Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label Mutiara Rini. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Rini. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

Makluman Penting Kedai SRM Taman Mutiara Rini telah ditutup dan sila ke cawangan terdekat

Makluman Penting Kedai SRM Taman Mutiara Rini telah ditutup dan sila ke cawangan terdekat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kedai SRM Taman Mutiara Rini telah ditutup dan sila ke cawangan terdekat iaitu di Taman Universiti.


Thursday, June 06, 2013

Karnival Kesenian Islam Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini 2013

Karnival Kesenian Islam Masjid Al-Jawahir
 Mutiara Rini Skudai Johor Bharu
Jun  2013
 - Temui Sahabat Roselle Marketing di sana





 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. InshaALLAH Sahabat Roselle Marketing akan berada di Karnival Kesenian Islam Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini  2013. Temui kami di sana. Pelbagai tawaran istimewa ada ditawarkan SAHABAT ROSELLE.
 Untuk maklumat lanjut sila hubungi  Encik Yusof di talin 019 770 3029.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti berikut:


Tentatif Program;

Saturday, April 21, 2012

Kejadian Ribut Di Mutiara Rini Hills Skudai Johor

Bumbung Kedai SRM Diterbangkan Ribut Di Mutiara Rini Skudai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Sabtu, 14 April 2012 yang lalu, Kedai SRM turut dilanda ribut. Difahamkan, ribut kencang yang berlaku di Kawasan Skudai ini dikenali sebagai angin ‘langkisau’ dengan kelajuan luar biasa sekali gus mampu untuk menerbangkan bumbung-bumbung rumah dan sekolah di kawasan terlibat.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.50 petang di Kawasan Mutiara Rini. Angin kencang disertai petir dan kilat sabung menyabung. 

Terdapat beberapa buah rumah penduduk yang terjejas berikutan bumbung diterbangkan angin kencang tersebut. Ini menyebabbkan penduduk yang terjejas keluar dari rumah, sementara rumah mereka dibaiki.

Beberapa batang pokok tumbang samada kesan angin yang kuat atau ada yang  dipanah petir.

Kedai Sahabat Roselle Marketing di Mutiara Rini Hills turut menerima impak Angin Langkisau ini.

Bumbung Kedai Sahabat Roselle Marketing diterbangkan angin ribut. 
Ini menyebabkan air hujan melimpah ke dalam Kedai SRM.

Begitu juga papan tanda SRM turut terbang menimpa pagar rumah penduduk. Terima kasih kepada penduduk berkenaan kerana menghantar Papan tanda SRM ke Kedai SRM.

Berikutan kejadian ini, Kedai SRM  Mutiara Rini
ditutup buat sementara waktu selama seminggu bermula 14 April 2012.

Berikut ialah beberpa keping gambar kejadian musibah yang menimpa Kedai SRM MUtiara Rini:


Air hujan menimpa Kedai SRM Mutiara Rini yang bocor setelah bumbung diterbangkan angin ribut.

Keadaan bumbung yang bocor.



PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH INI, INSHAALLAH

FIRMAN Allah SWR yang bermaksud:
“Allah SWT maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)
Menyingkap maksud firman Allah SWT itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT. 

Bagi Allah SWT segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya.

Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Allah SWT sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar.” (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah SWT sehingga roh bercerai daripada badan.

Firman Allah  SWT yang bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah maha mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta,” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati.” (Surah al-Haysr, ayat 2)
DOA APABILA DITIMPA MUSIBAH

Doa yan dibaca oleh baginda Nabi SAW ketika ditimpa musibah. Semoga kita terpilih menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa dunia akhirat. Amin.

 HR. Abu Dawud 3/190, dan lihat Shahihul Jami’
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa ”
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
Doa ini disebut doa istirja’ yang artinya: mengucapkan “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Doa ini dibaca ketika kita ditimpa musibah, supaya kita diberi pahala dan pengganti yang lebih baik dari musibah tersebut. Doa istirja’ ini diambil dari hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dari Ummu  Salamah radhiyallahu anha, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik” (HR Muslim 2/632).
 
Salah satu hikmah musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, adalah sebagai penghapus dosa-dosa -selain dosa syirik-, supaya kelak ia menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala.


Agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik, Allah Ta’ala memberikan tuntunan dalam surat Al-Baqarah 156-157:
 “Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan: “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan shalawat (pujian) dan rahmah.   

