Tuesday, September 04, 2012

Isu Rohingya Apabila Sami Buddha Myanmar Tuntut Hantar Rohingya Myanmar Ke negara Lain

Isu Rohingya Apabila Sami Buddha Myanmar

 Tuntut Hantar Rohingya Myanmar Ke negara Lain

 Gambar di atas: Dari Harian Metro sebelum ramadhan 1433 Hijriah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada saat kita dengan mudahnya berkomunikasi di antara satu sama lain, suasana aman untuk kita mencari sesuap rezeki dengan tulang 4 kerat kita di Malaysia, tanahair tercinta ini, bahkan mudah untuk kita beribadah kepada Allah.

Sedarilah kita bahawa ada SAUDARA kita. di Myanmar sedang diulit ketakutan, kelaparan, kesakitan yang mendalam dari segi psikologi, emosi dan fizikal. Mereka takut untuk hidup di tanahair sendiri. Bahkan dinafikan hak untuk mendiami tanahair mereka, tempat tanah bumi kelahiran mereka .

Artikel di bawah dipetik daripada Akhbar Kosmo, Isnin semalam.

Sami Buddha Myanmar tuntut etnik Rohingya Myanmar dihantar ke negara lain

 
SEJUMLAH sami Buddha berarak dalam perhimpunan anti-Rohingya di Mandalay, Myanmar kelmarin.

 

YANGON, Myanmar – Beratus-ratus sami Buddha di Myanmar semalam menyertai perhimpunan bagi menyokong cadangan Presiden Thein Sein untuk menghantar etnik Rohingya yang beragama Islam ke negara lain.


Perhimpunan yang berlangsung itu merupakan petunjuk terkini sentimen anti-Rohingya yang mendalam di negara ini. Ia berlaku selepas satu keganasan melibatkan pergaduhan antara etnik Rakhine yang bergama Buddha dengan Rohingya pada bulan Jun lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 80 orang terbunuh dan puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal. Pada Julai lalu, Sein mencadangkan agar Myanmar menghantar semua etnik Rohingya ke negara yang berminat menerima mereka. Cadangan tersebut ditentang sebuah agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Myanmar menyifatkan etnik Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.

Namun, Bangladesh juga didakwa tidak menerima etnik tersebut sekali gus menyebabkan mereka tiada kerakyatan. PBB menganggarkan kira-kira 800,000 masyarakat Rohingya tinggal di Myanmar. Keganasan yang berlaku pada Jun lalu adalah disebabkan dakwaan bahawa seorang wanita etnik Rakhine telah dirogol oleh penduduk Rohingya. – Agensi





0 comments:

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...