Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Showing posts with label Hanna. Show all posts
Showing posts with label Hanna. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Tambah Pendapatan Anda, Jadilah Pengedar Pencuci Hanna

Tambah Pendapatan Anda, 
Pengedar Pencuci Hanna Diperlukan Di Selangor dan Johor


Sila dapatkan produk ini
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

 
Cecair Pencuci Pinggan Hanna
RM4.50
 Cecair Pencuci Pinggan Hanna mencuci kotoran degil 
pada pinggan mangkuk anda dengan begitu berkesan sekali.


 Pencuci Lantai Hanna
RM8.00
Pencuci lantai baru Hanna adalah pencuci serba guna berkesan dengan agen anti bacteria yang membersihkan dan membunuh kuman di atas lantai dan kebanyakan permukaan rumah. Diadunkan dengan bauan segar, ia akan membuat rumah anda bukan sahaja bersih tetapi berbau bersih dan segar.

PELEMBUT FABRIK BARU HANNA 2 LITER
RM7.00

Pelembut fabrik pekat Hanna melindungi fabrik anda dengan melapisi dan menyuburkannya; membuatkan pakaian anda lebih lembut, lebih segar, dengan kurang kedutan dan lebih selesa dipakai.

CECAIR PENCUCI PAKAIAN BARU HANNA 2 LITRE
RM 10.00
Cecair Pencuci Pakaian Baru Hanna mencuci kotoran degilv dengan berkesan.
Sapukan cecair ke atas kotoran degil untuk cucian cepat.



PENGEDAR SABUN HANNA DIPERLUKAN 
DI SELANGOR DAN JOHOR

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029


Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094
 (Kedai Sahabat Roselle Marketing di Puchong, Selangor)


Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Wednesday, June 13, 2012

Sabun Basuh Pinggan Hanna

Sabun Basuh Pinggan Hanna

Hanna Liquid Detergent : 1liter
Harga : RM4.50


Sila hubungi Hotline Sahabat Roselle Marketing,
Encik Yusuf, 0197703029. 



Hotline Kedai SRM Puchong, Encik Azrul atau Encik Shukri

019 7773194



Cecair Pencuci Pinggan Hanna mencuci kotoran degil pada pinggan mangkuk anda dengan begitu berkesan sekali. 

Produk ini 100% keluaran Muslim, dipasarkan oleh Muslim dan Sahabat Roselle Marketing bersyukur dengan kelahiran produk Hanna ini di pasaran.

Sabun Basuh Pinggan Hanna ini dibuat daripada bahan-bahan yg di gunakan di jamin HALAL boleh di gunakan tanpa was-wa. Bahkan produk Hanna ini mendapat pengesahan sijil Halal JAKIM.

Pengalaman saya yang mempunyai masalah tangan dan kulit sensitif, Alhamdulillah tangan saya tidak pecah-pecah dan tidak terkoyak apabila menggunakan pencuci pinggan Hanna ini.

Dapatkan Produk Sabun Basuh Pinggan Hanna ini 
sekarang di Rangkaian Kedai Sahabat Roselle Marketing:

Cawangan Impian Emas, Skudai Johor Bharu, Johor:
No. 32 Jalan Impian Emas 7,Taman Impian Emas,81300 Skudai,Johor, Malaysia
Office : +607 558 2779
HP : 019-778 3029 

Kedai SRM Puchong Selangor:
No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Nombor telefon: 019 7773194/019 7773094
 
SRM Cawangan Bandar Baru Uda, 
No. 3 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, 019-7773022 (En.Fadhil)

Cawangan Taman Mutiara Rini, 
No. 33 Jalan Jasa 64,Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor Bahru, Nombor 0197773064  

Cawangan Pasir Gudang:
D & Yad venture - No:22 Jln Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia 81000 Pasir Gudang, Johor.017-7382676 [Puan Mimah]

Saturday, June 09, 2012

Kenapa Gunakan Sabun Halal Penting

Kenapa Sabun Halal Penting



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Atas kesedaran diri sendiri tentang kepentingan HALAL dalam kehidupan seharian, Sahabat Roselle Marketing bertekad untuk mencari dan kemudian  memasarkan barang keperluan harian untuk kegunaan pengguna  Muslim khusunya dan masyarakat umum amnya.

