Serangan di Gaza Palestin mahu komuniti antarabangsa bantu 72 maut sejak Rabu
Kerajaan bentang usul tergempar berhubung isu Palestin di Parlimen esok (hari ini)
The baby son of a BBC worker was among those killed in Israel's air strike on Gaza on Wednesday.
Anggota bomba memadam kebakaran susulan serangan Israel ke atas sebuah rumah di Gaza City, semalam. - Foto ihsan Reuters
KAHERAH - Serangan udara Israel membunuh 11 rakyat Palestin semalam - jumlah tertinggi dalam satu hari sejak Israel melancarkan serangan Rabu lalu sementara kepimpinan Palestin merayu Liga Arab mengadakan sidang kemuncak untuk membincangkan pencerobohan negara Yahudi itu.
Tekanan masyarakat antarabangsa meningkat bagi menghentikan konflik lima hari ini.
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby dijangka melawat Gaza esok.
Daripada 11 yang terbunuh semalam, empat adalah kanak-kanak.















