Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Friday, September 28, 2012

Kisah Benar Unta Membunuh Orang Yang Mencaci Ali r.a.

Kisah Benar Unta Membunuh Orang Yang Mencaci Ali r.a., Thalhah r.a.dan Zubair r.a. 

 

Sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang di langit..ikutlah yang mana satu,maka pasti kamu akan Berjaya..~maksud hadis~


Dikisahkan bahawa pada suatu hari ketika Sa’ad bin Abi Waqqash sedang berjalan-jalan, dia terlihat seorang pemuda sedang memaki dan mengutuk Ali r.a., Thalhah r.a., dan Zubair r.a. Sa’ad sangat marah apabila melihat pemuda itu masih mencaci dan mengutuk para sahabat walapun Sa’ad telah memberi amaran padanya.

Oleh kerana pemuda itu tidak mahu diam maka Sa’ad pun berkata: “kalau kamu tidak mahi berhenti dari memgutuk para sahabat maka aku terpaksa doa kepada Allah S.W.T. untuk membalas perbuatan kamu ini.”
 

Apabila pemuda itu mendengar kata-kata Sa’ad maka dia pun berkata: “ kamu hendak menakut-nakutkan aku ya.”

Lalu Sa’ad pun pergi mengambul wudhu dan dia sembahyang dua rakaat lalu diangkat tangannya sambil berdoa: “ Ya Allah, sekiranya mengikut ilmuMu orang itu telah memaki segolongan orang yang telah beroleh kebaikan dariMu, dan tindakannya itu telah menyebabkan murkaMu, maka aku mohom kepadaMu supaya kamu memberi pengajaran kepadanya.”

Sebaik sahaja selesai Sa’ad berdoa maka dengan tiba-tiba muncul seekor unta yang sangat liar dan tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun, unta itu bagaikan mencari seseirang yang dia kehendaki. Unta uti terus masuk ke tempat orang ramai dan mencari orang yang dikehendakinya.

Setelah unta itu berjaya mendapatkan orang yang telah menghina para sahabat maka dia pun menendang orang itu dan melompat-lompat ke atas badan orang itu sehingga orang itu menemui ajalnya.

Wahai saudara-saudaraku kita sebagai umat Islam tidak boleh mengumpat, mencaci atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap saudara-saudara kita lebih-lebih lagi terhadap para Rasul, para nabi dan para sahabat. Pengorbanan para sahabat untuk agama Allah adalah sangat tinggi.

Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W. para sahabat yang telah berusaha sedaya upaya mereka supaya Islam itu tetap berada pada setiap hamba Allah. Kita tidaklah boleh disamakan dengan perjuangan para sahabat, perjuangan mereka hanya Allah dan Rasulnya lebih mengetahui.


Wahai saudara-saudara ku kalau ada sesiapa di antara kitayang mencaci atau mengkafirkan para sahabat hendaklah dia segera bertaubat dan meminta ampun kepada Allah S.W.T. Orang yang mencaci atau mengkafirkan para sahabat adalah orang yang membenci pada Rasulullah S.A.W.

Orang yang mencaci atau mengkafirkan para sahabat adalah orang yang tidak siuman, sebab setelah mereka tahu bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Para sahabat-sahabatku bagaikan bintang bertebaran di langit dan ikutilah mereka.” 
 
Apabila sudah ada orang yang berani mencaci dan mengkafirkan para sahabat maka hendaklah dia segera bertaubat dan minta ampun kepada Allah S.W.T atas apa yang dia katakan. Kalau orang itu masih berkata demikiran maka janganlah menyesal sekiranya Allah S.W.T. menghilangkan lidah mereka itu agar mereka menjadi orang yang bisu. 






0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...