Monday, June 25, 2012

Karnival Jom Cuci Ditangguhkan Mari Kita Doakan

Karnival Jom Cuci Ditangguhkan 
Mari Kita Doakan Anak Pengasas Biosinar Segera Sembuh


بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
  الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته

Merujuk kepada Aktiviti Terkini Biosinar, 
Klik pada entry Karnival jom Cuci, Jom Datang, di sini
adalah dimaklumkan, Karnival Jom Cuci
 ditangguhkan kepada suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Ini disebabkan anak pengasas Biosinar,
Encik Ahmad Jeoffrey Aladib (Jabb)
telah dimasukkan ke Wad ICU di sebuah hospital.

Mari kita doakan semoga anak  Encik Ahmad Jeoffrey Aladib (Jabb) segera sembuh dari sakitnya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Allahumma Solli A'la Syaidina Muhammad, Wa'a'la alhihi wasohbihi wassalam. 
Ya Allah, Ya Rahman, Ya rahim, Ya Latif,
Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Tuhan yang hidup lagi kekal,
Engkaulah Tuhan yang Maha Esa, engkaulah tuhan yang menyembuhkan segala orang sakit
Sembuhkanlah penyakit anak hambaMu ini Ya Allah. 
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar Ya Allah.
 Engkaulah Yang Maha Pengasih maha Penyayang 
lagi Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.
 Perkenankanlah hajat kami ini  Ya Allah. 
Sesungguhnya, kamilah hambaMu yang kotor lagi hina lagi dina Ya Allah. 
Oleh itu, ampunilah kami, sayangilah kami dan pandanglah kami. Wassallahu alaihi wassalam. Walhamdulillhi rab bil a'lamin.

Salam ketabahan kami hulurkan kepada keluarga Encik Ahmad Jeoffrey Aladib (Jabb) dia tas musibah ini. InshaAllah, pasti Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia buat kita.

Sebagai akhir kata, mari kita renungkan tazkirah ringkas hari ini, yang dipetik daripada hadith Shohih Rasulululluah SAW, Nabi Muhammad SAW :
Do’a Ketika Sakit


“ALLAAHUMMA RABBANNAAS

ADZHIBILBA'SYA ISYFI
ANTASY SYAAFII
LAASYIFA'A ILLAA SYIFAA'UKA
SYIFAA'AN LAA YUGHAADIRU SAQAMAA”

“Ya Allah Tuhan segenap manusia,

hilangkanlah sakit dan sembuhkanlah,
Engkaulah Yang Maha Penyembuh,
tiada kesembuhan kecuali dengan penyembuhan-Mu,
kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”.
(H.R. Muttafaq ‘Alaih). 


Setiap Penyakit Ada Penawarnya
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)

HADITH RIWAYAT BUKHARI

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ 
لَامَّة (رواه البخاري

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...