Apa Itu Halalan Toyyibah?
Tuntutan Halalan Toyyiban
Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah
MARI
BERJUANG TINGGIKAN EKONOMI UMMAH!
MARI KITA BERUBAH DARI HANYA MENJADI
PENERIMA SEDEKAH/ ZAKAT,
BERUBAH KEPAADA PEMBERI SEDEKAH DAN ZAKAT PULA!
Pendahuluan
Ajaran
Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal dan bersih
kepada umatnya. sesuatu makanan yang haram dimasukkan ke dalam tubuh
seseorang akan membawa kepada kesan yang mendalam kepada tingkah laku,
budi pekerti, kejernihan hati nurani dan penerimaan doa yang dipanjatkan
kehadrat Allah SWT.
Secara mudah,
arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan
makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang
lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang
bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki
yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal.
Ia sepatutnya
terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap
unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya
lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang
dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula
kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri
dan keluarga.
Sepertimana
yang dinyatakan sebelum ini, persoalan halal haram dalam soal
makan-minum banyak diberi penekanan oleh al-Quran. Walaupun begitu ini
tidak bermakna konsep halal dan haram ini tidak disentuh dari sudut
lain. Ia sebenarnya turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak
serta aqidah.
Namun
disebabkan minat utama manusia lebih kepada soal makan dan minum, maka
keprihatinan kita tentang konsep halal ini juga lebih tertumpu kepada
perkara-perkara tersebut.
Ditambah
pula dengan sabda-sabda nabi s.a.w yang menyentuh tentang keutamaan
yang halal dan amaran-amaran baginda tentang akibat memakan
makanan/rezeki yang haram, maka kecenderungan ini dikira sebagai ada
asas yang munasabah.
Sesungguhnya
Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sahaja
yang berhak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang perlu
dihindari oleh manusia menerusi arahan-arahanNya yang terkandung di
dalam al-Quran dan hadis-hadis rasulNya.
Apa yang jelas, pematuhan
kepada arahan-arahan ini - walaupun ada kalanya arahan-arahan tadi tidak
disukai oleh manusia - memberi kebaikan kepada umat manusia dalam
menjalani kehidupan di atas muka bumi ini selain menjadi satu sebab
musabbab yang menghalang mereka daripada mendapat balasan buruk di
akhirat kelak.
Definisi
Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan
yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan
membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia
membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan
seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu
yang boleh dikerjakan menurut syarak.
Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman
dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua
adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum
dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.
Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu
membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang
kepada pembentukan ummah.Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.
Oleh
yang demikian sebagai seorang Islam samada pengusaha makanan halal dan
individu hendaklah mengambil kira setiap perkara samada dari segi modal
perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan dan hendaklah dijauhi dari
unsur-unsur yang haram seperti judi, riba, rasuah dan sebagainya.
PANDUAN PEMAKANAN DALAM ISLAM
Panduan pemakanan di dalam Islam adalah berlandaskan konsep “memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal ”.
Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan
akal fikiran adalah dibenarkan oleh syarak, manakala yang haram dan
memudharatkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 114-115:
Bermaksud:“Oleh
itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal
lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu
menyembah-NYA Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan
bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana
Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui
batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Oleh
kerana itu, agama Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemakanan.
Makanan yang hendak dimakan, dipilih atau diproses mestilah berasaskan halalan toyyiba.
APA ITU HALALAN TOYYIBAH?
Perkataan ‘HALAL’ membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal.
Di dalam al-Quran,
Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat.
Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal
kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya.
Walaupun
istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di
dalam al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan
dengan bab makan minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas
berbanding dengan hal-hal lain. Ini dapat diperhatikan menerusi
ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157), an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 168:
Bermaksud:“Wahai
sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.
Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk.
Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.
Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan
toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah
al-Baqarah, ayat ke-168;
surah al-Maaidah, ayat ke-88;
surah al-Nahl, ayat ke-114 dan
surah al-Anfaal, ayat ke-69.
