Monday, April 02, 2012

Syarikat makanan perlu hasilkan produk lebih sihat

Syarikat makanan perlu hasilkan produk lebih sihat



Sebagai pengguna Muslim, kita mesti mengambil makanan yang halal lagi thoyyiba. Halal thoyyiba bermaksud yang halal lagi baik.

Bukan setakat halal, tetapi hendaklah memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh abdan kita supaya mudah untuk kita beirbadah kepada Allah. Berikut ialah petikan berita daripada BERNAMA.

Syarikat makanan setuju hasilkan produk lebih sihat: Liow

SEREMBAN: Beberapa syarikat makanan utama di negara ini bersetuju mengeluarkan produk makanan dan minuman lebih sihat dan berkhasiat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, hasil beberapa perbincangan dengan kementerian, syarikat terbabit akan mengambil langkah mengurangkan kandungan gula, garam dan lemak dalam produk makanan dan minuman mereka.

 "Saya mempengerusikan mesyuarat dengan semua syarikat pengeluar makanan dan kami mengeluarkan senarai 'boleh' dan 'tidak boleh' dilakukan.


 Mereka juga menyatakan komitmen untuk terus mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk masing-masing.

"Pada masa ini kita beri mereka panduan dan mereka lakukannya secara sukarela," katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan dan Sarapan Pagi Sihat 1Malaysia di sini, hari ini.

Sekali pun begitu, Liow berkata, kementerian tetap akan memantau perkara tersebut dan menetapkan garis panduan serta tarikh akhir untuk syarikat terbabit melaksanakannya.

"Pegawai kita akan memantau perkara ini dan tarikh akhir untuk mereka melaksanakannya adalah sebagai Petunjuk Prestasi Utama bagi mereka di mana ia akan ditentukan berdasarkan perbincangan antara pegawai kita dan syarikat itu," katanya.
Liow berkata, kementeriannya juga akan menjalankan satu program bagi memastikan syarikat terbabit meletakkan label kandungan gula, garam dan lemak yang lebih tepat dalam produk keluaran mereka.

"Ini juga merupakan satu komitmen bagi mereka iaitu bagaimana untuk meletakkan label tentang makanan yang dikeluarkan tentang kadar gula dan kadungan yang berkhasiat untuk maklumat pengguna," katanya. - BERNAMA 

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...