Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday, April 23, 2012

RESIPI KEJAYAAN PERNIAGAAN PENGURUS SRM

RESIPI KEJAYAAN PERNIAGAAN PENGURUS SRM
بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته 
Pengurus SRM, sangat berpegang teguh kepada prinsip perniagaan Islam. Beliau lebih suka menjalankan perniagaan secara tunai dan bukannya hutang. 
Seorang anak Peneroka FELDA yang miskin, (ketika awal pembukaan Felda tahun 1980-an di sebuah tanah rancangan). Tetapi  beliau cekal meniti pancaroba sehingga berjaya bergelar graduan universiti awam dengan jayanya.
Walaupun beliau berpeluang menjawat jawatan tinggi dalam pelbagai organisasi melalui tawaran yang diterimanya, tetapi beliau memilih untuk aktif dalam perniagaan.
Keusahawanan sebagai kerjaya pilihan beliau. Pelbagai rintangan telah beliau lalui dalam jatuh bangun perjalanan sebagai peniaga. Ia bermula pada tahun 2001 lagi.
Namun beliau tetap gigih berusaha tanpa jemu, rajin dan tidak malas, berani kerana benar. 
Di atas keyakinan berniaga adalah sunnah Rasululluah SAW, beliau cekal menempuhi dugaan dunia keusahawanan. 
Alhamdulillah, kini beliau telah mempunyai 4 Rangkaian kedai Sahabat Roselle Marketing di Johor, dan sebuah Kedai SRM di Puchong, Selangor.

Berikut ialah rahsia kejayaan Pengurus SRM:
1)      Berpegang teguh kepada ajaran Al- Quran dan Hadith
Sebagai Umat Islam, beliau sangat berpegang teguh kepada ajaran Al- Quran dan Hadith. Apa yang Allah dan rasulNYa perintahkan, beliau ikut. 
Apa yang ditegah oleh Allah dan rasulNya, beliau tinggalkan. Ini kerana, beliau yakin pada janji Allah, sebagaimana Firman Allah SWT, Mafhumnya;
“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)
Sabda Nabi Muhammad SAW, Mafhumnya:
“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
2)      Istiqamah mendirikan Solat sunat Dhuha.
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.”
 (HR. Anas B Malik). ”
3)      Istiqamah dengan Solat Tahajjud
4)      Istiqamah dengan Membaca Al Quran
5)      Berbaik sangka dengan Allah SWT Di atas setiap kejadian yang berlaku.
6)      Menjaga persahabatan dalam perniagaan.
7)      Mempunyai pengetahuan secara mendalam mengenai produk yang dipasarkan.
8)      Mengamalkan sikap-sikap positif.
9)      Fokus dalam sesuatu produk.
10)   Menjaga makanan dan minuman dan berani menghadapi cabaran.
InshaAllah perkongsian tip kejayaan Pengurus SRM akan bersambung suatu masa nanti jika diizinkan oleh Allah SWT

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...