Ibn kathir di dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa: perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak .Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT.
Makanan yang halal di
sisi syara’ adalah makanan yang bersih zatnya, suci kaedah perolehannya
serta bebas dari sebarang kemudharatan, sebaliknya sesuatu makanan yang
haram sekalipun lazat rasanya, harum baunya tetap keji di sisi Allah
SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu (Hadith Riwayat Muslim).
Kita
wajib memilih makanan yang halal, yang mempunyai unsur baik samada dari
sudut kesihatan dan keselamatan serta menjauhi makanan yang haram,
kerana di sebalik perkara yang haram itu terdapatnya bahaya dan
kemudharatan.
Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menyatakan:
"Sama
ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara
atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi
keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak
mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara tersebut mempunyai bahaya
dan kemudaratannya. "
Seorang ulama terkenal Abdullah Sahl al-Tusturi berkata: “Sesiapa
yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama
ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan
sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya
akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan.
Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan bahawa
pemakanan halal mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan di
dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat.
Sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya:
“ Mana-mana
hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba,
api nerakalah yang patut(untuk membakar dan menghilangkan) daging
tersebut”. (Hadith Riwayat Ibn Marduiah)
Di
dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini,
banyak makanan dan minuman yang ditawarkan kepada kita perlu diperiksa
dan diteliti dengan sebaiknya. Dalam hal ini perkara yang halal lagi
baik hendaklah menjadi keutamaan kita, manakala yang haram dan tidak
baik semestinya dihindari.
Kita
juga dituntut agar menjauhi barang-barang syubhah yang mengelirukan
dan tidak jelas hukumnya, kita sepatutnya berwaspada supaya tidak
mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan kehalalannya dan
kebaikannya. Ini kerana pengambilan makanan dan minuman yang syubhah
boleh mengheret kepada penggunaan barangan yang haram secara tidak
disangka-sangka.
SITUASI PENIAGA MENGELUARKAN LOGO PALSU HALAL JAKIM
Dalam
perkembangan semasa juga ada dari kalangan peniaga yang tidak
bertanggungjawab dengan memperdayakan pengguna seperti permalsuan logo
halal, menggunakan logo halal pada produk yang haram.Walaupun
matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan namun
soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang
remeh.
Pihak JAKIM menegaskan melalui Khutbah Jumaatnya di ruangan Mimbar
yang mana pihak JAKIM ingin menegaskan bahawa mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya
telah mengkhanati masyarakat Islam dan telah melakukan amalan syaitan
yang menyesatkan.
Berdasarkan
kepada keperluan ini dan keperihatinan pemerintah maka dikuatkuasakan
Akta Perihal Dagangan 2011. Melalui akta ini terdapat dua perintah yang
menerangkan aspek halal iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.
KONSEP HALAL TOYYIBAN DALAM SEKTOR EKONOMI DALAM INDUSTRI MAKANAN
Keadaan HALAL THOYYIBAH ini juga terpakai untuk konsep “Halal” dan “Halalan Toyyiban” di
mana ia juga merupakan satu konsep yang perlu dipatuhi oleh umat Islam
secara menyeluruh. Dari pandangan hidup agama Islam, konsep ini boleh
mendatangkan pelbagai kesan positif untuk semua aspek kehidupan manusia.
Ini tidak terkecuali sektor ekonomi di mana kesan yang paling ketara
dapat dilihat menerusi perkembangan pesat dalam industri makanan halal
di serata dunia.
Tuntutan supaya rezeki
yang diperolehi itu adalah rezeki yang halal ialah untuk memastikan
keberkatan diperolehi dalam kehidupan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab
setiap orang dan masyarakat Muslim untuk memastikan tuntutan ini
dipenuhi. Proses penyediaan makanan dan minuman halal yang bermula
daripada penyediaan bahan mentah hinggalah ia terhidang di atas meja
sepatutnya dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.
