Monday, February 27, 2012

Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur, EDL, percuma

Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur, EDL, percuma 

 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) laluan baru ke Singapura. Gambar kredit Berita Harian.

EDL percuma mulai 1 Mac

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) akan dibuka mulai 1 Mac ini secara percuma untuk satu tempoh yang belum ditetapkan sehingga kerajaan memutuskan kadar tol yang sesuai untuk dikenakan.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ia bagi memberi peluang kepada pengguna membiasakan diri dengan kemudahan itu yang dibina bagi mengurangkan kesesakan di jalan utama di bandar raya ini.

"EDL akan mengurangkan kesesakan jalan raya di Jalan Tebrau selain memendekkan masa perjalanan dari Plentong, Pasir Gudang ke Kota Iskandar, Nusajaya kepada kurang daripada 30 minit.

"Kadar tol akan dimuktamadkan dan diumumkan beberapa minggu lagi kerana kerajaan masih dalam pertimbangan mengenainya. Kami harap akan dapat keputusan yang baik antaranya melibatkan pengguna jalan raya yang tidak menggunakan EDL untuk ke Singapura," katanya selepas majlis perasmian pembangunan SouthKey di Galeri Jualan Southkey di sini, semalam.


Isu EDL menjadi bualan hangat kerana kadar yang bakal dikenakan ke atas pengguna jalan raya untuk pergi dan balik dari Singapura adalah RM15.30 apabila melalui tol Touch 'n Go di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Jelas Abdul Ghani, perkara yang menjadi rungutan adalah kewajaran membayar tol itu bagi pengguna jalan raya yang tidak menggunakan EDL walaupun pengguna di sekitar bandar ini tidak dikenakan sebarang caj.
Beliau berkata, Jalan Bakar Batu turut dinaik taraf kepada empat lorong yang mana kerja pembinaannya bermula September ini dan dijangka siap sepenuhnya awal 2014.

Katanya lagi, pemaju projek, Selia Group menerima dana pemudah RM35 juta daripada Kerajaan Pusat bagi kerja-kerja berkenaan melibatkan jalan 1.8 kilometer yang bakal menghubungkan Jalan Tebrau dengan EDL.
SUMBER; UTUSAN MALAYSIA, Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...