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094

 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)




Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)
 

Gambar Ihya Mahabbah Rasululluah Bersama Habib Umar di Mutiara Rini Skudai Johor

Gambar Ihya Mahabbah Rasululluah Bersama Habib Umar di Mutiara Rini Johor


Gambar Sahabat Roselle Di Rehlah Dakwah 
Habib Umar Di Masjid Jawaher, Mutiara Rini,  Skudai, Johor

 بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
Rehlah Dakwah Habib Umar di Masjid Mutiara Rini Skudai Johor Bharu Johor

Alhamdulillah, Sahabat Roselle Marketing berada di Majlis Ilmu bersama Habib Umar. Sahabat Roselle marketing telah membuka gerai jualan di hadapan perkarangan Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor bermula sewal 9 pagi 20 April 2012.

Gambar Perkarangan Masjid Jawaher Mutiara Rini Skudai Johor


Peta dan plan lokasi Masjid Al Jawahir Mutiara Rini, Skudai, Johor Bharu, Johor

Hari & Tarikh : Jumaat, 20hb April 2012M
Program : Malam Ihya` Mahabbah RasuluLlah ﷺ
Tempat : Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Bersama : al-Habib `Umar ibn Hafiz dengan terjemahan oleh
                 al-Habib `Ali Zainal `Abidin ibn Abu Bakr al-Hamid 


Alhamdulillah. Sahabat Roselle Marketing turut dapat bersama dalam majlis ilmu ini.

 Wakil Sahabat Roselle Marketing, Encik Yusof, keempat dari kanan,
 bergambar bersama Habib Umar di Malam Ihya Mahabbah Rasululluah


Sahabat Roselle Marketing turut  menghadiahkan sumbangan 
kepada Habib Umar untuk pendidikan di Darul Mustafa Tarim.

Marilah bersama Sahabat roselle Marketing menggunakan produk halal lagi thoyyiba, produk halal muslim samada produk kesihatan, barang runcit, rencaah masakan rempah ratus dan bahan lain.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Sila hubungi Hotline SRM 019 770 3029.

Gambar berikut pula ialah suasana Siang Ihya Mahabbah Rasululluah dan Malam Ihya Mahabbah Rasululluah di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor.

Gerai Sahabat Roselle sudah kelihatan dari masjid.

Gerai Sahabat Roselle, 5.50 petang, 20/4/2012


Suasana Malam Ihya Mahabbah Rasululluah di Booth Sahabat Roselle Marketing







Alhamdulillah ramai pelanggan datang ke Booth Sahabat Roselle Marketing.


Promosi Produk Cuka Kurma Nr Bashirah 

Hubungi Hotline Sahabat Roselle di talian 019 770 3029. 

Hotline Kedai SRM Puchong: 019 7773194 atau 019 7773094

Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing;

Kedai SRM Puchong Selangor: 

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, 
Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Sahabat Roselle Marketing di Negeri Johor Darul Takzim:

Skudai, Johor Bahru

Sahabat Roselle Marketing,
No. 32 Jalan Impian Emas 7,
Taman Impian Emas,
81300 Skudai, Johor Bahru,
Johor.
 En Yusof
019 770 3029
Office :
07 558 2779

Bandar Baru Uda:

Kedai Sahabat Roselle
No. 3 Jalan Padi Ria 13,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru.
019-7773022 (En.Fadhil)

Mutiara Rini, Skudai 

Kedai Sahabat Roselle
No. 33 Jalan Jasa 64,
Taman Mutiara Rini,
 81300 Skudai, Johor Bahru.
0197773064  
Cik Yati

Pasir Gudang

D & Yad Venture
No:22, Jln Sejambak 14,
Taman Bukit Dahlia
81000 Pasir Gudang,
 Johor.
017-7382676 [Puan Mimah]


 SRM Mobile - Sekitar Muar, Johor - 019-619 6676 [Puan Fatimah]  
Pahang: 019 9851773 (Encik Sulaiman)

Thursday, April 19, 2012

Temui Habib Umar dan Sahabat Roselle di Masjid Jawaher Mutiara Rini Skudai Johor

Temui Habib Umar di Mutiara Rini Skudai 
dan Gerai Sahabat Roselle di 
 Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor
Sempena Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW

Al-Habib Umar bin Salim bin Hafiz

 

Gerai Sahabat Roselle Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom kita  jumpa Habib Umar di Masjid Jawaher, di Mutiara Rini, Skudai, Johor pada 20 April 2012 bersamaan 28 Jamadilawal 1433 Hijriah.

Ia adalah sebahagian Rehlah kembara Dakwah Al Habib Umar di Malaysia bagi tahun 2012.

Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW akan diadakan bermula 6.30 petang.

Semua muslimim muslimat dijemput hadir ke Majlis Bersama Al Habib Umar ini.
InshaALLAH, sempena Kembara Dakwah Al Habib Umar di Masjid Jawaher,
 Sahabat Roselle Marketing akan membuka gerai jualan Produk Muslim di sana.