Tanggungjawab
ini tidak sepatutnya diletak dibahu penganut agama lain kerana mereka
sudah tentu tidak mampu memahami kepentingan konsep halalan toyyiban
secara sempurna. Jika mereka memahaminya sekalipun, dorongan mereka
hanyalah kerana daya keuntungan yang bersifat keduniaan yang ada pada
konsep tersebut yang diraih menerusi saiz pasaran dan permintaan
daripada pengguna Islam di seluruh dunia.
Fakta
inilah juga yang menjelaskan kenapa pengeluar-pengeluar bukan Muslim di
negara kita menguasai sebahagian besar pasaran makanan halal negara.
Ini adalah suatu paradok kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi,
jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara)
berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu.
Apa
yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal
dikuasai oleh pengusaha Muslim. Oleh itu, perlunya wujud sistem pemasaran yang sistematik yang diusahakan oleh usahawan dan syarikat Muslim bagi memasarkan semua produk halal Muslim ini.
PENTINGNYA USAHAWAN MUSLIM MENGELUARKAN PRODUK MAKANAN MUSLIM
Kecenderungan umat
Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan
merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku. Sebalik jika kita
amati dengan mendalam seruan agama Islam supaya umatnya berkerja sendiri
dan terlibat dalam bidang keusahawanan, ia sebenarnya ada kaitan dengan
ikhtiar membina kekuatan ekonomi umat Islam dan menggurangkan
pergantungan kepada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
pengeluar bukan Islam.
Sebagaimana
yang kita tahu juga, salah satu matlamat Shariah selain menjaga agama,
nyawa, akal dan keturunan ialah menjaga dan memperkasakan harta yakni
kekuatan ekonomi. Apabila ramai umat Islam bekerja sendiri
maka banyak perniagaan, perusahaan dan industri akan wujud.
Bila ini
berlaku, perkembangan teknologi akan bertambah pesat dan penciptaan baru
akan berlaku bagi memenuhi keperluan pelanggan Muslim. Dan apabila umat
Islam terlibat secara giat dalam sektor perniagaan dan perusahaan,
kuasa ekonomi akan berada di tangan umat Islam.
Tidak seperti sekarang, kegagalan
kita untuk terlibat secara giat dalam bidang perniagaan dan industri
menyebabkan umat Islam terpaksa bergantung secara berterusan kepada
barangan yang dikeluarkan oleh masyarakat bukan Islam.
Akan tetapi jika semangat berusaha sendiri dan semangat ingin mencari kebaikan sejati menerusi amalan halalan thoyyiban
wujud di kalangan masyarakat Islam sejak dari dahulu lagi, masalah ini
tentu akan wujud. Malangnya inilah hakikat yang kita perlu terima, lembu
punya susu, sapi dapat nama.
Sesungguhnya
kekuatan ekonomi atau kekayaan yang dijana menerusi hasil usaha yang
halal merupakan satu unsur yang diperlukan oleh setiap orang Islam bagi
membolehkannya menjalani satu kehidupan yang sempurna lagi diberkati.
Satu kehidupan yang sempurna lagi barakah yang dimaksudkan di sini bukan
sahaja terhad dari sudut kemampuannya memenuhi keperluan diri dan
keluarganya; bahkan dia berkeupayaan untuk menunaikan tanggungjawabnya
terhadap masyarakat dan juga negara.
Ajaran
agama Islam menegaskan bahawa sesuatu yang berkat dapat memberi
kebaikan kepada banyak pihak dan ia dapat dinikmati untuk satu tempoh
yang lama. Justeru ikhtiar dan usaha untuk mencari rezeki halal dan
seterusnya membentuk satu kekuatan ekonomi di peringkat individu,
masyarakat dan negara wajib dijadikan sebagai sebagai salah satu dasar
kehidupan yang perlu dicapai oleh setiap umat dan pemerintah negara
Islam.
