Saturday, February 18, 2012

Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...

Keluarga Bahagia, Air tangan Ibu...

Kasih Ibu, walaupun keletihan, atau kepenatan, atau kesakitan, ibu tetap bangkit.

SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Keluarga bahagia, impian semua. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, salah satunya mestilah dengan masakan si ibu atau si isteri. Makanan yang dimasak sendiri di rumah kita, inshaAllah, Lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya.

Sebagai ibu rumah tangga, tentu akan memikirkan masakan apa yang hendak dimasak pada hari ini. Bagaimanapun sebaiknya pastikan masakan yang akan kita masak itu, dari sumber yang halal. Makanan yang halal, banyak keberkatannya. InshaAllah.

Antara aspek yang perlu diambil berat ialah zat dan vitamin yang perlu diperolehi oleh ahli keluarga kita. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil adalah makanan seimbang.


Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan? Sahabat Roselle Marketing ada menjual SUSU ILHAM, susu tepung buatan Muslim. Ada tepung beras Muslim, tepung gandum yang dibuat oleh Muslim, sardin yang dibuat oleh Muslim, dan lain-ain lagi produk runcit keluaran Muslim. 

Untuk beli online, sila klik di sini untuk caranya. Manakala bagi warga Johor dan Singapura, jemputlah datang ke kedai Sahabat Roselle Marketing ya.

Di bawah disertakan sedikit panduan perancangan hidangan harian untuk keluarga kita. Bagaimanapun, ia tidak bertjuan menggantikan khidmat nasihat Pakar Pemakanan anda.

Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :
 
SARAPAN PAGI
  • Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
  • Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
  • Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
  • Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
MAKAN TENGAHARI
  • Sediakan hidangan yang ringkas.
  • Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat.
  • Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan

MAKAN MALAM
  • Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini.
  • Sebaik-baik sediakan dua hidangan sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
SNEK
  • Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang berkhasiat dan yang kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang rebus, jagung rebus dan biskut.
Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.


  • Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
  • Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi.
  • Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
  • Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan kalsium.
  • Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung dan kurangkan masakan yang bersantan.
  • Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.
  • Gunakan kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
  • Selalulah menghidangkan makanan yang baru dimasak.
  • Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Intan

terima kasih atas perkongsian maklumat

Intan SRM said...

Waalaikumussalam Atuk

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...