Friday, June 15, 2012

Apa Itu Halalan Toyyibah?

Apa Itu Halalan Toyyibah?



 Tuntutan Halalan Toyyiban 
Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah 

 
MARI BERJUANG TINGGIKAN EKONOMI UMMAH! 

MARI KITA BERUBAH DARI HANYA MENJADI PENERIMA SEDEKAH/ ZAKAT, 
BERUBAH KEPAADA PEMBERI  SEDEKAH DAN ZAKAT PULA!


Pendahuluan

Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan yang halal dan bersih kepada umatnya. sesuatu makanan yang haram dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan yang mendalam kepada tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati nurani dan penerimaan doa yang dipanjatkan kehadrat Allah SWT.

Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal.

 Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.  

Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, persoalan halal haram dalam soal makan-minum banyak diberi penekanan oleh al-Quran. Walaupun begitu ini tidak bermakna konsep halal dan haram ini tidak disentuh dari sudut lain. Ia sebenarnya turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak serta aqidah.

Namun disebabkan minat utama manusia lebih kepada soal makan dan minum, maka keprihatinan kita tentang konsep halal ini juga lebih tertumpu kepada perkara-perkara tersebut. 

Ditambah pula dengan sabda-sabda nabi s.a.w yang menyentuh tentang keutamaan yang halal dan amaran-amaran baginda tentang akibat memakan makanan/rezeki yang haram, maka kecenderungan ini dikira sebagai ada asas yang munasabah.  

Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia sahaja yang berhak untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang perlu dihindari oleh manusia menerusi arahan-arahanNya yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis rasulNya. 

Apa yang jelas, pematuhan kepada arahan-arahan ini - walaupun ada kalanya arahan-arahan tadi tidak disukai oleh manusia - memberi kebaikan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini selain menjadi satu sebab musabbab yang menghalang mereka daripada mendapat balasan buruk di akhirat kelak. 

 Definisi

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud;  pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak. 

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa  yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.

Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah.Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan  memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.

Oleh yang demikian sebagai seorang Islam samada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara samada  dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan  dan hendaklah dijauhi dari unsur-unsur yang haram seperti judi, riba, rasuah dan sebagainya.

PANDUAN PEMAKANAN DALAM ISLAM

Panduan pemakanan di dalam Islam adalah berlandaskan konsep “memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal ”. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran adalah dibenarkan oleh syarak, manakala yang haram dan memudharatkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.  

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nahl ayat 114-115:

Bermaksud:Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-NYA Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Oleh kerana itu, agama Islam telah meletakkan garis panduan dalam pemakanan. Makanan yang hendak dimakan, dipilih atau diproses mestilah berasaskan halalan toyyiba.

APA ITU HALALAN TOYYIBAH?


Perkataan ‘HALAL’ membawa maksud yang luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta halal. 



Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan sebagainya. 

Walaupun istilah halal digunakan dalam pelbagai suasana yang berbeza, namun di dalam al-Quran penggunaannya di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bab makan minum serta mencari rezeki adalah lebih meluas berbanding dengan hal-hal lain. Ini dapat diperhatikan menerusi ayat-ayat tertentu seperti di dalam surah-surah al-Baqarah (2:168), al-Maidah (5:1), (5:4-5), (5:87-88), (5:96), al-A’raf (7:157), an-Nisa’(4:160), at-Tahrim (66:1), al-Hajj (22:30) dan lain-lainnya.

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 168:

 Bermaksud:Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.

Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki  halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. 

Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok. 

Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.
Ibn kathir di dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa: perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak .Thoyyiba  merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai dengan keikhlasan kepada Allah SWT.


Makanan yang halal di sisi syara’ adalah makanan yang bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudharatan, sebaliknya sesuatu makanan yang haram sekalipun lazat rasanya, harum baunya tetap keji di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu (Hadith Riwayat Muslim).

Kita wajib memilih makanan yang halal, yang mempunyai unsur baik samada dari sudut kesihatan dan keselamatan serta menjauhi makanan yang haram, kerana di sebalik perkara yang haram itu terdapatnya bahaya dan kemudharatan.

Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Syed Qutb menyatakan: 
"Sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara tersebut mempunyai bahaya dan kemudaratannya. "

Seorang ulama terkenal Abdullah Sahl al-Tusturi berkata: Sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa yang makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. 

Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan bahawa pemakanan halal mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat. 

 Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: 
 Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut(untuk membakar dan menghilangkan) daging tersebut”. (Hadith Riwayat Ibn Marduiah)

 Di dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman yang ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti dengan sebaiknya. Dalam hal ini perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan kita, manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari. 

