Thursday, April 19, 2012

Temui Habib Umar dan Sahabat Roselle di Masjid Jawaher Mutiara Rini Skudai Johor

Temui Habib Umar di Mutiara Rini Skudai 
dan Gerai Sahabat Roselle di 
 Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Johor
Sempena Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW

Al-Habib Umar bin Salim bin Hafiz

 

Gerai Sahabat Roselle Marketing

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom kita  jumpa Habib Umar di Masjid Jawaher, di Mutiara Rini, Skudai, Johor pada 20 April 2012 bersamaan 28 Jamadilawal 1433 Hijriah.

Ia adalah sebahagian Rehlah kembara Dakwah Al Habib Umar di Malaysia bagi tahun 2012.

Malam Ihya Mahabbah Rasululluah SAW akan diadakan bermula 6.30 petang.

Semua muslimim muslimat dijemput hadir ke Majlis Bersama Al Habib Umar ini.
InshaALLAH, sempena Kembara Dakwah Al Habib Umar di Masjid Jawaher,
 Sahabat Roselle Marketing akan membuka gerai jualan Produk Muslim di sana.

Jom ramai-ramai ke Majlis Ilmu ini.
Gerai Sahabat Roselle Marketing akan berada di Perkarangan Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai Johor.
Dapatkanlah Produk Halal Muslim di Sahabat Roselle Marketing dengan harga promosi.

Sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada pihak Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai Johor dan Pengurusan Al habib Umar.
Marilah bersama-sama Sahabat Roselle Marketing menyokong Produk Halal Muslim di samping melakukan amal jariah sebagai saham kita di akhirat kelak. Amin.
 Sila hubungi hotline Sahabat Roselle Marketing di talian 
019 770 3029 bagi maklumat lanjut. 
Sedikit info berkaitan Nasab Al Habib Umar:

Nasab

Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.

Kehidupan

Beliau dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.

Demikian juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum 'ulama dan intelektual Muslim pada zamannya. Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau dibesarkan.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...