syafiq IKIMFM Di Booth Sahabat Roselle

DJ Faiz IKIMFM Yang Peramah

 DJ Faiz memberi pose yang istimewa kepada si cilik 
Sahabat Roselle Marketing yang mengambil gambar beliau di Booth IKIMfm.

Renungan : Mari kita hayati mafhum Firman Allah SWT ini:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

 DJ Faiz & DJ Syafiq IKIMFM Yang Peramah

Intan SRM masih menyiarkan gambar-gambar sekitar Karnival Mahabbah IKIMfm 2012 yang telah melabuhkan tirainya seminggu yang lalu.

Kali ini, kita kongsikan gambar DJ Faiz & DJ Syafiq. Mereka  sempat menziarahi dan mengunjungi beberapa Booth perniagaan di  Karnival Mahabbah Ikimfm, Johor Bahru pada malam terakhir karnival berkenaan, sebaik karnival berkenaan tamat. (1 April 2012). 

Mereka berdua sempat mengunjungi Booth Sahabat Roselle Marketing dan sudi beramah mesra dengan Staf dan kakitangan Sahabat Roselle Marketing yang sedang sibuk  mengemas Booth SRM.

Di bawah ialah gambar DJ Faiz dan DJ Syafiq di Booth SRM.


Terima kasih atas kunjungan DJ-DJ IKIMfm ke gerai perniagaan yang ada di karnival berkenaan, khususnya ke Booth Sahabat Roselle Marketing.

Bagi pecinta Produk halal Muslim, Sila hubungi Hotline SRM,

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)




Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

Friday, April 06, 2012

Konsert Mahabbah IKIMfm

Konsert Mahabbah IKIMfm


Karnival Mahabbah IKIMfm di Johor Bahru telah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu. Ia merupakan kali kedua diadakan di Bandar Dato' Onn, Johor Bharu.  

Karnival selama 3 hari 3 malam itu telah selamat diadakan di Tapak Masjid Bandar Dato' Onn.

 Antara aktiviti yang ada ialah Konsert Mahabbah IKIMfm yang diadakan pada 1 April (Ahad).

Pada malam 1 April 2012, merupakan malam terakhir Krnival Mahabbah IKIM FM 2012 di Johor.

Selain Voices Of Ummi, Kumpulan Saujana dan AKHDAN turut mengadakan persembahan. 

Oh iya sebelum kita tengok gambar-gambar Konsert Mahabbah IKIM fm, apakata kita tinjau Booth Sahabat Roselle Marketing.


Di saat akhir semasa booth hendak ditutup, pelanggan masih setia mendapatkan produk halal muslim di Booth SRM. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Booth SRM Pada siang 1 April 2012


Walaupun Karnival Mahabbah 2012 @ JB telah berakhir,
 jualan produk Muslim tetap diteruskan.

Kepada pelanggan, bakal pelanggan, 
usahawan dan bakal usahawan boleh hubungi 
Encik Yusof di talian 019 7703029 
bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Gambar DJ IKIM FM



DJ Faiz dan DJ Hjh Nik Hasnah



 
Barisan tetamu dan penonton di Konsert Mahabbah IKIM FM 2012 Di Johor Bharu.

Gambar Kumpulan Saujana 


 Patah Hati, antara dendangan Saujana pada malam itu.



 Selain DJ Sufian, cuba teka siapa DJ IKIM FM yang buat persembahan bersama Saujana pada malam itu? :)

Gambar Nora dan Voice of Ummi


Adik Puteri tetap bersemangat memberikan persembahan yang baik pada malam itu.
 


 Antara lagu dendangan Voice of ummi lam itu ialah 
Bismillah...Alhamdulillah dan Erti Al Fatihah.


Gambar Kumpulan Akhdan

 
Gambar Di Sebalik Tabir Konsert Mahabbah






 Terima Kasih kepada seorang Blogger atas gambar-gambar ini. :)

Gambar Mawlid @ JB 2012

Gambar Karnival Mahabbah Mawlid @ JB

Malam Mawlid @ Johor Bahru sempena Karnival Mahabbah IKIMfm yang telah diadakan pada 31 Mac 2012. 

Rabbani dan Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang berada di Karnival Mahabbah IKIM.FM di Bandar Dato' Onn JB, sempena Program Mawlid @ JB.

Gambar sekitar Mawlid @ Johor Baharu


Suasana dari hadapan tapak pentas. Dari sini, kelihatan Booth Sahabat Roselle.


Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menyokong produk halal Muslim di booth SRM.


Pemandangan di atas pentas utama. Kelihatan persembahan Mawlid di Johor Baharu.
Mawlid @ JB 2012 yang mana alunan selawat memecah keheningan malam.



Gambar Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang bersama Kumpulan Rabbani di atas pentas.




Alunan selawat dan dendangan nasyid oleh munsyeed
diselang seli dengan penceritaan Sirah Nabi Muhammad SAW
 secara santai sungguh meruntun jiwa.









Antara nasyeed yang didendangkan ialah Pahlawan Agama.
Syahdu, dan ingatan melayang mengingati Rasululluah SAW.

Lalu, berselawatlah kita ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari
demi buktikan cinta dan ksih saynag kita kepada Baginda SAW.

LALU, APAKAH BUKTI KITA CINTAKAN NABI MUHAMMAD SAW?

Sudah tentulah dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar,
mengikut syariat Islam berpandukan Al Quran dan Hadith Rasululluah SAW.

Sudah tentulah salah satunya ialah dengan mengamalkan pengambilan produk halal buatan tangan-tangan yang menjunjung Kalimah Syahadah,
iaitulah produk Orang Islam.

Samada makanan, minuman, alatan kosmetik dan pelbagai lagi alatan 
seharian yang kita gunakan.

Jom, apa lagi. Marilah bersama kami di Sahabat Roselle Marketing.
Kita gunakan dan beli produk Muslim.

Marilah kita makan dan minum, makanan dan minuman 
yang halal lagi thoyyiba, yang halal lagi suci,
 yang halal dan dibuat oleh tangan-tangan yang solat.... 

Marilah kita gunakan produk Orang Islam.

HUBUNGI ENCIK YUSOF DI TALIAN 019 770 3029 BAGI MAKLUMAT LANJUT.

 Semoga Allah menerima usaha murni kita ini sebagai amal soleh di dunia akhirat. 


Gambar bawah:
Di sebalik tabir mawlid @ JB 2012
Gambar kelihatan Kru IKIM FM bekerja keras bagi memastikan siaran langsung
 Mawlid @ JB 2012 dapat disiarkan terus dari Tapak karnival Mahabbah IKIM FM 
Di bandar Dato' Onn  Johor Baharu, Johor.


Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...