Mutiara Kata Pengasas SRM Sebelum Ke Mekah
Lambaian Kaabah
بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Update pada 31/7/2012;
Sempena Ramadhan 1433 Hijrah yang sedang kita lalui,
entry ini yang di publish pada 22/4/2012 2.30 pagi, sekali
lagi entry ini di renew di blog ini. Sebentarnya masa berlalu. Kini ramadan telah
memasuki fasa pertengahan ramadhan. Tidak berapa hari pula, kita akan melewati 15
Ramadhan, InshaAllah.
Sahabat Roselle Marketing Mengucapkan Salam Ramadan buat semua pelanggan Sahabat Roselle Marketing dan follower blog Sahabat Roselle Marketing.
Seluruh kakitangan dan staf Sahabat Roselle Marketing juga memohon maaf di atas segala salah silap sepanjang kami berurusan dengan para pelanggan.
Kepada para pembaca, follower dan pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang dihormati sekalian. Saya dengan ini, Intan SRM memaklumkan inshaAllah Pengurus SRM bersama rombongan staf SRM termasuk Intan SRM akan berangkat ke Bumi Makkah dan Madinah untuk menunaikan Ibadah Umrah.
InshaAllah kami dijangka bertolak esok, 23/4/2012.
Oleh itu, untuk beberapa hari, blog ini kemungkinan besar tidak dapat diupdate.
Saya , mewakili seluruh warga SRM, memohon maaf atas segala salah silap saya sepanjang saya berblog ini ada mengguris hati mana-mana pihak.
Pada entry ini saya akan menyiarkan Kata-kata Mutiara Daripada Pengasas Sahabat Roselle Marketing.
Kepada saudara-saudaraku yang beriman.
Saya tiada apa-apa. Saya Tiada harta. Saya tidak beharta. saya tiada pangkat. Saya tiada kuasa. Saya tiada apa yang hendak diberikan. Saya hanyalah insan biasa. Seperti insan Muslim yang lain.
Saya hanyalah seorang yang miskin yang hina lagi insan fakir di sisi Allah . Sebagai khalifah Allah di muka bumi, saya hanya menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah.
Marilah kita bersama meneruskan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi Islam. Marilah kita berjuang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dalam diri kita dan keluarga kita.
Wahai saudara saudari ku yang beriman,
Aku berniaga ingin mencari keredhaan Allah.
Aku berniaga mengikut sunnah Rasululluah SAW.
Hidupku hanyalah untuk Allah dan RasulNya.
Marilah kita bersama kembali bersatu kerana Allah SWT.
KITA BERNIAGA KERANA ALLAH
Pastikan segala makanan, dan minuman kita,
yang kita makan dan berikan kepada keluarga dan sahabat kita,
benar-benar halal thoyyiba
agar jiwa Umat Islam kembali bersih dan bersinar.
Wahai orang-orang yang beriman!
Setiap yang hidup, pasti akan mati.
Setiap pertemuan ada perpisahan.
Biarlah kita hidup kerana Allah
Biarlah mati kita juga kerana Allah
Jika ditakdirkan saya tidak kembali lagi selepas ini, teruskanlah berusaha menjadi orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Sehinggalah Islam dapat ditegakkan di dunia ini.
Kepada semua yang mengenali diri saya, saya memohon maaf atas segala salah silap saya sama ada perkataan, perbuatan dan percakapan saya.
Saya memohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya kepada saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, rakan-rakan, para pengeluar, para peniaga, dan para pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang dikasihi.
Sebagai hamba, kita tidak lari dari melakukan kesilapan.
Saya sayang semua Umat Islam yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, dan kasih sayang ini jua tulus kerana Allah SWT jua.
Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. marilah kita semua berkasih sayang sesama kita tulus ikhlas kerana Allah.
Cintailah Allah dan RasulNya yang utama. Kerana cinta Allah kepada kita kekal. Jika kita cintakan manusia, manusia akan mati.
Wahai orang-orang yang beriman!
Ingatlah! Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang kekal selamanya. Marilah bersama kita buat persiapan untuk kembali kepadaNya agar tidak menyesal selama-lamanya.