Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 22, 2012

Karnival Halal 1Malaysia Best, di Plaza Angsana,

Karnival Halal 1Malaysia Best di Plaza Angsana Jumaat ini

 Gambar Hiasan, Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor. Kredit di sini

JOHOR BAHRU 21 Feb. - Seramai 60 usahawan akan menyertai Karnival Halal 1Malaysia Best peringkat negeri yang diadakan di Plaza Angsana mulai Jumaat ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faridulatrash Md. Mokri berkata, karnival tiga hari yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan mendedahkan usahawan baru untuk meningkatkan kualiti pengurusan pengeluaran yang secara langsung bagi mencapai perakuan jenama 1Malaysia Best.

Menurutnya, ia juga akan memberi maklumat dan bimbingan kepada usahawan berkenaan proses dan syarat diperlukan bagi mendapatkan penjenamaan 1Malaysia Best daripada jabatan dan agensi berkaitan.


"Seramai 35 usahawan merupakan mereka mendapat pengiktirafan 1 Malaysia Best, manakala 25 lagi baru untuk mendapat jenama tersebut.

"Antara barangan dijual ialah produk makanan berasaskan rumpai laut, madu lebah, makanan sejuk beku, ayam berempah, kerepek, rempah ratus berkualiti, makanan dan minuman berasaskan koko, biskut dan kek tempatan termasuk dari Sarawak," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, hingga kini, seramai 2,500 usahawan dilahirkan di negeri ini dan daripada jumlah itu 600 orang berdaftar dengan FAMA.

"Apa membimbangkan daripada jumlah itu, hanya 22 usahawan mencapai dan mendapat perakuan jenama 1 Malaysia Best.

"Jadi, harapan kita pada karnival yang diadakan sebagai acara tahunan, mereka mencapai dan mendapat perakuan tersebut meningkat sekurang-kurangnya antara 10 dan 15 peratus setahun," katanya.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...