Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, February 02, 2012

GTC, Green Tea Colustrum, Bukan Ubat, InshaAllah Mujarab

GTC, Green Tea Colustrum, Bukan Ubat, InshaAllah Mujarab
                      1 Pek Premier Semenanjung Malaysia, Harga:RM85.00 RM75.00 


Khasiat Kesihatan dan Kecerdasan.

  1. Kaya dengan Antioksidan.
  2. Berupaya melawan virus.
  3. Melambatkan proses penuaan.
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  5. Berupaya mencegah sel barah.
  6. Menurunkan aras kolestrol.
  7. Memperkuatkan daya ingatan dan menajamkan tumpuan.
  8. Mengimbangi dan memantapkan sistem imunisasi.
  9. Memperkayakan antibodi tubuh.
  10. Memperkayakan nutrisi pemulihan yang diperlukan oleh tubuh.
  11. Membantu proses pemulihan tulang,otot,tisu saraftisu penyambung,rawan dan kulit(growth factor)
  12. Meransang kecantikan kulit.
  13. Memperkuatkan daya fungsi tubuh dan menyumbang tenaga kepada tubuh.

1 Pek GTC Premier di Sem. Malaysia.

Harga: RM85.00 RM75.00
Ketersediaan: Stok Ada

Peluang perniagaan : Pengedar dikehendaki

    PRODUK 100% BUMIPUTERA, 
dipasarkan oleh Sahabat Roselle Marketing.             
Sila hubungi Hotline SRM, Encik Yusuf, 0197703029.

GTC, Green Tea Colustrum,
 Pandangan Ahli Profesional Tentang GTC

DR SERI BUANA ZAINUDDIN
(Pakar Perunding Pembedahan dan Laparoskopi)

Setelah saya mencuba pada diri saya sendiri dan beberapa pesakit saya, saya dapati kesan sangat memberangsangkan, ialah kesan pada luka setelah dicuba pada pesakit saya iaitu paklong atau nama sebenarnya En.Harun, berusia 95 tahun. 

 

Daripada luka yang boleh dikatakan tidak ada harapan, perkembangan penyembuhannya amat baik sekali, di luar dugaan sehingga lebih kurang 2 bulan saya cadangkan dia menggunakan GTC dan mencuci luka dengan cucian-cucian yang biasa saya gunakan, luka sembuh sepenuhnya dan kulitnya sepert kulit orang muda.

Pengalaman saya guna GTC ini ialah ketika saya cedera ditikam oleh perompak, saya kena 9 jahitan. Saya makan antibiotik beserta dengan GTC lebih kurang 1 minggu sahaja, luka sembuh dengan baik sekali. Parut hampir tidak ketara. Saya rasa memang ada kesan positif tentang apa yang diperkatakan dan didakwa tentang GTC memang ada kebenaran.

Setelah itu saya saya guna secara berterusan. Hampir 90% pesakit kencing manis yang mengalami luka di punggung atau kaki,bsaya gunakan produk GTC secara rutin di samping dressing, mencuci luka, antibiotik dan merawat kencing manis, saya guna GTC.

Hampir 70%-80% daripada pesakit amat berpuas hati dengan penggunaan GTC dari segi kesihatan dan kadar penyembuhan yang berlaku kea atas diri mereka.

Jadi saya ambil keputusan untuk mempromosikan dan menceritakan pengalaman saya kepada doktor-doktor lain dan farmasi-farmasi serta orang ramai supaya selain daripada ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor, GTC adalah satu pilihan kepada pesakit yang ingin sembuh lebih cepat daripada biasa dan memandangkan bahan yang digunakan dalam GTC ini tiada yang meragukan, hanya campuran Antioksidan, Immunoglobin dan Faktor Tumbesaran (Grow Factor) adalah merupakan satu gabungan yang begitu inovatif.

Pada saya memang pada peringkat awalnya memang kita tidak terfikir akan kebaikannya. Setelah dikaji, memang ia satu gabungan yang sangat secocok umpama kalau kita minum kolostrum sahaja, ia boleh menyebabkan proses pembuangan najis kita lebih banyak dan lebih lembut dan Camellia Sinensis itu sendiri boleh menyebabkan proses pembuangan najis lebih keras dan pejal dan jika kedua-dua ini digabungkan,ia akan menghasilkan najis yang begitu seimbang. 

Ia boleh digunakan oleh mereka yang selalu menghadapi masalah sembelit dan mereka yang menghadapi masalah buang air terlalu kerap dan lembik.Perkara ini juga memberikan keselesaan kepada mereka yang menggunakan GTC ini.
 
Saya mengambil contoh seorang pesakit saya yang bernama En.Ramli, 46 tahun. Beliau mengalami sejenis penyakit necrotisis cellulitis atau sejenis penyakit di mana daging membusuk disebabkan perjalanan darah yang tidak teratur atau jangkitan kuman yang serius. 

Beliau mengidap penyakit ini lebih 10 tahun, berulang alik dan keluar masuk hospital, berbagai klinik dan berbagai doktor beliau telah cuba dan akhirnya saya cadangkan kepada beliau untuk menggunakan GTC selain antibiotik, ubat melancarkan darah dan vitamin.

Setelah beliau menggunakan GTC, didapati luka beliau yang tidak boleh sembuh sejak bertahun-tahun sekarang sudah mulai menampakkan hasil yang positif di mana isi daging merah bukan lagi putih atau hitam seperti biasa dan rasa sakit tidak ada lagi. Beliau rasa bertenaga dan bersemangat dan sangat-sangat berpuashati dengan penggunaan GTC.