 Tidak dapat dinafikan lagi, kehidupan seharian kita sering dibayangi dengan perkara subhah yang tanpa kita sedari. Daripada barangan keperluan harian, makanan hinggalah kepada cara pemakaian kita.

Pernahkah kita terfikir? Sabun basuh yang kita gunakan seharian, adakah ia halal thoyyiba?

Sedangkan barangan yang digunakan mestilah suci, baik berguna dan sesuai  untuk digunakan dan dimakan jika barang makanan.



Jadi, sudah sampai masanya kita  mengubah kehidupan seharian kepada yang lebih baik.
UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal lagi thoyyibah.

Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: 

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” 

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. 

Firman Allah : 

“Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” 

(Al Maidah : 88)

Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang runcit dan keperluan manusia di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang keperluan HALAL THOYYIBA merupakan tuntutan Syarak.

Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

 


Dulu kita tidak jumpa barangan keluaran MUSLIM... Kini masyarakat muslim kita telah mula sedar akan kepentingan ini dan ramai yang telah berubah kepada barangan HALAL.


Telah banyak barangan keperluan harian yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar BUMIPUTERA MUSLIM kita, cuma kita jumpa ataupun tidak.

Kini, di Malaysia, telah ada pengeluar sabun Muslim. Kemudian diiklankan di Radio Islam Pertama di Malaysia. Iaitulah Sabun Biosinar.


Manakala untuk pencuci pinggan, pengguna Muslim boleh menggunakan Pencuci Pinggan Hanna.


Alhamdulillah, kita sebagai pengguna Muslim  telah ada pilihan alternatif dalam mencuci pakaian seharian kita dan pinggan mangkuk serta periuk belanga yang kita gunakan.

Jika kita teliti kembali,  yang sebenarnya pakaian itu jugalah yang kita bawa untuk menunaikan ibadah khususiah iaitu solat dan ibadah am yang lain seperti memasak dan membasuh pakaian kerana Allah, yang juga merupakan ibadah.


Bayangkan jika pakaian yang kita bawa solat itu dicuci bukan dari bahan halal atau mengandungi bahan yang syubhah.


Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda: 

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..."

 (H.Riw Bukhari dan Muslim).

Adakah kita sudah mencapai tahap darurat untuk mengambil perkara-perkara yang syubhah, sedangkan perkara yang jelas halal masih banyak di sekeliling kita?

Darurat itu membawa maksud, jika tidak melakukan perkara itu, maka kita tidak akan dapat melakukan perkara lain. 

Contoh, ketika itu tiada satu apa pun makanan yang boleh dimakan misalnya musim kemarau. Tiba-tiba ada seekor babi. Babi tu je lah biantang yang ada yang boleh untuk dimakan. kalau tidak makan babi itu ketika itu, maka kita akan mati. Maka bolehlah kita memakan makanan tersebut pada ketika itu sekadar untuk menyambung hayat dan bukannya sampai kenyang.

Contoh lain darurat. Kalau sentuh air ketika itu, maka tubuh kita akan tumbuh gatal-gatal yang memeritkan. Maka bolehlah bertayammum.

Allah SWT berfirman, 

"(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." 

(Al-A'laa : 16-17)


Moga usaha kita itu, untuk menjaga kebersihan hati kita bagi memudahkan taqarrub kita kepada ALLAH akan diterima sebagai salah satu amal ibadah. Sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNya.

Hakikatnya, perumpamaan perkara halal kepada yang haram adalah seperti keluasan nikmat seluruh syurga, dengan sebatang pokok khuldi di dalamnya. Yang halal masih banyak, kenapa bergerak mengambil yang syubhah?

Sesungguhnya, kesukaran yang kita hadapi dalam menjauhi perkara-perkara haram dan syubhah, akan Allah bayar atas kesungguhan ketaatan kita kepadaNya. 