Kita juga dituntut agar menjauhi barang-barang syubhah  yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya, kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan kehalalannya dan kebaikannya. Ini kerana pengambilan makanan dan minuman yang syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan yang haram secara tidak disangka-sangka.   

SITUASI PENIAGA MENGELUARKAN LOGO PALSU HALAL JAKIM

Dalam perkembangan semasa juga ada dari kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan memperdayakan pengguna seperti permalsuan logo halal, menggunakan logo halal pada produk yang haram.Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh. 

Pihak JAKIM menegaskan melalui Khutbah Jumaatnya di ruangan Mimbar yang mana pihak JAKIM ingin menegaskan bahawa mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhanati masyarakat Islam dan telah melakukan amalan syaitan yang menyesatkan.

                Berdasarkan kepada keperluan ini dan keperihatinan pemerintah maka dikuatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011. Melalui akta ini terdapat dua perintah yang menerangkan aspek halal iaitu Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011 dan   Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.
 
KONSEP HALAL TOYYIBAN DALAM SEKTOR EKONOMI DALAM INDUSTRI MAKANAN 

Keadaan HALAL THOYYIBAH ini juga terpakai untuk konsep “Halal” dan “Halalan Toyyiban” di mana ia juga merupakan satu konsep yang perlu dipatuhi oleh umat Islam secara menyeluruh. Dari pandangan hidup agama Islam, konsep ini boleh mendatangkan pelbagai kesan positif untuk semua aspek kehidupan manusia.

 Ini tidak terkecuali sektor ekonomi di mana kesan yang paling ketara dapat dilihat menerusi perkembangan pesat dalam industri makanan halal di serata dunia.

Tuntutan supaya rezeki yang diperolehi itu adalah rezeki yang halal ialah untuk memastikan keberkatan diperolehi dalam kehidupan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap orang dan masyarakat Muslim untuk memastikan tuntutan ini dipenuhi. Proses penyediaan makanan dan minuman halal yang bermula daripada penyediaan bahan mentah hinggalah ia terhidang di atas meja sepatutnya dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. 

Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletak dibahu penganut agama lain kerana mereka sudah tentu tidak mampu memahami kepentingan konsep halalan toyyiban secara sempurna. Jika mereka memahaminya sekalipun, dorongan mereka hanyalah kerana daya keuntungan yang bersifat keduniaan yang ada pada konsep tersebut yang diraih menerusi saiz pasaran dan permintaan daripada pengguna  Islam di seluruh dunia. 

Fakta inilah juga yang menjelaskan kenapa pengeluar-pengeluar bukan Muslim di negara kita menguasai sebahagian besar pasaran makanan halal negara. Ini adalah suatu paradok kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. 

Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim. Oleh itu, perlunya wujud sistem pemasaran yang sistematik yang diusahakan oleh usahawan dan syarikat Muslim bagi memasarkan semua produk halal Muslim ini.

PENTINGNYA USAHAWAN MUSLIM MENGELUARKAN PRODUK MAKANAN MUSLIM

Kecenderungan umat Islam menjadi pembeli dan ketiadaan minat untuk menjadi usahawan merupakan antara sebab utama keadaan ini berlaku. Sebalik jika kita amati dengan mendalam seruan agama Islam supaya umatnya berkerja sendiri dan terlibat dalam bidang keusahawanan, ia sebenarnya ada kaitan dengan ikhtiar membina kekuatan ekonomi umat Islam dan menggurangkan pergantungan kepada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengeluar bukan Islam. 

Sebagaimana yang kita tahu juga, salah satu matlamat Shariah selain menjaga agama, nyawa, akal dan keturunan ialah menjaga dan memperkasakan harta yakni kekuatan ekonomi. Apabila ramai umat  Islam bekerja sendiri maka banyak perniagaan, perusahaan dan industri akan wujud. 

Bila ini berlaku, perkembangan teknologi akan bertambah pesat dan penciptaan baru akan berlaku bagi memenuhi keperluan pelanggan Muslim. Dan apabila umat Islam terlibat secara giat dalam sektor perniagaan dan perusahaan, kuasa ekonomi akan berada di tangan umat Islam.

Tidak seperti sekarang,  kegagalan kita untuk terlibat secara giat dalam bidang perniagaan dan industri menyebabkan umat Islam terpaksa bergantung secara berterusan kepada barangan yang dikeluarkan oleh masyarakat bukan Islam. 