Satu lagi saya tengok yang ketara ialah kulit kita kadang bertompok-tompok, bintik-bintik hitam, kesan parut dan sebagainya. Apabila kita guna GTC selama 1 minggu, kulit kita akan mula mengelupas terutama kalau kita ada bengkaksebelum ini. Kulit akan mengelupas kemudian bersalin dengan kulit baru.

Mungkin proses bersalin kulit berlaku bukan sekali, tetapi beberapa kali sampai akhirnya satu kulit yang lembut baru seperti orang muda. Jadi kesan begini kalau kita ekploitkan, kita boleh gunakan GTC ini untuk penyakit kulit sperti SLE, psoriasis dan dermatitis dan memang hasil daripada penggunaan GTC memang memberangsangkan.

Psoriasis umpamanya dalam perubatan moden ini memang tidak ada ubat yang betul-betul mujarab, tetapi dengan menggunakan GTC yang tidak mengandungi steroid, kesan positif yang lebih baik dari penggunaan steroid dapat dilihat dalam pesakit-pesakit SLE, psoriasis dan dermatitis ini.
Seorang pesakit remaja berumur 19 tahun yang terpaksa berhenti belajar daripada Universiti kerana mengidap SLE yang yang begitu serius. Boleh dikatakan dari hujung kepala hingga hujung kaki, kulit beliau menjadi hitam dan mengelupas dan beliau tidak boleh bergerak kerana kegagalan fungsi sendi-sendi.

Saya rawat pesakit tersebut rehydration dan saya bagi suntikan hydrocort dulu di peringkat awal, kemudian berhenti hydrocort dan saya arahkan beliau untuk mengamalkan minum GTC 2 kali pagi dan petang disamping makanan-makanan yang berkhasiat lain seperti sayu-sayuran dan buah-buahan. Sekarang belaiu sudah mulai aktif dan ingin belajar semula. Beliau telah berhenti 1 tahun daripada kursus yang telah beliau ikuti. 

Yang sebenarnya ramai lagi pesakit yang telah mendapat kesan positif daripada GTC ini yang mana setengah beri feedback kepada saya, setengahnya selesai begitu saja akan masalahnya.

Kesimpulannaya kita boleh guna GTC bukan saja boleh guna untuk menyembuhkan sakit kulit bahkan yang tiada penyakit kulit juga boleh guna GTC sebagai antioksidan yang juga boleh mencegah penyakit dan membuang segala toksin dan radikal bebas yang terdapat hasil daripada kesan pancaran ultraviolet ataupun kesan bahan radioaktif dan sebagainya yang boleh merosakkan kulit kita.

GTC yang boleh mencantikkan kulit memang benar sekali, bukan andaian yang dikatakan begitu saja tetapi telah terbukti dengan pesakit yang telah menggunakannya.

Selain daripada kecantikan kulit, kalau kita bercakap dari segi kecantikan awet muda, kecantikan dalaman kita, akan tunjuk kesan positif kepada penampilan luaran kita. Bila kita menggunakan pemakanan tambahan, makanan kesihatan yang berkhasiat yang mengandungi Antioksidan, Immunoglobulin dan Faktor Tumbesaran,apa yang kita dapat lihat ialah kita menjadi insan yang sihat di dalam dan di luar.

Kesan yang dapat dilihat ialah kulit yang lebih cerah, lebih bertenaga dan lebih segar dan juga kesan terhadap tompok-tompok lemak kita.

Tompok-tompok lemak akan mula berpindah daripada tengah iaitu di sekitar organ kita digantikan dengan otot-otot dan badan kita akan berubah bentuk daripada bentuk.... dari segi saintifiknya dikenali sebagai bentuk endomorph, ada yang berbentuk seperti buah epal dan ada yang berbentuk seperti buah pear. 

Badan bentuk epal ini dikenali juga sebagai bentuk badan O, tompokan lemak berkumpul disekitar abdomen atau perut menyebabkan perut kita kelihatan besar dan bahagian anggota kaki dan tangan kelihatan kecil. Memang ramai penduduk kita mempunyai bentuk badan sebegini. 

Kalau kita lihat,tidak ideal, bukan bentuk badan yang diidamkan oleh semua orang.
Walau bagaimanapun, jangan berputus asa, kita boleh ubah dengan menggunakan kaedah pemakanan yang sesuai, latihan senaman yang sesuai dan menggunakan amalan-amalan kasihatan seperti tidak merokok, tidak minum arak,t idak mengambil dadah dan kurangkan stress, tidur secukupnya dan rehat secukupnya.

Kita akan dapat kembali bentuk badan O kepada bentuk badan A atau bagi bentuk pear kalau diamalkan lagi pengambilan GTC, badan akan kembali ke bentuk X atau lebih sempurna iaitu pinggang yang ramping dan kalau lebih agresif lagi, kita dapat bentuk badan langsing atau bentuk I.

Jadi ini semua dapat dicapai dengan menggunakan produk GTC yang diminum secara regular. Apa faedah yang kita dapat ialah,yang pertama, kesihatan yang sihat di dalam dan di luar.
Sihat di dalam kerana perjalanan darah yang lebih lancar, kandungan lemak-lemak yang merbahaya akan berkurangan, sihat di luar sebab kulit nampak lebih segar dan bentuk badan kita lebih ideal, cuma ketinggian tidak bertambah bagi orang dewasa . 

Jika diamalkan dari peringkat kanak-kanak lagi, ketinggiannya dapat kita lihat pertambahannya dari masa ke semasa. Itu adalah kesan-kesan positif yang dapat saya kongsi bersama.

0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...