Jom ramai-ramai ke Majlis Ilmu ini.
Gerai Sahabat Roselle Marketing akan berada di Perkarangan Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai Johor.
Dapatkanlah Produk Halal Muslim di Sahabat Roselle Marketing dengan harga promosi.

Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai Johor dan Pengurusan Al habib Umar.
Marilah bersama-sama Sahabat Roselle Marketing menyokong Produk Halal Muslim di samping melakukan amal jariah sebagai saham kita di akhirat kelak. Amin.
 Sila hubungi hotline Sahabat Roselle Marketing di talian 
019 770 3029 bagi maklumat lanjut. 
Sedikit info berkaitan Nasab Al Habib Umar:

Nasab

Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.

Kehidupan

Beliau dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.

Demikian juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum 'ulama dan intelektual Muslim pada zamannya. Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau dibesarkan.

Wednesday, April 11, 2012

Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor

Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor
Sempena Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW 


Alhamdulillhirabbil'alamin, bersyukurlah kita kepada Allah SWT, Pencipta kita dan alam semesta ini,  kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang Allah,  kita dapat mencicipi nikmat Islam, mengecapi manisnya Iman dan menghayati indahnya Ihsan.

Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan, untuk sekalian alam. Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, tidak akan dapat membalas jasa dan pengorbanan Rasululluah SAW, Para sahabat as sabiqunal aw walun, para pejuan Islam dan ahlul bait baginda SAW,  sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.

Meskipun Rabiul Awwal 1433 Hijriah telah lama melabuhkan tirainya, namun sebagai Umat Nabi Muhammaad SAW, seharusnyalah kita teruskan usaha kita semaksimum mungkin bagi membuktikan dan menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang  ke atas Rasululluah SAW.

Marilah  kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.



Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan kalimah cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana 

Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128-129.


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Malah Rasulullah pernah bersabda:
Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Kepada para pencari dan pecinta serta penyokong produk Halal Muslim, barang makanan, minuman, susu, kosmetik, pencuci, sabun dan sebagainya, produk yang dibuat oleh tangan-tangan yang menjunjung kalimah Syahadah iaitu Orang Islam, kemudian produk itu dipasarkan dan diedarkan oleh Orang Islam, bahkan diiklankan di Radio Islam Pertama Malaysia ...

Khususnya para pelanggan Sahabat Roselle Marketing yang setia menyokong Sahabat Roselle Marketing sejak awal penubuhannya, silakan hubungi Encik Yusof di talian 019 7703029 bagi mendapatkan pelbagai barang runcit Halal Muslim dan Produk kesihatan Muslim.

Kepada para Muslimin dan Muslimat, dijemput Hadir  ke Program Habib Umar di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor Bharu,  Johor.

 Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz  dilahirkan  di Bandar Tarim, Hadramaut  sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Beliau ialah  keturunan Rasulullah SAW yang ke-39.
Program Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW,  adalah sebahagian Rehlah Dakwah Al-Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz di Malaysia pada 17 April 2012 sehingga 25 April 2012.

 -Maghrib di Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor. 
-Bertarikh 20 April 2012 bersamaan 28 Jamadil Awwal 1433 H
-Bermula pukul 6.00 petang hingga 11.00 Malam.
- Artis Nasyeed yang turut hadir memeriahkan Majlis ialah Kumpulan In Team dan Al Mawlid.

Sunday, April 08, 2012

Stokis Puteri Alya Di JOHOR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Untuk mendapatkan produk kesihatan keluaran Puteri Alya, boleh tinjau link blog Sahabat Roselle di http://sahabatroselle.blogspot.com/search/label/PUTERI%20ALYA

Anda sukar mendapatkan Produk Keluaran Puteri Alya, khususnya di Johor? InshaALLAH, di Sahabat Roselle Marketing,  anda boleh mendapatkan produk Awet Muda, Awet Muda Gold, dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana, Sahabat Roselle Marketing merupakan Stokis Pengedar Ekslusif bagi Negeri Johor Darul Ta'zim.


Jadi, bagi penduduk Negeri Johor dan Johor Bharu Khususnya, boleh menghubungi Hotline Sahabat Roselle.

Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.

PERKASA

Perkasa merupakan produk terbaru keluaran Puteri Alya yang dirumus khas untuk lelaki dari 13 jenis bahan semulajadi seperti madu, kolagen, sireh, guarana, ubi bit merah, ubi jaga, pegaga, ginkgo, tribulus, maca, habbatus sauda, kurma dan garam bukit. Ia juga mempunyai kelebihan untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan, kesihatan dalaman, memberi tenaga, melancarkan peredaran darah dan merangsang daya ingatan.

Harga :RM35.00 (SM) / RM40.00 (S/S)


Waktu Perniagaan Kedai Sahabat Roselle Marketing di semua cawangan di Johor Bharu bermula 1 April 2012:

Waktu Mula Perniagaan: 8.30 pagi
Waktu Tutup perniagaan: 6.30 petang
Hari Cuti: Hari Jumaat sahaja.

