Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday, April 01, 2012

Sahabat Roselle Di Hari Kedua Karnival Mahabbah IKIM

Gambar Hari Kedua Karnival Mahabbah IKIM FM Bandar Dato' Onn, Booth Sahabat Roselle Marketing

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT di atas kelangsungan Karnival Mahabbah IKIM FM di Bandar Dato' Onn Johor Baharu, Johor pada siang tadi, 31 Mac 2012, telah berlangsung dengan meriahnya.

Terima kasih Sahabat Roselle Marketing ucapkan kepada para pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada SRM, sekaligus kepada produk kesihatan dan barang runcit keluaran Orang Islam sendiri.

Semoga kita sama-sama mendapat pahala dan redha Allah di atas usaha kita untuk sama-sama menggunakan produk halal Muslim, barang-barang kegunaan seharian hasil tangan-tangan yang menjunjung tinggi kalimah syahadah.

Kepada para pelanggan SRM, segera ke Booth SRM esok bagi mendapat tawaran harga promosi bagi beberpa produk tertentu khususnya produk Smart Coco,  dan banyak lagi.


Tawaran istimewa ini hanya ada pada Karnival Mahabbah IKIM FM 2012 ini sahaja.

Sila hubungi Encik Yusof di 019 770 3029 
bagi mendapat keterangan lanjut.

Berikut sebahagian gambar-gambar siang tadi. Semasa entry ini ditulis, baru sahaja selesai Mawlid @ Johor Baharu. Memang syahdu dirasakan apabila gema selawat dan nasyid memuji Rasululluah SAW memenuhi ruang di Tapak Karnival Mahabbah IKIM FM.

 Booth Sahabat Roselle di belakang Booth IKIM FM.


 Siang 31/3.2012,
 Kakitangan SRM sedang sibuk melayan pelanggan

Para pelanggan merebut peluang harga Promosi bagi kebanyakan produk kesihatan dan bahan pencuci di Booth SRM.




Suasana pada malam hari di Booth SRM. 
Mawlid di pentas utama 
juga sedang berkumandang ketika ini.




Alhamdulillah. 
Para pelanggan menyerbu masuk ke Booth SRM. 









Terima kasih kepada para pelanggan Sahabat Roselle Marketing
yang sentiasa menyokong produk halal keluaran Orang Islam.

Bersama kita berjuang menggunakan barang halal Muslim dalam semua aspek kehidupan kita.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...