ALLAH SWT berfirman;

 “Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan (harga) Syurga untuk mereka.” 

(At Taubah : 111)

Kesukaran kita akan dibayar oleh ALLAH SWT. Itu adalah sesuatu yang pasti.
Maka jagalah hati kita dengan menjaga diri kita dari dimasukkan sesuatu yang sumbernya haram atau syubhah. Hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT!
 Pencuci Pinggan Hanna

Oleh itu, marilah bersama kami, Sahabat Roselle Marketing, bagi memartabatkan produk halal keluaran Muslim. Samada sebagai pengguna Produk Halal Muslim Pilihan Anda bersama kami atau sebagai pengedar.....atau meletakkan url blog sahabatroselle http://sahabatroselle.blogspot.com/di blog teman-teman, sangat saya hargai. 

Saya sangat menghargai usaha saudara-saudari, tuan puan memberitahu kepada teman dan saudara mara tuan puan akan Produk Halal Muslim Pilihan Anda ini.  Apatah lagi jika saudara saudari  menggunakan produk halal Muslim yang diwar-warkan oleh Blog dan Website Sahabat Roselle dalam kehidupan seharian sangat Sahabat Roselle syukuri.

Samada saudara saudari membeli dengan Sahabat Roselle atau dengan peniaga Muslim lain yang memasarkan Produk halal Muslim Pilihan Anda, apa yang penting Sahabat Roselle Marketing sangat syukuri.

Ini kerna anda telah sama-sama berusaha menyebarluaskan produk halal Muslim di kalangan masyarakat. Mari kita sama-sama sokong Produk Halal Muslim Pilihan Anda, demi kebaikan dan kesejahteraan Ummah sejagat. Mari kita sama-sama kutip saham akhirat dengan menyebarluaskan info berkaitan Produk Halal Muslim Pilihan Anda. InshaAllah.

Pengedar Sabun Biosinar dan Pencuci Hanna Diperlukan!




SAHABAT ROSELLE MARKETING

 Encik Yusof 019 7703029 atau 019-7773022
 atau Puan Nita 019-7783029
Kawasan Lembah Klang , sila  hubungi 
Encik Azrull dan Encik Shukri,
019 7773194 atau 019 7773094

Pahang sila hubungi Encik Sulaiman 019 9851773

Untuk Beli online, sila klik di sini http://sahabatroselle.blogspot.com/p/cara-beli-barang-online.html.

Sekian, wassalam.

Friday, June 08, 2012

Hanna Floor Cleaner Halal Muslim Products

Hanna Floor Cleaner  Halal Muslim Products

 Hanna Floor Cleaner
2 Liter; RM 8.00

Cecair Pencuci Lantai Hanna yang terdapat di Kedai Sahabat Roselle Marketing

Sila dapatkan produk Pencuci Hanna 
dengan Sahabat Roselle Marketing segera.

Pengedar Hanna Diperlukan!

SAHABAT ROSELLE MARKETING

 019 7703029 atau 019-7773022 atau 019-7783029
Kawasan Lembah Klang 
sila  hubungi 
019 7773194 atau 019 7773094






Koleksi gambar Promosi Hanna Sahabat Roselle Marketing:












Gambar Promosi Hanna Sahabat Roselle Marketing
di karnival Mahabbah IKIMfm 2012




PENCUCI LANTAI HANNA

Pencuci lantai baru Hanna adalah pencuci serba guna berkesan dengan agen anti bacteria yang membersihkan dan membunuh kuman di atas lantai dan kebanyakan permukaan rumah. 

Diadunkan dengan bauan segar, ia akan membuat rumah anda bukan sahaja bersih tetapi berbau bersih dan segar. 

Halal, suci dan bersih. Mendapat sijil HALAL JAKIM.