Jom hebohkan Sahabat Roselle Marketing, sebagai pusat halal muslim mart anda. 
Sila klik Produk Runcit Muslim, untuk maklumat lanjut.

Berminat berniaga bersama kami?

Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.

Hotline Kedai SRM Puchong: 019 7773194
 Cawangan Utama:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : +6019 770 3029 /+6019 778 3029
Fax : +607 554 5419




SRM Cawangan Bandar Baru Uda
 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru,
 
019-7773022 (En.Fadhil)
 
019-7187596 (En.Yakob)


Sila hubungi : 
nombor 0197773064  

Cawangan Taman Mutiara Rini,
 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor Bahru,
019-7773064 (Cik Yati)
012-7364429 (Cik Kay)

Cawangan Pasir Gudang:


D & Yad venture
No:22 Jln Sejambak 14, 
Taman Bukit Dahlia
81000 Pasir Gudang, Johor.
017-7382676 [Puan Mimah] 

KEDAI SRM PUCHONG, SELANGOR

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1,
 Blok B Prima Biz Hub,
Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, 
Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: 
019 7773194

Sunday, March 25, 2012

Kedai Halal di Johor Bharu

Kedai Halal Muslim di Johor Bharu


 Gambar Premis Cawangan Utama Sahabat Roselle Marketing di Taman Impian Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kami memasarkan Produk kesihatan yang dihasilkan oleh saudara seIslam kita. Sahabat Roselle Marketing merupakan Stokis dan pengedar utama bagi produk kesihatan keluaran Puteri Alya, Fortune Resources seperti Smart Coco, Produk Hiraq, Muslim Choice Product seperti Secret Honey Genius, Green Tea Colustrum, Madu Mujeza dan lain-lain.

Alhamdulillah, kami juga telah memasarkan produk runcit Muslim. 


 Gambar Produk runcit Muslim

 Pewangi Organik dan penghalau serangga organik serbaguna

Sila klik Produk Runcit Muslim, untuk maklumat lanjut.

Waktu Perniagaan Kedai Sahabat Roselle Marketing di semua cawangan di Johor Bharu bermula 1 April 2012:
Waktu Mula Perniagaan: 8.30 pagi
Waktu Tutup perniagaan: 6.30 petang
Hari Cuti: Hari Jumaat sahaja.

Jom hebohkan Sahabat Roselle Marketing, sebagai pusat halal muslim mart anda. 
Berminat berniaga bersama kami?

Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.
 Cawangan Utama:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : +6019 770 3029 /+6019 778 3029
Fax : +607 554 5419


Sahabat Roselle Marketing, Mutiara Rini
Alhamdulillah, SRM, melangkah maju setapak lagi.  Kami telah membuka Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Mutiara Rini. Kedai SRM, Mutiara Rini, terletak di belakang Stesen Petronas. Kedai SRM Cawangan Mutiara Rini berada di kedai setingkat,  No.2 dari hujung.

Sila hubungi : 
nombor 0197773064  

Cawangan Taman Mutiara Rini,
 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor Bahru,
019-7773064 (Cik Yati)
012-7364429 (Cik Kay)
Sahabat Roselle Marketing,
Cawangan Taman Mutiara Rini

Sahabat Roselle Marketing, Cawangan BBU

SRM Cawangan Bandar Baru Uda
 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
 
019-7773022 (En.Fadhil)
 
019-7187596 (En.Yakob)

Saturday, January 28, 2012

Mutiara Rini ada Sahabat Roselle Marketing


Mutiara Rini Hills ada Sahabat Roselle Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, SRM, melangkah maju setapak lagi.  Kami telah membuka Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Mutiara Rini.
Kedai SRM, Mutiara Rini, terletak di belakang Stesen Petronas.
Kedai SRM Cawangan Mutiara Rini berada di kedai stingkat,  No.2 dari hujung.

Sila hubungi :
nombor 0197773064  

Cawangan Taman Mutiara Rini,
 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor Bahru,
019-7773064 (Cik Yati)
012-7364429 (Cik Kay)

Sahabat Roselle Marketing,
Cawangan Taman Mutiara Rini



Suasana dalam Kedai Sahabat Roselle Marketing, Cawangan Mutiara Rini.
Produk kesihatan kelaran Muslim, seperti 
Produk Hiraq, Puteri Alya dan Jus Tok Guru.

Gambar Bihun, keluaran Muslim

 Set Penjagaan Diri berasaskan Air Zam zam

Produk runcit keluaran Muslim seperti Susu Tepung untuk bayi, bihun, mee kering,tepung gandum Muslim, roti, dan bahan-bahan masakan lain.




Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...