Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saturday, February 25, 2012

Pengguna bijak, Pilih Produk bermutu, halal, bukan harga, PPIM

Pengguna bijak, Pilih Produk bermutu, halal, bukan harga, pesanan PPIM

 Jadilah Pengguna Muslim, Yang Bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Kepada saudara seIslam di luar sana, marilah kita bersama menjadi pengguna Muslim yang bijak. Sebagai Umat Islam, kita mestilah  berhati-hati dan berwaspada selalu.

Kita, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah semata-mata dalam memilih barang makanan, tanpa mengambil kira mutu dan status halal barangan makanan itu.

Sahabat Roselle Marketing, merupakan halal hub kepada pengguna Muslim.Sahabat Roselle Marketing berusaha produk- produk halal untuk di pasarkan seterusnya sampai kepada pengguna Muslim/ Islam di luar sana.

Ini secara tidak langsung  dapat membantu usahawan Muslim bersaing maju dalam perniagaan.
 PRODUK RUNCIT SAHABAT ROSELLE MARKETING:

BIHUN MUSLIM
 KEDAI SAHABAT ROSELLE MARKETING, KEDAI HALAL MUSLIM ANDA
 
.Apa yang pasti,  Produk runcit yang SRM pasarkan,  seperti minyak sapi Muslim, produk kesihatan, bahan pencuci rumah tangga, makanan dan minuman, adalah  mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.


BERSAMA KAMI, DI
SAHABAT ROSELLE MARKETING
MEMARTABATKAN PRODUK MUSLIM.  

Kedai Muslim...Barangan Muslim..Untuk Pengguna Muslim..." 

PETIKAN AKHBAR;
PILIH MUTU, BUKAN HARGA; PPIM

MUAR — Pengguna, khususnya dari kalangan umat Islam, digesa supaya jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah semata-mata dalam memilih barang makanan, tanpa mengambil kira mutu dan status halal barangan makanan itu.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma’amor Osman yang membuat gesaan itu berkata pengguna perlu bijak dalam membeli barang makanan yang benar-benar sesuai, dan yang lebih penting ialah memastikan ia halal.

Beliau berkata, penghasilan produk halal sepatutnya boleh dijadikan sebagai strategi memantapkan ekonomi umat Islam, dan menurutnya perkara itu sememangnya dituntut oleh agama, supaya usaha melahirkan usahawan berjaya di kalangan umat Islam dapat ditingkatkan lagi.


Beliau berkata, demikian ketika menyampaikan ceramah dalam forum karnival tranformasi halal sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Johor di Dataran Tanjung Emas, Muar di sini.

Turut sama menyampaikan ceramah di forum itu ialah Penasihat Agama Kerajaan Negeri Johor, Datuk Noh Gadut. — Bernama(KOSMO, 03/12/2011 1:41pm)

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Intan

Insyaallah
kita antara muslimin yg bijak

Intan SRM said...

WAALAIKUMUSSALAM aTUK
INSHALLAH ATUK

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...