Akan tetapi jika semangat berusaha sendiri dan semangat ingin mencari kebaikan sejati menerusi amalan halalan thoyyiban wujud di kalangan masyarakat Islam sejak dari dahulu lagi, masalah ini tentu akan wujud. Malangnya inilah hakikat yang kita perlu terima, lembu punya susu, sapi dapat nama. 

Sesungguhnya kekuatan ekonomi atau kekayaan yang dijana menerusi hasil usaha yang halal merupakan satu unsur yang diperlukan oleh setiap orang  Islam bagi membolehkannya menjalani satu kehidupan yang sempurna lagi diberkati. 

 Satu kehidupan yang sempurna lagi barakah yang dimaksudkan di sini bukan sahaja terhad dari sudut kemampuannya memenuhi keperluan diri dan keluarganya; bahkan dia berkeupayaan untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan juga negara. 

Ajaran agama Islam menegaskan bahawa sesuatu yang berkat dapat memberi kebaikan kepada banyak pihak dan ia dapat dinikmati untuk satu tempoh yang lama. Justeru ikhtiar dan usaha untuk mencari rezeki halal dan seterusnya membentuk satu kekuatan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan negara wajib dijadikan sebagai sebagai salah satu dasar kehidupan yang perlu dicapai oleh setiap umat dan pemerintah negara Islam. 

Sebenarnya jika kita memperhalusi hikmah di sebalik tuntutan agama Islam supaya penganutnya memperlengkapkan diri dengan kekuatan ekonomi kita akan dapati ia ada kaitan rapat dengan unsur paling atas di dalam susunan maslahah daruriyyat iaitu untuk menjaga kesucian agama Islam dan keimanan individu. 

Rukun-rukun Islam seperti zakat dan haji tidak dapat disempurnakan oleh seseorang individu sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan ekonomi. Begitu juga dengan ibadat-ibadat yang digalakkan oleh agama Islam seperti wakaf, sedekah mahupun hadiah. Kesemuanya tidak terhasil tanpa kewujudan kemampuan kewangan sipelakunya.

MARI BERJUANG TINGGIKAN EKONOMI UMMAH! MARI KITA BERUBAH DARI HANYA MENJADI PENERIMA SEDEKAH/ ZAKAT, BERUBAH KEPAADA PEMBERI SEDEKAH DAN ZAKAT PULA!


Kekuatan ekonomi dan keutuhan status kewangan adalah penawar kepada masalah kemiskinan dan kesan-kesan buruknya. Lukman Al-Hakim pernah menasihati anaknya supaya menutup pintu kemiskinan dengan berusaha mencari rezeki yang halal. Menurut beliau kemiskinan boleh menghasilkan tiga (3) tabiat yang tidak elok iaitu kecuaian dalam menjalankan perintah agama, kelemahan daya pemikiran dan hilang maruah diri. 

Oleh yang demikian bagi merangsang minat umat Islam supaya terlibat di dalam bidang keusahawanan atau perniagaan, Nabi SAW telah menegaskan bahawa sesiapa di kalangan umatnya yang menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi secara jujur dan amanah maka kedudukannya adalah setaraf dengan para nabi, siddiqin, syuhada’dan solihin di akhirat kelak.

Apa yang paling penting, sejajar dengan peredaran zaman, kekuatan ekonomi di peringkat ummah dan negara memungkinkan kawalan politik, ketenteraan dan pengaruh fahaman (ideologi). Hal ini amat jelas sekali jika kita perhatikan kepada sejarah penguasaan ekonomi oleh negara maju ke atas negara-negara membangun dan mundur menerusi sistem kapitalisme yang mereka amalkan.

Justeru sabda Nabi S.A.W bahawa kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran dilihat sebagai satu peringatan bahawa kelemahan dalam bidang ekonomi bukanlah suatu masalah yang boleh dipandang ringan oleh setiap umat Islam. 


Marilah sama-sama kita bekerjasama dalam menjayakan program pemakan halal demi pembangunan dan kesejahteraan ummah. 

Marilah kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 70:

Bermaksud:Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.  


MARI BERSAMA SAHABAT ROSELLE MARKETING, SAMADA MENJADI PEMBELI, PENGGUNA, ATAU LINK BLOG ATAU MENGIKLANKAN KEDAI SRM KEPADA KAWAN2 ATAU MENJADI PENIAGA PRODUK HALAL MUSLIM....

Sila dapatkan produk ini
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)

Untuk Beli online, sila klik di sini http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

Artikel ini diolah semula dari Artikel di 
Mimbar Jumaat JAKIM dan IKIM

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...