Sebenarnya
jika kita memperhalusi hikmah di sebalik tuntutan agama Islam supaya
penganutnya memperlengkapkan diri dengan kekuatan ekonomi kita akan
dapati ia ada kaitan rapat dengan unsur paling atas di dalam susunan maslahah daruriyyat iaitu untuk menjaga kesucian agama Islam dan keimanan individu.
Rukun-rukun
Islam seperti zakat dan haji tidak dapat disempurnakan oleh seseorang
individu sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan ekonomi. Begitu juga
dengan ibadat-ibadat yang digalakkan oleh agama Islam seperti wakaf,
sedekah mahupun hadiah. Kesemuanya tidak terhasil tanpa kewujudan
kemampuan kewangan sipelakunya.
MARI BERJUANG TINGGIKAN EKONOMI UMMAH! MARI KITA BERUBAH DARI HANYA MENJADI PENERIMA SEDEKAH/ ZAKAT, BERUBAH KEPAADA PEMBERI SEDEKAH DAN ZAKAT PULA!
Kekuatan ekonomi dan
keutuhan status kewangan adalah penawar kepada masalah kemiskinan dan
kesan-kesan buruknya. Lukman Al-Hakim pernah menasihati anaknya supaya
menutup pintu kemiskinan dengan berusaha mencari rezeki yang halal.
Menurut beliau kemiskinan boleh menghasilkan tiga (3) tabiat yang tidak
elok iaitu kecuaian dalam menjalankan perintah agama, kelemahan daya
pemikiran dan hilang maruah diri.
Oleh
yang demikian bagi merangsang minat umat Islam supaya terlibat di dalam
bidang keusahawanan atau perniagaan, Nabi SAW telah menegaskan bahawa
sesiapa di kalangan umatnya yang menjalankan menjalankan kegiatan
ekonomi secara jujur dan amanah maka kedudukannya adalah setaraf dengan
para nabi, siddiqin, syuhada’dan solihin di akhirat kelak.
Apa
yang paling penting, sejajar dengan peredaran zaman, kekuatan ekonomi
di peringkat ummah dan negara memungkinkan kawalan politik, ketenteraan
dan pengaruh fahaman (ideologi). Hal ini amat jelas sekali jika
kita perhatikan kepada sejarah penguasaan ekonomi oleh negara maju ke
atas negara-negara membangun dan mundur menerusi sistem kapitalisme yang
mereka amalkan.
Justeru sabda Nabi S.A.W bahawa kemiskinan itu boleh membawa kepada
kekufuran dilihat sebagai satu peringatan bahawa kelemahan dalam bidang
ekonomi bukanlah suatu masalah yang boleh dipandang ringan oleh setiap
umat Islam.
Marilah sama-sama kita bekerjasama dalam menjayakan program pemakan halal demi pembangunan dan kesejahteraan ummah.
Marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 70:
Bermaksud:“Dan
sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan
rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan
mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.
MARI BERSAMA SAHABAT ROSELLE MARKETING, SAMADA MENJADI PEMBELI, PENGGUNA, ATAU LINK BLOG ATAU MENGIKLANKAN KEDAI SRM KEPADA KAWAN2 ATAU MENJADI PENIAGA PRODUK HALAL MUSLIM....
Sila dapatkan produk ini
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.
SAHABAT ROSELLE MARKETING
019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029
Kawasan Lembah Klang , sila hubungi
019 7773194 atau 019 7773094
(Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)
Untuk Beli online, sila klik di sini http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.
Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:
Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029
Kedai SRM Puchong Selangor:
No
19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima,
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
SRM Cawangan Bandar Baru Uda,
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)
Cawangan Taman Mutiara Rini,
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064
Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]
SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)
Artikel ini diolah semula dari Artikel di
Mimbar Jumaat JAKIM dan IKIM
0 comments:
Post a Comment