Kenapa Sabun Halal Penting
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Atas
kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL dalam kehidupan
seharian, Sahabat Roselle Marketing bertekad untuk mencari dan kemudian memasarkan barang keperluan harian untuk kegunaan pengguna Muslim khusunya dan masyarakat umum amnya.
Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan seharian kita
sering dibayangi dengan perkara subhah yang tanpa kita sedari.
Daripada barangan keperluan harian, makanan hinggalah kepada cara
pemakaian kita.
Pernahkah kita terfikir? Sabun basuh yang kita gunakan seharian, adakah ia halal thoyyiba?
Sedangkan barangan yang digunakan mestilah suci, baik berguna dan sesuai untuk digunakan dan dimakan jika barang makanan.
Jadi, sudah sampai masanya kita mengubah kehidupan seharian kepada yang
lebih baik.
UMAT manusia secara
am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang
halal lagi thoyyibah.
Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud:
“Wahai
manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang
halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah
syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”
Jelas, kepentingan makanan
yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun
yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang
sempurna.
Firman Allah :
“Dan
makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah
rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman
dengan-Nya.”
(Al Maidah : 88)
Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan
bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud
cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.
Oleh kerana kewujudan makanan dan
barang-barang runcit dan keperluan manusia di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan
syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang keperluan HALAL THOYYIBA
merupakan tuntutan Syarak.
Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga,
memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.
Dulu kita tidak jumpa barangan keluaran MUSLIM... Kini masyarakat muslim kita telah mula sedar akan kepentingan ini dan ramai yang telah berubah kepada barangan HALAL.
Telah banyak barangan keperluan harian yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar BUMIPUTERA MUSLIM kita, cuma kita jumpa ataupun tidak.
Kini, di Malaysia, telah ada pengeluar sabun Muslim. Kemudian diiklankan di Radio Islam Pertama di Malaysia. Iaitulah Sabun Biosinar.
Manakala untuk pencuci pinggan, pengguna Muslim boleh menggunakan Pencuci Pinggan Hanna.
Alhamdulillah, kita sebagai pengguna Muslim telah ada pilihan alternatif dalam mencuci pakaian seharian kita dan pinggan mangkuk serta periuk belanga yang kita gunakan.
Jika kita teliti kembali, yang sebenarnya pakaian itu jugalah yang kita bawa untuk menunaikan ibadah khususiah iaitu solat dan ibadah am yang lain seperti memasak dan membasuh pakaian kerana Allah, yang juga merupakan ibadah.
Bayangkan jika pakaian yang kita bawa solat itu dicuci bukan dari bahan halal atau mengandungi bahan yang syubhah.
Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda:
"Sesungguhnya
yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara
keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak
diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara
(dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara
agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara
kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..."
(H.Riw Bukhari dan Muslim).
Adakah
kita sudah mencapai tahap darurat untuk mengambil perkara-perkara
yang syubhah, sedangkan perkara yang jelas halal masih banyak di
sekeliling kita?
Darurat itu
membawa maksud, jika tidak melakukan perkara itu, maka kita tidak akan
dapat melakukan perkara lain.
Contoh, ketika itu tiada satu apa pun makanan yang boleh dimakan misalnya musim kemarau. Tiba-tiba ada seekor babi. Babi tu je lah biantang yang ada yang boleh untuk dimakan. kalau tidak makan babi itu ketika
itu, maka kita akan mati. Maka bolehlah kita memakan makanan tersebut pada ketika itu sekadar untuk menyambung hayat dan bukannya sampai kenyang.
Contoh lain darurat. Kalau sentuh air ketika itu, maka tubuh kita akan tumbuh gatal-gatal
yang memeritkan. Maka bolehlah bertayammum.
Allah
SWT berfirman,
"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang
demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan
akhirat lebih baik dan lebih kekal."
(Al-A'laa : 16-17)
Moga
usaha kita itu, untuk menjaga kebersihan hati kita bagi memudahkan
taqarrub kita kepada ALLAH akan diterima sebagai salah satu amal ibadah.
Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNya.
Hakikatnya,
perumpamaan perkara halal kepada yang haram adalah seperti keluasan
nikmat seluruh syurga, dengan sebatang pokok khuldi di dalamnya. Yang
halal masih banyak, kenapa bergerak mengambil yang syubhah?
Sesungguhnya,
kesukaran yang kita hadapi dalam menjauhi perkara-perkara haram dan
syubhah, akan Allah bayar atas kesungguhan ketaatan kita kepadaNya.
ALLAH SWT berfirman;
“Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.”
(At Taubah : 111)
Kesukaran kita akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti.
Maka
jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang
sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah
SWT!
Oleh itu, marilah bersama kami, Sahabat Roselle Marketing, bagi memartabatkan produk halal keluaran Muslim. Samada sebagai pengguna Produk Halal Muslim Pilihan Anda bersama kami atau sebagai pengedar.....atau meletakkan url blog sahabatroselle http://sahabatroselle.blogspot.com/di blog teman-teman, sangat saya hargai.
Saya sangat menghargai usaha saudara-saudari, tuan puan memberitahu kepada teman dan saudara mara tuan puan akan Produk Halal Muslim Pilihan Anda ini. Apatah lagi jika saudara saudari menggunakan produk halal Muslim yang diwar-warkan oleh Blog dan Website Sahabat Roselle dalam kehidupan seharian sangat Sahabat Roselle syukuri.
Samada saudara saudari membeli dengan Sahabat Roselle atau dengan peniaga Muslim lain yang memasarkan Produk halal Muslim Pilihan Anda, apa yang penting Sahabat Roselle Marketing sangat syukuri.
Ini kerna anda telah sama-sama berusaha menyebarluaskan produk halal Muslim di kalangan masyarakat. Mari kita sama-sama sokong Produk Halal Muslim Pilihan Anda, demi kebaikan dan kesejahteraan Ummah sejagat. Mari kita sama-sama kutip saham akhirat dengan menyebarluaskan info berkaitan Produk Halal Muslim Pilihan Anda. InshaAllah.
Pengedar Sabun Biosinar dan Pencuci Hanna Diperlukan!
SAHABAT ROSELLE MARKETING
Encik Yusof 019 7703029 atau 019-7773022
atau Puan Nita 019-7783029
Kawasan Lembah Klang , sila hubungi
Encik Azrull dan Encik Shukri,
019 7773194 atau 019 7773094
Pahang sila hubungi Encik Sulaiman 019 9851773
0 comments:
Post a Comment