Thursday, April 19, 2012

Temui Habib Umar dan Sahabat Roselle di Masjid Jawaher Mutiara Rini Skudai Johor

Temui Habib Umar di Mutiara Rini Skudai 
dan Gerai Sahabat Roselle di 
 Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor
Sempena Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW

Al-Habib Umar bin Salim bin Hafiz

 

Gerai Sahabat Roselle Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom kita  jumpa Habib Umar di Masjid Jawaher, di Mutiara Rini, Skudai, Johor pada 20 April 2012 bersamaan 28 Jamadilawal 1433 Hijriah.

Ia adalah sebahagian Rehlah kembara Dakwah Al Habib Umar di Malaysia bagi tahun 2012.

Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW akan diadakan bermula 6.30 petang.

Semua muslimim muslimat dijemput hadir ke Majlis Bersama Al Habib Umar ini.
InshaALLAH, sempena Kembara Dakwah Al Habib Umar di Masjid Jawaher,
 Sahabat Roselle Marketing akan membuka gerai jualan Produk Muslim di sana.

Jom ramai-ramai ke Majlis Ilmu ini.
Gerai Sahabat Roselle Marketing akan berada di Perkarangan Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai Johor.
Dapatkanlah Produk Halal Muslim di Sahabat Roselle Marketing dengan harga promosi.

Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai Johor dan Pengurusan Al habib Umar.
Marilah bersama-sama Sahabat Roselle Marketing menyokong Produk Halal Muslim di samping melakukan amal jariah sebagai saham kita di akhirat kelak. Amin.
 Sila hubungi hotline Sahabat Roselle Marketing di talian 
019 770 3029 bagi maklumat lanjut. 
Sedikit info berkaitan Nasab Al Habib Umar:

Nasab

Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.

Kehidupan

Beliau dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.

Demikian juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum 'ulama dan intelektual Muslim pada zamannya. Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau dibesarkan.

Sunday, April 01, 2012

Promosi Cecair Pencuci Hanna di Karnival Mahabbah Johor

Promosi Cecair Pencuci Hanna di Karnival Mahabbah Johor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelanggan Sahabat Roselle, kami ada bawakan produk pencuci berbentuk cecair dan pelebut kain yang sangat harum dan berkualiti tinggi.

Ingin ketahui harga promosi Cecair Pelembut Kain Hanna, silakan berkunjung ke Booth Sahabat Roselle Marketing di  Karnival Mahabbah IKIM FM @ Bandar Dato' Onn Johor Bharu Johor 2012. Cepat, hanya tinggal esok sahaja karnival ini berlangsung.
 
Cecair pencuci Hanna Wangi, Suci dan harum dan yang penting HALAL. 
Ada cop HALAL JAKIM. Harga sangat murah dan berbaloi.

Pencuci pinggan Hanna juga sesuai untuk kulit sensitif seperti saya sendiri, Intan SRM memang menggunakan pencuci pinggan Hanna bagi mencuci pinggan. 

Sila dapatkan segera produk berkualiti buatan Orang Islam ini. Berminat tambah pendapatan keluarga dengan menjadi Pengedar Pencuci Hanna? 
Sila hubungi Encik Yusof di talian 019 770 3029.

Gambar Suasana Booth Sahabat Roselle Marketing
 pada siang dan malam 31/3/2012 di Tapak Karnival Mahabbah IKIM FM

PELEMBUT FABRIK BARU HANNA 2 LITER

 
PELEMBUT FABRIK BARU HANNA 2 LITER

Pelembut fabrik pekat Hanna melindungi fabrik anda dengan melapisi dan menyuburkannya; membuatkan pakaian anda lebih lembut, lebih segar, dengan kurang kedutan dan lebih selesa dipakai.


CECAIR PENCUCI PAKAIAN BARU HANNA 2 LITRE

Cecair Pencuci Pakaian Baru Hanna mencuci kotoran degil dengan berkesan. Sapukan cecair ke atas kotoran degil untuk cucian cepat.

GAMBAR-GAMBAR PROMOSI CECAIR PENCUCI PAKAIAN, PELEMBUT PAKAIAN DAN PENCUCI PINGGAN HANNA DI KARNIVAL MAHABBAH IKIM FM DI BANDAR DATO' ONN JOHOR BHARU JOHOR PADA 31/3/2012.











Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...