Kisah Iblis diarahkan jumpa Nabi Muhammad SAW
Kisah Pertemuan & Perbualan Rasulullah Bersama Iblis Laknatullah
Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis
supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala
rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah
untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai
peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka
Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah
Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat
Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan
apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan
sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun,
nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta
disiksa dengan azab yang amat keras".